Memaparkan catatan dengan label Matahari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matahari. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Februari 2011

SDO merakam prominen gergasi



Matahari terus aktif! Satu flare bersaiz besar (M 3.6 class) berlaku pada 24 Februari 2011 dan meghamburkan letusan plasma yang besar selama 90 minit. Kejadian ini dirakam in extreme ultraviolet light by NASA’s Solar Dynamics Observatory spacecraft. Sebahagian daripada unsur tersebut keluar ke angkasa dan ada yang jatuh kembali ke Matahari. Kerana imej SDO merupakan super HD (definisi tinggi), saintis boleh zoom in dan melihat aksi ini dengan jelas. Video ini dihasilkan menggunakan cadence of a frame diambil setiap 24 saat; Lihat salah satu imej dibawah

Spaceweather.com melaporkan Bumi cuma menerima sedikit kesan akibat letusan ini kerana awan plasma yang terhasil daripada letusan ini tidak sampai ke sini.


Prominen suria gergasi yang dirakam oleh SDO

Isnin, 21 Februari 2011

Aktiviti Tompok Matahari Masih belum Berhenti


Tompok Matahari 1161 pada 17-02-11 oleh John Chumack

Menurut laman web SpaceWeather: “Kawasan aktif 1161 yang berkembang pantas meletus pagi kelmarin menghasilkan M6.6-class solar flare di 1011 UT. Letusan yang dikategorikan sebagai hampir-X ini merupakan salah satu flare terkuat sepanjang tahun dan trend aktiviti suria yang tinggi ini akan bersambung seminggu lamanya”
Sementara itu aktiviti hari ini tidak memberikan sebarang impak negatif ke atas Bumi, tetapi siapa tahu ia akan member kesan kepada hari mendatang.


Tompok matahari 1158 pada 17-02-11 oleh John Chumack

Kerana tompok matahari 1158 yang aktif, sekarang merupakan masa untuk pencerap matahari untuk melihat “Wilson Effect” – satu kesan di mana penumbra tompok matahari lebih kecil ke arah pusat matahari.

Ahad, 11 Julai 2010

Anda memerhatikan SDO yang Sedang Memerhatikan Matahari?



Anda sudah melawati website Solar Dynamics Observatory dan melihat segala imej bintang terdekat kita yang beresolusi tinggi dan menakjubkan? Jika belum, anda patut melakukannya. Di atas merupakan video tentang imej terbaru dan keupayaan SDO Jika anda mahu melihat rupa sebenar matahari sekarang pergilah melawat ke SDO's homepage. Dan di sini juga terdapat link ke SDO image browser di mana anda boleh melihat imej berbeza di dalam panjang gelombang yang berbeza daripada AIA (Atmospheric Imaging Assembly) dan HMI (Helioseismic and Magnetic Imager). Jika anda memilih pelbagai julat tarikh yang disediakan anda boleh melihat "movie" tentang aktiviti matahari. Contohnya, lihat enormous coronal hole di hemisfera utara yang dilihat minggu lepas dalam AIA 193 (julat tarikh 6/28 to 7/3), muat turun semua imej imej dan tekan "Play." Completely awesome. Website SDO seharusnya menjadi sebahagian daripada rutin internet harian anda!

Ahad, 1 November 2009

Acara pada November

1 Nov
Marikh melawat Kluster Beehive

5 Nov
Utarid conjunction dengan Matahari

7 Nov
Bulan pada kedudukan perigee (368,886km)

17Nov
Hujan Meteor Leonid

22 Nov
Bulan pada kedudukan apogee (404,713km)

Selasa, 5 Mei 2009

Matahari keletihan?

Aktiviti matahari semakin menurun, menimbulkan perdebatan dikalangan saintis sejauh mana ia akan turun dan apakah maksudnya kepada iklim Bumi.
Nasa merekodkan ketiadaan tompok matahari selama 266 hari pada tahun 2008 - tahap ketidakaktifan yang tidak pernah dilihat sejak 1913 - and 2009 dilihat lebih senyap lagi. Tekanan angin solar berada pada 50 tahun rendah dan bintang tempatan kita lebih malap sedikit berbanding 10 tahun yang lalu.
Tompok matahari merupakan tanda sebuah matahri yang aktif - kepulauan magnetik pada permukaan matahari dimana berlaku "convection", membuatkan gas lebih sejuk dan gelap bila dilihat dari Bumi - dan fakta yang menunjukkan ia semakin menghilang bermakna kita menuju tempoh "solar lethargy".
Aktiviti solar berbagai-bagai selama 11 tahun kitarannya, tetapi ia mengalami variasi jangka masa panjang, tinggi dan rendah yang boleh bertahan sekitar satu abad. "Kitaran 11 tahun yang baru telah bermula satu atau dua tahun yang lepas, dan setakat ini ianya sangat lemah" kata Nigel Weiss dari University of Cambridge.
Bersama Jose Abreu dari Swiss Federal Institute of Aquatic Science and Technology di Dubendorf dan lain-lain, Weiss baru-baru ini meramalkan jangka masa panjang "solar high" yang dinikmati sebelum perang dunia kedua tamat telah berakhir, dan penurunan sekarang akan mencapai titik terendah sekitar 2020.
Jangkaan mereka berdasarkan tahap isotop yang jarang terkumpul di dalam kerak Bumi bila angin solar yang lemah membenarkan sinaran kosmik menembusi atmosfera Bumi.
Disini ada peluang, kata Weiss yang kita mungkin menuju untuk suatu tahap yang rendah seperti Maunder minimum pada abad ke-17. Seperti mana Eropah menggigil melalui zaman ais, bila frost berada di Thames dan seluruh penduduk Switzerland hilang dibawah glasier.
Jadi patutkah kita menantikan kesejukan lagi?
Kebanyakan saintis percaya manusia merupakan penyebab utama kepada pemanasan global. Sekali pun kita mempunyai tahap yang rendah lagi, ia mungkin akan menyebabkan suhu turun 1Celsius sahaja berbanding kenaikan sekarang. Jadi jangan bungkus sunscreen anda lagi.