Dunia kini sedang bersedia untuk mengalami bulan purnama yang terbesar sejak dua dekad lalu apabila satelit kepada Bumi ini akan menghampiri titik terdekatnya ke Bumi minggu hadapan.
Pada 19 Mac, bulan purnama akan kelihatan lebih besar daripada biasa di langit malam apabila Bulan menghampiri titik di dalam kitarannya yang dipanggil sebagai 'lunar perigee'. Para pencerap boleh menikmati pemandangan yangmenarik apabila Bulan menghampiri Bumi pada jarak 221,567 batu pada orbitnya yang berbentuk ellips orbit – jarak paling dekat sejak tahun 1992. Bulan purnama kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang di langit terutamanya pada sekitar pukul 12-2 pagi (20 Mac) di Jasin, Melaka mengikut simulasi Stellarium.
Fenomena ini dilaporkan akan meningkatkan lagi kebimbangan mengenai 'supermoons' yang dikaitkan dengan cuaca ekstrem seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. Pada Januari 2005, bulan juga telah menghampiri pada kedudukan yang terdekatnya. Ketika itu, direkodkan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala richter telah melanda Indonesia. Ribut taufan Katrina pada 2005 juga telah dikaitkan dengan Bulan purnama yang luar biasa besarnya. Antara supermoons yang telah berlaku adalah pada 1955, 1974 dan 1992 – setiap tahun ini pasti berlaku kejadian cuaca buruk yang telah meragut ribuan nyawa.
Walaubagaimanapun, seorang pakar memberitahu kepada Yahoo! News percaya bulan yang lebih besar daripada biasa ini yang mencetuskan kacau bilau merupakan satu tanggapan yang salah. Seorang pengkaji, Dr Tim O'Brien, di Jodrell Bank Centre for Astrophysics di University of Manchester, berkata: "Bahaya ini sengaja dimainkan. Anda akan mendapati air laut pasang besar daripada biasadisebabkan gravity Bulan yang menarik, tetapi tiada bencana alam yang serius akan berlaku untuk dirisaukan." Tetapi mengikut Dr Victor Gostin, seorang Geosaintis Planetary and Environmental di Adelaide University, mungkin ada kaitan antara gempa Bumi berskala besar. Beliau berkata: "Ini mungkin kerana air pasang mungkin pencetus terakhir yang menyebabkan gempa bumi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan