Rabu, 7 Julai 2010

Kapal Angkasa Hayabusa kembali ke Bumi dan bekas sampel kajian dibuka


Hayabusa sample return canister telah dibuka untuk mendedahkan partikel kecil di dalamnya. Kredit: JAXA

Bekas yang berisi sampel daripada kapal angkasa Hayabusa telah dibuka dan mengandungi sedikit partikel debu menurut JAXA website. Ini merupakan satu berita yang amat menggalakkan! Walaubagaimanapun ia tidak dapat dikenal pasti lagi jika debu tersebut merupakan daripada asteroid Itokawa, dimana Hayabusa telah ke sana atau ia merupakan daripada Bumi — tertinggal dalam bekas sebelum berlepas, atau ia berkemungkinan didapati semasa mendarat/pengurusan selepas mendarat. Menurut Emily Lakdawalla di Planetary Society, debu debu tersebut sangat kecil, bersaiz kira-kira 0.01-millimeter, dan terdapat sedozen umpamanya di dalam bekas tersebut. Imej ini diambil pada 28 June 2010 dan bawah ini merupakan gambar partikel tersebut yang telah dibesarkan.

Gambar partikel daripada Hayabusa yang telah dibesarkan. Kredit: JAXA

Ia akan mengambil masa sehingga berminggu lamanya untuk mengesahkan samada partikel tersebut daripada asteroid, tetapi jika benar, ia akn menjadi sampel asteroid pertama yang berjaya kembali ke Bumi.

Di bawah merupakan imej Bumi yang diambil oleh Hayabusa semasa ia menghampiri Bumi


Bumi yang dilihat daripada Hayabusa semasa perjalanan pulang ke Bumi. Kredit: JAXA

Tiada ulasan: