Selasa, 9 Disember 2008

Bagaimana untuk memulakannya?

Astronomi menawarkan spectrum cerapan dan aktiviti yang luas. Seorang saintis hebat pernah berkata “ Kira- kira 100% peratus manusia dilahirkan, tinggal dan mati di atas planet bumi yang biru tanpa sedar akan kepentingan alam semsta dan hubungannya.”

Di dalam astronomi amatur kita boleh merasai kegembiraan mengimbas langit dengan teropong atau berbaring dadn melihat meteor melintasi di atas kepala kita. Anda mungkin mendapati, bila kita melihat bulan dengan kawah dan lembahnya sangat megujakan. Anda mungkin menjadi pencerap langit dalam (deep sky), terpesona dalam memburu nebula dan galaksi yang ada berjuta tahun cahaya jauhnya. Anda mungkin menjadi ahli astronomi di bengkel (workshop astronomer) yang melarik cermin dan membina teleskop. Anda mungkin jatuh cinta dengan astrofotografi dan mengumpul set peribadi imej astro anda. Atau anda mahu membaca tentang astronomi dan apa yang saintis temui mengenai kosmologi tanpa keluar untuk melakukan cerapan.

Tiada ulasan: