Isnin, 4 Januari 2010

Dapatkan Dewan Kosmik dan Al Islam

Mari dapatkan majalah Al Islam terbitan Utusan Karya dan Dewan Kosmik terbitan DBP untuk mengetahui perkembangan astronomi terbaru.

Dalam majalah Al Islam menceritakan tentang Matahari akan terbit dari Barat seperti yang tertera di kulit majalah tersebut. Hal ini merupakan satu isu yang sering ditimbulkan dan disebarkan di emel-emel. Untuk mengetahui permasalahan dan penjelasan sebenar sila dapatkan nakshah tersebut di kedai buku berhampiran.

Untuk majalah Dewan Kosmik pula ruangan astronomi kali ini ditulis oleh Dr. Kassim Bahali daripada Jabatan Mufti Melaka mengenai fenomena astronomi pada awal tahun ini. Juga terdapat ruangan astrofotografi yang memaparkan gambar daripada Balaicerap di Pantai Acheh.

Kepada peminat astronomi @ falak apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini... Dapatkannya sementara stok masih ada... Jangan menyesal kalau dah habis..

Tiada ulasan: