Memaparkan catatan dengan label Gerhana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gerhana. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Julai 2010

Sekitar Gerhana Matahari 11 Julai 2010

Pilihan 1






Bill Kramer Paul Gauguin, selatan Tahiti. 11 Julai 2010

Terlepas sentuhan kedua kerana awan yang bergerak laju, tetapi dapat menikmati yang selebihnya.

Pilihan 2

Patricia Reiff, luar pantai Tahiti Jul. 11, 2010
Patricia Reiff seorang profesor fizik daripada Rice University menyaksikan gerhana tersebut dari dek kapal peranginan Aranui 3 di luar pantai Tahiti. Beliau mengirim gambar ini terus daripada kapal tersebut menggunakan iPhone beliau.

Pilihan 3




Constantinos Emmanouilidis, Mangaia Cook Islands Jul. 11, 2010

Sebuah kumpulan kecil seramai tiga orang ahli astronomi mengembara sejauh separuh glob untuk sampai ke Mangaia. Di atas merupakan imej yang berjaya diambil disebalik awan.

Pilihan 4

Janne Pyykkö, El Calafate, Patagonia, Argentina Jul. 11, 2010

Gerhana Matahari Penuh pada 11 Julai 2010 di Argentina tidak dapat dilihat dengan mudah kerana fasa penuh berada cuma 1 darjah dari ufuk dan di atas pergunungan Andes yang sentiasa berawan.



Rakaman klip video di YouTube mengenai Gerhana Matahari di Chile

Khamis, 21 Januari 2010

Gerhana Matahari Separa

Gerhana yang bermula selepas sembahyang jumaat mula dikunjungi orang ramai pada pukul 2.30 petang. Fasa pertama bermula kira-kira pukul 3.05 p.m. dapat disaksikan dengan cuaca yang cukup baik. Orang ramai mula membanjiri kawasan cerapan dan turut dihadiri pelajar MRSM Alor Gajah, JUPEM, dan Melaka FM. Walaubagaimanapun kusangka panas samapi ke petang tapi mendung menjelang di pertengahan gerhana tersebut.

Solat gerhana berlangsung pada pukul 3.30 petang sehingga 4.25 petang. Waktu maksima juga tidak dapat disaksikan kerana cuaca mendung. Cerapan berakhir selepas asar dan staf jabatan mufti terus bertolak ke pantai timur kerana lawatan kerja.



Pelajar MRSM yang menunggu untuk menggunakan teleskop.



Pengunjung yang menangkap gambar menggunakan kamera handphone



Pengunjung yang hadir bersama keluarga


Khemah tempat pengunjung melepaskan lelah



Dr. Kassim memberikan taklimat


Awan mendominasi langit



Rin (kanan) DJ Melaka FM dan kawannya



Khutbah gerhana


Team Melaka FM



MRSM Alor Gajah

Langit mendung sehingga ke akhir gerhana