Memaparkan catatan dengan label Bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2011

Gambar Super Full Moon di Seluruh Dunia


Supermoon dilihat dari Ankara, Turki. Kredit: Rasid Tugral
Bulan perigee sedang terbit di Rothenfels, Jerman. Kredit: Daniel Fischer

Bulan purnama dilihat daripada West Kennet Avenue di Bulatan Batu Avery, Wiltshire. Kredit: Pete Glastonbury
Bulan sedang terbit berlatarbelakangkan Memorial Lincoln di Washington. Kredit: NASA

Gambar Super Full Moon semalam

Seperti yang telah diketahui ramai, semalam telah berlaku fenomena bulan purnama besar yang luar biasa. Walaubagaimanapun, fenomena ini telah disalahertikan oleh kebanyakan orang yang disebalik kejadian ini akan disusuli kejadian bencana alam yang dahsyat. Contohnya, kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun ini turut dikaitkan dengan fenomena astronomi ini.

Cuaca semalam agak mendung dan kemudian Bulan telah dilitupi awan tebal. Di bawah merupakan gambar yang telah diambil semalam di Kesang Jaya, Jasin, Melaka selepas maghrib:



























Isnin, 14 Mac 2011

Dunia kini sedang bersedia untuk mengalami bulan purnama yang terbesar


Dunia kini sedang bersedia untuk mengalami bulan purnama yang terbesar sejak dua dekad lalu apabila satelit kepada Bumi ini akan menghampiri titik terdekatnya ke Bumi minggu hadapan.

Pada 19 Mac, bulan purnama akan kelihatan lebih besar daripada biasa di langit malam apabila Bulan menghampiri titik di dalam kitarannya yang dipanggil sebagai 'lunar perigee'. Para pencerap boleh menikmati pemandangan yangmenarik apabila Bulan menghampiri Bumi pada jarak 221,567 batu pada orbitnya yang berbentuk ellips orbit – jarak paling dekat sejak tahun 1992. Bulan purnama kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang di langit terutamanya pada sekitar pukul 12-2 pagi (20 Mac) di Jasin, Melaka mengikut simulasi Stellarium.


Fenomena ini dilaporkan akan meningkatkan lagi kebimbangan mengenai 'supermoons' yang dikaitkan dengan cuaca ekstrem seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. Pada Januari 2005, bulan juga telah menghampiri pada kedudukan yang terdekatnya. Ketika itu, direkodkan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala richter telah melanda Indonesia. Ribut taufan Katrina pada 2005 juga telah dikaitkan dengan Bulan purnama yang luar biasa besarnya. Antara supermoons yang telah berlaku adalah pada 1955, 1974 dan 1992 – setiap tahun ini pasti berlaku kejadian cuaca buruk yang telah meragut ribuan nyawa.

Walaubagaimanapun, seorang pakar memberitahu kepada Yahoo! News percaya bulan yang lebih besar daripada biasa ini yang mencetuskan kacau bilau merupakan satu tanggapan yang salah. Seorang pengkaji, Dr Tim O'Brien, di Jodrell Bank Centre for Astrophysics di University of Manchester, berkata: "Bahaya ini sengaja dimainkan. Anda akan mendapati air laut pasang besar daripada biasadisebabkan gravity Bulan yang menarik, tetapi tiada bencana alam yang serius akan berlaku untuk dirisaukan." Tetapi mengikut Dr Victor Gostin, seorang Geosaintis Planetary and Environmental di Adelaide University, mungkin ada kaitan antara gempa Bumi berskala besar. Beliau berkata: "Ini mungkin kerana air pasang mungkin pencetus terakhir yang menyebabkan gempa bumi."

Sabtu, 19 Februari 2011

Bulan Mencintai Kamu




Satu kawah berupa bentuk hati pada kawasan Galilae di Bulan. Kredit: ASA/GSFC/Arizona State University; 3-D by Nathanial Burton-Bradford.

Terima kasih kepada Nathanial Burton-Bradford untuk imej ini. Beliau menemui gambar ini ketika sedang membelek-belek di Lunar Reconnaissance Orbiter Camera’s data set. Sila lihat page Flickr Nathanial untuk versi yang lebih besar dan banyak lagi.

Isnin, 13 September 2010

Bulan Senyum Mata Satu

Assalamualaikum. Maaf kerana lama menyepi kerana komitmen terhadap pelajaran d kampus. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Pada masa raya seperti biasa aktiviti yang biasa disertai adalah cerapan anak bulan syawal yang biasanya memang ditunggu ramai. Selain itu, terdapat keistimewaan pada aidilfitri tahun ini kerana mencerap langit malam pada hari raya kedua.

Sebenarnya cerapan langit malam ini adalah bertujuan untuk melihat fenomena yang dikatakan "Bulan Senyum". Tetapi oleh kerana keadaan langit pada waktu itu amat baik sekali, pencerapan diteruskan dengan objek lain seperti musytari. Tetapi jaluran Musytari tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukannya yang berada sangat rendah di mana hampir kepada pencemaran cahaya. Di bawah terdapat beberapa gambar yang telah diambil pada hari tersebut:


Planet musytari jika dilihat melalui teleskop meade LX200 dapat dilihat bulannya.


Planet musytari



Planat Musytari lagi


Jupiter


Jupiter lagi

Musytari bersama bulannya


Musytari


Musytari lagi

Jupiter


Jupiter


Bulan sabit dan zuhrah


Imej kelihatan terbalik kerana dilihat menggunakan finderscope


Kawah juga bulan juga sempat dicerap


Kawah Bulan


Kawah Bulan Lagi


Pelantar cerapan dipenuhi ahli keluarga


Abah memimpin cerapan


Kelihatan bulan dan zuhrah di atas kepala Zulkarnain (berbaju merah)


Berlatar belakangkan Bulan sabit dan venus


Venus terletak diatas bulan sabit menbentuk rupa seaakan bulan senyum bermata satu.





Gambar pada waktu petang @ senja














Rabu, 7 Julai 2010

Symphony of Science pergi ke Bulan



Symphony of Science baru sahaja mengeluarkan video terbaru mereka; pada kali ini merupakan pendaratan Apollo 11. Ia merupakan sebuah imbasan kembali untuk misi bersejarah tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SoS. Make sure you check out the SoS website, and if you think this is a worthy effort, consider sending them some support.

Rabu, 23 Disember 2009

'Bulan Biru' sempena tahun baru






Anda telah menikmati pemandangan bulan pada tahun ini. Saya harap anda telah meluangkan masa mengikuti fasa-fasa bulan dan menghargainya. Pada tahun ini kita amat bertuah kerana turut dapat melihat fenomena gerhana bulan separa. Fenomena yang jarak dapat disaksikan (Gerhana bulan separa beserta bulan purnama kedua dalam bulan yang sama)




Pada 1982, bulan purnama kedua dalam bulan yang sama telah dapat dilihat. Dikenali sebagai "Blue Moon", nama itu tidak menunjuk kepada warna Bulan tetapi kepada peristiwa yang jarang berlaku ini dan memberikan ekspresi ‘‘once in a blue moon.’’






Blue Moon berlaku setiap 2.7 tahun kerana perbezaan antara kalendar masihi dan kitaran bulan. Kitaran bulan merupakan masa yang diambil oleh Bulan untuk mengelilingi Bumin 29 hari, 12 jam, and 44 minit.

Jadi, tungguu,,,,,,,,, Insyaallah ia akan berlaku