Selasa, 15 Disember 2009

Hujan Meteor Geminid



Jika mengikut website FalakOnline dan blog Astromas serta laporan daripada suratkhabar (The Star), peratusan rakyat Malaysia yang ingin melihat Hujan Meteor Geminid ini agak memberangsangkan. Beberapa negeri mempunyai wakilnya yang tersendiri, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka antara nama negeri yang muncul di sumber-sumber tersebut. Bagi yang dapat melihat, alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah terpilih menyaksikan fenomena alam yang berlaku sekali dalam setahun. Bagi yang tidak dapat melihat pula, jangan putus asa dan kecewa kerana banyak lagi hujan meteor menanti pada tahun hadapan.


Tiada ulasan: