Ahad, 1 Februari 2009

Dua roket terbang menerusi lengkung aurora

Pada awal pagi khamis lalu, dua roket terbang secara serentak menerusi aurora untuk mengambil data dari atas dan bawah lengkungnya. Pasukan dari University of Iowa menunggu keadaan yang stabil sebelum melancarkan dua roket NASA Black Brant dari Poker Flat Research Range berdekatan Fairbanks, Alaska sebelum 1 pagi (waktu standard Alaska). Sebelumnya, roket lain telah terbang menerusi aurora, tetapi ini kali pertama dua roket digunakan sekali gus.Untuk sebahagian dari misi Auroral Current and Electrodynamics Structure (ACES) , penerbangan ini akan menyediakan struktur dalaman auora. Butiran lengkap yang pengkaji hilang pada pengukuran sebelumnya ialah hanya kerana menggunakan satu kenderaan sahaja. Roket Black Brant
Dua fasa roket Black Brant IX dilancakan pada 12:49 a.m. dan mencapai altitud melebihi 226 batu dan cuma terbang kurang dari 10 minit. Pada 12:50 a.m., fasa pertama Black Brant V dilancarkan, mencapai altitud menghampiri 83 batu menegak, dan terbang sekitar lapan minit.Di dalam imej ini ialah ujian serupa pada tahun 2003, sebah roket membawa payload yang direka untuk mengukur signal gelombang high-frequency berkaitan aurora.
Credit: Chuck Johnson dan Astronomy.com

2 ulasan:

Encik Jurassic berkata...

waa,ade kamera dalam roket?
ape guna tu?
amek gambar aurora?
aurora lawaa~

ammar berkata...

ntah la sam..
aku pon x tau de kamera ke x dlm tu..
die x ckp plak..
btw thx 4 da comment...