Jumaat, 30 Julai 2010

Imej terbaru bintang Wolf-Rayet dan Nebula Carinae


Nebula Carina di sekitar bintang Eolf-Rayet WR22 Kredit:ESO

Bintang bersaiz besar biasanya hidup dengan cepat dan mati sewaktu muda. Tetapi ia sangat cantik. Imej baru yang menakjubkan ini daripada ESO menunjukkan bintang Wolf-Rayet 22 dikelilingi Carina Nebula. WR 22 merupakan salah satu daripada bintang-bintang yang mengandungi Carina Nebula yang cantik (juga dikenali sebagai NGC 3372), kawasan besar untuk pembentukan bintang di selatan Bima Sakti. Imej ini diambil oleh ESO Wide Field Imager di Balai Cerap La Silla di Chile.

Bintang Wolf–Rayet dinamakan sempena dua ahli astronomi Perancis yang menjumpainya pada pertengahan kurun ke 19. WR 22 merupakan salah satu daripada bintang besat yang diketahui. Ia merupakan salah satu saripada ahli sistem double star dan mempunyai jisim sekurang-kurangnya 70 kali ganda daripada matahari. Meskipun bintang ini terletak 5000 tahun cahaya daripada Bumi, ia sangat terang dan dapat dilihat kelam-kelam sedikit menggunakan mata kasar dalam keadaan yang baik.

Latar Carina Nebula yang berwarna warni dicetuskan daripada interaksi antara ultraviolet radiation yang tinggi dari WR 22 dan bintang gergasi panas yang lain di dalam nebula tersebut, dan gas awan yang banyak, terutamanya hidrogen, di maania terbentuk. Bahagian tengah gas dan debu yang kompleks ini terletak di sebelah kiri gambar dan gambar lain yang dapat dilihat dari website ESO. Kawasan ini termasuk bintang popular Eta Carinae, salah satu bintang yang amat besar dan tidak stabil di alam semesta

Untuk maklumat lanjut, dan imej yang lebih besar untuk dimuat turun (need a new desktop background?) sila layari ESO webpage.

Tiada ulasan: