Khamis, 17 Mac 2011

Teleskop Pemantul

Sebuah teleskop pemantul mempunyai cermin kaca-melengkung yang digilap dengan spesifikasi tertentu. Cermin utama terletak pada bahagian bawah tiub. Apabila cahaya kena pada cermin, ia akan memantu kembali ke bahagian atas tiub untuk membentuk imej di prime focus.

Teleskop Newtonian diperkenalkan oleh saintis Britain yang tidak asing lagi iaitu Sir Isaac Newton pada 1668 menggunakan cermin rata dan kecil untuk memantulkan cahaya melalui tiub ke kanta mata (Sila lihat rajah 1 di bawah).

Teleskop Cassegrain menggunakan kanta cembung kecil sebagai cermin kedua untuk memantulkan cahaya kembali melalui lubang yang terdapat di cermin utama di bahagian bawah tiub (Sila lihat rajah 2 dibawah). Teleskop ini lebih kompak atau pun padat daripada teleskop pembias atau pun teleskop Newtonian yang mempunyai aperture yang sama. Teleskop Schmidt-Cassegrain menggabungkan fokus pendek cermin sfera utama di bahagian belakang dengan kanta nipis di hadapan.

Teleskop pemantul boleh didapati dalam pelbagai saiz, daripada teleskop Newtonian 76-mm (3-inci) untuk beginner kepada teleskop terbesar di dunia Gran Telescopio Canarias 10.4-m (34 kaki) yang terdapat di puncak Kepulauan Canary, Sepanyol.
Rajah 1: Teleskop pemantul Newtonian menunjukkan cermin utama, kanta mata dan cermin kedua.

Rajah 2: Teleskop pemantul Cassegrain menunjukkan cermin utama cembung, cermin kedua cengkung yang kecil dan kanta mata

Merujuk kepada rajah 1 dan 2 di atas, kenal pasti prime focus, kanta mata dan cermin utama teleskop pemantul. (a) ____________ ; (b) _____________ ; (c) ___________________
Jawapan: (a) Kanta mata; (b) prime focus; (c) cermin utama <-- Sila highlight untuk jawpan

Tiada ulasan: