Memaparkan catatan dengan label Falak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Falak. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Falak di MelakaFM 31 Mac 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Segmen Falak di Melaka FM pada hari ini berkisar mengenai Istiqbal, Zuhal, Hujan Meteor Lyrids dan Kuiz Falak Online. Untuk makluman, segmen ini akan bersiar setiap hari khamis minggu pertama setiap bulan pada pukul 8.30 pagi. Tidak lupa juga, selamat ulang tahun ke 65 kepada RTM. File name: Falak d MelakaFM 31032011.mp3 File size:26.22 MB

Isnin, 27 Julai 2009

Titik Rujukan Tempatan

Garisan Declination dan Right Ascension adalah tetap dalam hubungannya kepada sfera samawi dan bergerak dengannya serta berputar sekitar pencerap. Garisan rujukan lain berhubungkait dengan kedudukan tempatan setiap pencerap dan tetap kekal dengan pencerap sementara objek di langit melintasinya.

Zenith merupakan titik di sferea samawi yang berada tepat di atas kepala anda. Celestial horizon atau ufuk samawi merupakan bulatan besar pada sfera samawi dan 90 darjah dari zenith anda. Walaupun sfera samawi dipenuhi dengan bintang-bintang, anda cuma boleh melihat yang berada di atas ufuk sahaja. Celestial meridian adalah bulatan besar melalui zenith anda dan titik utara dan selatan pada ufuk anda. Cuma separuh meridian berada di atas ufuk.

Ahad, 14 Jun 2009

Lokasi di Sfera Samawi

Setiap bintang mempunyai lokasi di atas sfera samawi, dimana ia kelihatan bila dilihat dari Bumi. Right ascension dan declination bagi bintang untuk standard epoch atau titik masa dipilih sebagai rujukan tetap, berubah sedikit dalam tempoh beberapa tahun. Ia boleh dibaca dari glob samawi, atlas bintang atau perisian komputer.

Lokasi atau kedudukan Matahari, Bulan, dan planet di sfera samawi kerap berubah-ubah. Anda boleh mencari kedudukan bulanannya dipenerbitan astronomi semasa, website dan perisian komputer.

Kenapa bintang sentiasa berada pada koordinat yang sama di sfera samawi, tetapi Matahari, Bulan, dan planet kerap kali berubah.
Bintang-bintang berada sangat jauh dari Bumi untuk mata kasar melihat mereka bergerak walaupun mereka sebenarnya bergerak berkilometer sesaat dalam pelbagai arah. Matahari, Bulan, dan planet-planet lebih hampir ke Bumi. Kita melihat mereka relatif kepada bintang-bintang yang jauh. <-- Highlight utk jawapan

Apa yang dicipta dahulu, langit ataupun bumi?

Ayat-ayat al-Quran semasa berbicara mengenai isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah-olahnya bercanggah. Sebagai contoh, dalam surah an-Naziat, ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah menjelaskan, "Kamukah yang sulit penciptaannyaataukah langit? Allah sudah membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap gelita serta menjadikan siangnya terang benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)."

Tetapi dalam surah al-Baqarah, ayat 29 Allah mengatakan Bumi dicipta dahulu daripada langit. Allah berfirman "Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju ke arah langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu."

Ayat-ayat yang nampak bercanggah ini menggembirakan mereka yang ada penyakit di hati terutamanya dikalangan musuh-musuh Islam. Namun bagi ulama Islam mereka tidak melihat ini sebagai suatu percanggahan. Sebaliknya, bagi mereka, ayat-ayat ini menceritakan berkenaan dimensi langit yang berbeza dan melibatkan proses kejadian di peringkat yang berbeza.

Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung isu ini. Semasa memberi komen mengenai surah al-Baqarah, ayat 22 hingga 29 beliau berkata, "Dalam ayat ini perkataan lagit (iaitu samaa' dalam bahasa arab) disebutkan sebanyak empat kali, 'iaitu (menjadikan) langit sebagai bangunan', 'Dia menurunkan hujab daripada langit', 'Dia menuju ke langit' dan 'Dia menjadikan tujuh langit'. Pada pandangan saya, langit dalam ayat pertama berkaitan dengan penciptaan langit secara umumnya. Langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi terdapat awan-awan padanya. Langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat pertama. Walaupun ayat keempat yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus. Apabila kita kaitkan semua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksi-galaksi, (dan sistem solar hanya sebahagian daripadanya) berumur lebih kurang 10 bilion tahun dan bumi serta matahari berumur lebih kuran 4.5 bilion tahun. Ia bermaksud langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Justeru sebahagian daripada kita berasa terkejut apabila diberitahu bahawa al-Quran mengatakan bumi diciptakan terlebih dahulu daripada langit. Sebenarnya Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan bumi dengan penciptaan langit secara amnya, sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas penciptaan langit."

Kenyataan Said Hawa menunjukkan ayat-ayat Quran berhubung dahulu atau pun kemudiannya kejadian langit dan bumi sebenarnya tidak bercanggah antara satu sama lain. Hal ini disebabkan kejadian langit menpunyai fasa-fasanya. Ada fasa yang berlaku sebelum kejadian bumi dan ada yang berlaku selepas itu.

Dalam konteks ini, pandangan Imam Alusi sememangnya relevan kerana beliau berkata, "(Apa yang boleh difahami adalah), langit sebenarnya dicipta sebelum bumi. Bumi dicipta selepas penciptaan langit. Selepas itu baru berlaku penciptaan tujuh lapisan langit. Kemudian selepas itu baru lahir logam-logam serta tumbuh-tumbuhan diikuti dengan alam haiwan dan disusuli dengan manusia..." Pandangan Imam Alusi ini dinukilkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

Justeru, berdasarkan Quran, langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi. Hal ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah an-Naziat ayat 30 yang bermaksud, "Dan Bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)." Penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 bilion tahun dahulu selepas ledakan Big Bang. Selepas ledakan itu lahir bintang-bintang, planet-planet, dan galaksi di langit atau kosmos. Proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu. Suhu bumi pada masa itu berada di tahap tinggi justeru tidak sesuai dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian atmosfera yang melitupi bumi. Proses kejadian atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera mempunyai tujuh lapis. Hal ini dilaporkan di physicalgeography.net oleh Dr. Michael Pidwirny daripada Unversity British Columbia Okanagan di bawah tajuk The Universe, Earth, Natural Spheres, and Gaia. Justeru, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan langit dicipta selepas penciptaan bumi dapat dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.

Tambahan daripada itu, aktiviti penciptaan di langit tidak ada noktahnya. Sebagai cintoh, proses kejadian bontang-bontang baru terus sahaja berlaku walaupun kejadian bumi sudah sampai ke tahap kesempurnaannya. Sebagai contoh, pada tanggal 7 Januari 2000, Science Daily melaporkan NASA, melalui Hubble Space Telescope, berjaya mengesan kejadian bintang-bintang baru yang dikenali sebagai NGC 4214 di galaksi yang berdekatan. Justeru kenyataan langit dicipta selepas penciptaan Bumi sememangnya berasas apabila dikaitkan dengan proses-proses ini.

Ahad, 7 Jun 2009

Koordinat Samawi

Ahli Falak melukis garis bayangan mengufuk dan menegak pada sfera samawi sama seperti garis latitud dan latitud di Bumi. Mereka menggunakan koordinat samawi untuk menentukan arah objek di langit.
Khatulistiwa samawi merupakan projection khatulistiwa Bumi keluar ke langit. Angular distance di atas atau di bawah khatulistiwa samawi dipanggil declination (dec). Jarak dihitung sepanjang khatulistiwa samawi dari titik kosong, vernal equinox (titik awal hamal), dipanggil right ascension (RA), kenaikan kanan atau Matla' Mustaqim. Right ascension kebiasaannya diukur dalam jam (h) dengan 1^h=15 darjah

Seperti mana-mana bandar di atas muka Bumi, ia boleh dicari menggunakan koordinat longitud dan latitud. Mana-mana objek di langit boleh dicari atas sfera samawi menggunakan koordinat right ascension dan declination.

Arasy di atas Air

Berbalik kepada surah Hud ayat 7, selepas Allah berkata langit dan bumi dicipta dalam masa enam hari, dia menegaskan, "Dan adalah arasy (Allah) di atas air..."

Kefahaman oleh ayat inidiperincikan oleh hadis yang dilaporkan oleh Muslim bermaksud, "Sesungguhnya Allah menetukan ketentuan-ketentuan mengenai semua makhluk 50,000 tahun sebelum kejadian langit dan bumi. Dan Arasynya di atas air."

Semasa menerangkan ayat ini, Syed Qutub berkata, "Semasa Allah menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi (dalam enam masa), Allah terus menyambungnya dengan kenyataan bahawa Arasy Allah berada di atas air. Apa yang dapat dimanfaatkan daripada kenyataan ini adalah semasa berlaku proses kejadian langit dan bumi, iaitu semasa langit dan bumi sedang menjelma keluar dalam bentuknya yang ditetapkan oleh Allah. Pada masa itu air sudah wujud dan Arasy Allah berada di atas air. Walaupun persoalan mengenai bagaimana terjadinya air ini, di mana ia sebenarnya dan bagaimana kedudukan Arasy itu di atas air, kesemua ini dan yang lain-lain seumpamanya adalah perkara ghaib yang kita tidak ada pengetahuan mengenainya melainkan sekadar ilmu yang diberikan Allah berpandukan ayat ini." Hal ini disebutkan di dalam Fi Zilal al-Quran.



Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud di peringkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidup-hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 billion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hidrogen (80%) dan helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup (exploded) sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hidrogen dan dengan itu lahir molekul yang stabil yang bernama air. Para saintis mendapati angkasa, pada peringkat awal kejadian alam, dipenuhi dengan molekul-molekul air sekali gus menunjukkan air tidak dapat dipisahkan daripada proses kejadian alam berbilion-bilion tahun dahulu. Hal ini dilaporkan dalam Journal of Hydrological Sciences (1991) oleh Dr. Vincent Kotwicki.

Harvard Gazette bertarikh 25 Februari 1999, dalam artikel bertajuk Water, Water Everywhere - Radio Telescope Finds Water Is Common In Universe oleh Lee Simmons, dilaporkan kajian terkini menunjukkan air sememangnya memenuhi angkasa raya. Penemuan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui sistem satelit yang dikenali sebagai Submilimeter-Wavw Astronomy Satellite (SWAS) yang dilancarkan ke angkasa lepas pada 5 Disember 1998. Melalui sistem satelit ini air didapati memenuhi kawasan angkasa yang menjadi tempat kelahiran bintang-bintang dan planet-planet baru. Kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.




SWAS

Interstellar clouds IC 1396

Apabila diambil kira penemuan ini dan dikaitkan dengan Surah Hud, ayat 7 yang bermaksud, "Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air," ia mungkin bermaksud Arasy Allah, walaupun merupakan makhluk seperti langit dan bumi, namun ia terpisah daripada proses kejadian langit dan bumi. Perkataan air dalam ayat ini dapat dikaitkan dengan angkasa raya luas yang dipenuhi air. Ia sekali gus menampakkan kepada kita Arasy Allah yang berada di atasnya adalah lebih luas daripada angkasa serta alam ini.

Justeru kenyataan Allah yang bermaksud "Arasynya di atas air" membawa maksud "Arasy Allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya dan angkasa raya yang dipenuhi air berada dibawahnya." Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. Alam ini dan hidupan yang terdapat dalamnya memerlukan air, tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di atas air dan ia tidak memerlukan air. Justeru, Arasy berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib.

Ayat-ayat seumpama ini adalah peringatan kepada para saintis supaya tidak tenggelam lemas dalam lautan sains sehinggakan mereka mengingkari kewujudan alam ghaib. Sains bukanlah segala-galanya. Ada perkara dalam kehidupan dan alam ini yang tidak mampu diukur oleh sains.

Jumaat, 16 Januari 2009

Kembara Angkasa

Kepada para penuntut IPTA atau IPTS yang berminat mengenai ilmu astronomi dan masih mencari platform yang sesuai untuk berkongsi minat bolehlah berbuat demikian dengan menyertai kelab Kembara Angkasa yang dinaungi Persatuan Falak Syar'i Malaysia. Untuk pengetahuan para pelawat sekalian, ahli Kelab Kembara Angkasa akan berkampung di Balaicerap Al-Khawarizmi pada 26 Januari ini sempena dengan Gerhana Matahari yang berlangsung.