Memaparkan catatan dengan label IYA 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IYA 2009. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2009

Nebula Ketam



Sebuah mercu tanda di angkasa raya berada di dalam Buruj Taurus Si Lembu. Ianya merupakan Nebula Ketam, M1. Nebula ini merupakan tinggalan supernova - serpihan sebuah tinggalan bintang yang meletup. Cahaya daripada letupan yang dahsyat ini tiba di Bumi pada 4 Julai 1054. Rekod daripada ahli astronomi Cina memberitahu, sebuah "bintang tetamu" di sebelah timur Taurus yang kekal dan boleh dilihat pada siang hari selama 3 minggu dan bersinar pada malam hari selama sebulan lamanya sebelum lenyap darpada pandangan.


Kedudukan nebula ketam di dalam Taurus

Pada 1731, ahli astronomi amatur Inggeris, John Bevis menemui sebuah nebula yang kurang diketahui di dalam bahagian yang sama di dalam Taurus. Ia berubah menjadi debu yang mengembang daripada supernova. Pemburu komet berbangsa Perancis, Charles Messier secara tidak sengaja menjumpai objek ini pada 1758 dan menjadikkannya sebagai kemasukan yang pertama di dalam Katalog Deep-Sky bjek yang terkenal kini. Nama panggilan "Ketam" ini muncul pada pertengahan kurun ke-19 bila ahli astronomi berbangsa Irish, William Parsons membuat lakaran menunjukkan filamen yang tidak seragam - serpihan kecil daripada letupan supernova - yang menyerupai lebih kurang kaki seekor ketam.


Charles Messier


William Parson

Anda boleh melihat objek yang mempersonakan ini dengan menghalakan teleskop anda kira-kira 1 darjah ke barat laut Zeta Tauri yang bermagnitud 3 yang menandakan salah satu daripada "tanduk" lembu tersebut. Ketam yang bermagnitud 8 ini berukuran lebih kurang 6'x4' dan kelihatan seperti kotoran berbentuk telur di dalam teleskop biasa. Dalam teleskop yang besar di kawasan berlangit gelap, M1 menjadi awan berbentuk bujur yang kelam dan kecil di salah satu hujungnya. Kuasa tinggi mungkin akan mendedahkan teksturnya yang tidak seragam dan filamen yang halus. Walaubagaimanapun, pulsar (teras yang terselamat daripada letupan bintang) bertenaga yang memberi kuasa kepada nebula adalah melangkaui kemampuan peralatan amatur.


Nebula ketam bersama Zeta Tauri



Kedudukan Zeta Tauti di dalam Taurus

Rabu, 6 Mei 2009

Jenaka IYA

Apakah yang boleh anda gambarkan dari gambar ini?

Apakah yang pelukis cuba sampaikan?

Gambar ini diambil dari akhbar The Star pada 20 April 2009 dilukis oleh C.W.Kee
Saya amat tertarik apabila saya melihat lukisan ini. Ia begitu signifikan. Alhamdulillah, diharapkan daripada kartun ini dapat menunjukkan yang rakyat Malaysia sedar tahun ini merupakan Tahun Astronomi Antarabangsa (IYA). Atau pun disebaliknya, rakyat Malaysia telah menyalahgunakan teleskop atau. tidak tahu menggunakan teleskop dengan betul pada tempatnya. Mungkin pelukis juga ingin berjenaka bertemakan IYA. Haha.. :-0 Walaubagaimanapun tafsiran mengenai gambar tetakluk kepada kreativiti masing-masing. Seperti kata-kata yang biasa didengari

Sekeping gambar lebih bermakna dari seribu perkataan

Sabtu, 28 Februari 2009

Zuhal kehilangan cincinnya

Keajaiban Zuhal mencapai milestone penting pada 8 Mac ini di mana berlakunya opposition (posisi 180 darjah dari matahari). Pada tarikh itu, Zuhal terbit pada waktu maghrib, transit di meridian (garisan maya di langit yang melintasi di atas kepala dan menghubungkan utara dan selatan), dan terbenam pada waktu subuh
Opposition pada tahun ini, planet ini bersinar kira-kira magnitud penuh, lebih malap dari maksimum keraa cincinnya turut menyumbang sedikit sebanyak kepada kecerahan keseluruhan planet itu. Sistem cincinnya telah didekati sejak ia dibuka kepada keadaan paling dekat pada 2003. Pada malam opposition, cincinnya cuma 2.6 darjah dari sudut.





Khamis, 15 Januari 2009

Zuhrah


Pada close up pertama untuk IYA 2009 ialah Zuhrah. Ini Kerana kecerahannya di langit malam ketika ini. Tetapi kecerahan ini menyebabkan silau ketika menggunakan teleskop. Namun, dalam masa satu bulan kita boleh menyaksikan perubahan fasa dan saiz zuhrah. Pada superior conjunction (fasa penuh), zuhrah tidak kelihatan besar berbanding utarid tetapi beberapa minggu sebelum dan selepas inferior conjunction (fasa sabit), Zuhrah kelihatan lebih besar dari Musytari. Angular diameter ketika Zuhrah mengalami fasa penuh pada Ogos 2008 cuma 10'' sahaja. Walaubagaimanapun pada awal januari ini cakeranya membesar kepada 21'' dan sebahagian pantulan cahaya matahari ialah 57%. Pada 16 haribulan ini ianya menjadi 25''. Pada 18 Mac Zuhrah menjadi 57'' tetapi menjelma sebagai bulan sabit yang sangat kurus.