Sabtu, 21 November 2009

Nebula Ketam



Sebuah mercu tanda di angkasa raya berada di dalam Buruj Taurus Si Lembu. Ianya merupakan Nebula Ketam, M1. Nebula ini merupakan tinggalan supernova - serpihan sebuah tinggalan bintang yang meletup. Cahaya daripada letupan yang dahsyat ini tiba di Bumi pada 4 Julai 1054. Rekod daripada ahli astronomi Cina memberitahu, sebuah "bintang tetamu" di sebelah timur Taurus yang kekal dan boleh dilihat pada siang hari selama 3 minggu dan bersinar pada malam hari selama sebulan lamanya sebelum lenyap darpada pandangan.


Kedudukan nebula ketam di dalam Taurus

Pada 1731, ahli astronomi amatur Inggeris, John Bevis menemui sebuah nebula yang kurang diketahui di dalam bahagian yang sama di dalam Taurus. Ia berubah menjadi debu yang mengembang daripada supernova. Pemburu komet berbangsa Perancis, Charles Messier secara tidak sengaja menjumpai objek ini pada 1758 dan menjadikkannya sebagai kemasukan yang pertama di dalam Katalog Deep-Sky bjek yang terkenal kini. Nama panggilan "Ketam" ini muncul pada pertengahan kurun ke-19 bila ahli astronomi berbangsa Irish, William Parsons membuat lakaran menunjukkan filamen yang tidak seragam - serpihan kecil daripada letupan supernova - yang menyerupai lebih kurang kaki seekor ketam.


Charles Messier


William Parson

Anda boleh melihat objek yang mempersonakan ini dengan menghalakan teleskop anda kira-kira 1 darjah ke barat laut Zeta Tauri yang bermagnitud 3 yang menandakan salah satu daripada "tanduk" lembu tersebut. Ketam yang bermagnitud 8 ini berukuran lebih kurang 6'x4' dan kelihatan seperti kotoran berbentuk telur di dalam teleskop biasa. Dalam teleskop yang besar di kawasan berlangit gelap, M1 menjadi awan berbentuk bujur yang kelam dan kecil di salah satu hujungnya. Kuasa tinggi mungkin akan mendedahkan teksturnya yang tidak seragam dan filamen yang halus. Walaubagaimanapun, pulsar (teras yang terselamat daripada letupan bintang) bertenaga yang memberi kuasa kepada nebula adalah melangkaui kemampuan peralatan amatur.


Nebula ketam bersama Zeta Tauri



Kedudukan Zeta Tauti di dalam Taurus

Tiada ulasan: