Rabu, 17 Disember 2008

Bulan Purnama Terbesar Tahun Ini

Tidak, anda tidak akan dapat melihat tapak kaki neil Armstrong. Tetapi Bulan Purnama pada 12 Disember adalah yang terbesar dan paling terang.
Tiada ilusi. Sebahagian bulan purnama adalah lebih biasa daru yang lain dan jumaat lepas adalah yang. Kenapa? Orbit bulan adalah ellipse dengan satu bahagian 50,000 km lebih dekat kepada bumi dari yang lain. Dalam bahasa astronomi, dua ekstrim ini dinamakan “apogee”(jauh) dan “perigee” (dekat). Pada 12 Disember, bulan menjadi 14% lebih besar dan 30% lebih terang dari bulan purnama di awal tahun 2008.

Atas: Pada tahun 2004, Ahli astronomi amatur Greek Anthony Ayiomamitis merakamkan apogee dan perigee bulan dan menyusun imej tersebut secara bersebelahan untuk menunjukkan perbezaannya.

Bulan perigee membawa lebih tinggi “ombak perigee”, tetapi ini tidak perlu dirisaukan. Di kebanyakan tempat, gravity bulan pda perigee menarik ombak Cuma beberapa sentimeter lebih tinggi dari biasa. Geografi tempatan boleh mendapat kesan sehingga 15cm—tidaklah banjir besar.
Okay, bulan lebih besar 14% berbanding biasa, tetapi bolehkan anda memberitahu perbezaanya. Tiada pembaris terapung di angkasa untuk mengukur diameter bulan. Masa yang terbaik untuk melihat adalah bila bulan berada dekat dengan ufuk bumi. Iaitu bila ilusi dan reality bercampur untuk menghasilkan panorama yang memukau. Keadaan bulan yang tergantung rendah kelihatan secara tidak natural lebih besar apabila cahayanya melalui pokok . bangunan dan objek atas tanah yang lain.
Secara puratanya bulan berada 384000 km jauhnya. Jadi dengan jarak sejauh itu, Teleskop Hubble tidak mampu untuk melihat tapak kaki Armstrong. Pada jarak itu, benda yang paling kecil yang boleh dilihat adalah 60 meter lebar. Cebisan yang terbesar yang ditinggalkan Apollo cumalah 9 meter dan lebih kecil dari piksel dalam imej Hubble.

Tiada ulasan: