Memaparkan catatan dengan label Zuhrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zuhrah. Papar semua catatan

Isnin, 13 September 2010

Bulan Senyum Mata Satu

Assalamualaikum. Maaf kerana lama menyepi kerana komitmen terhadap pelajaran d kampus. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Pada masa raya seperti biasa aktiviti yang biasa disertai adalah cerapan anak bulan syawal yang biasanya memang ditunggu ramai. Selain itu, terdapat keistimewaan pada aidilfitri tahun ini kerana mencerap langit malam pada hari raya kedua.

Sebenarnya cerapan langit malam ini adalah bertujuan untuk melihat fenomena yang dikatakan "Bulan Senyum". Tetapi oleh kerana keadaan langit pada waktu itu amat baik sekali, pencerapan diteruskan dengan objek lain seperti musytari. Tetapi jaluran Musytari tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukannya yang berada sangat rendah di mana hampir kepada pencemaran cahaya. Di bawah terdapat beberapa gambar yang telah diambil pada hari tersebut:


Planet musytari jika dilihat melalui teleskop meade LX200 dapat dilihat bulannya.


Planet musytari



Planat Musytari lagi


Jupiter


Jupiter lagi

Musytari bersama bulannya


Musytari


Musytari lagi

Jupiter


Jupiter


Bulan sabit dan zuhrah


Imej kelihatan terbalik kerana dilihat menggunakan finderscope


Kawah juga bulan juga sempat dicerap


Kawah Bulan


Kawah Bulan Lagi


Pelantar cerapan dipenuhi ahli keluarga


Abah memimpin cerapan


Kelihatan bulan dan zuhrah di atas kepala Zulkarnain (berbaju merah)


Berlatar belakangkan Bulan sabit dan venus


Venus terletak diatas bulan sabit menbentuk rupa seaakan bulan senyum bermata satu.





Gambar pada waktu petang @ senja














Ahad, 8 November 2009

Diari Langit : November 2

sambungan...

Pertengahan November

Pada malam yang ke-12, lihatlah bulan sabit yang cantik terletak disebelah kanan Zuhal.


12 November 2009

Pada pertengahan bulan, Zuhrah akan jelas pada timur kaki langit cuma 1 jam suku di hadapan matahari dan berketinggian 12 darjah semasa matahari terbit. Zuhrah yang kelihatan seperti cakera putih (10" wide dan 97% sunlit) akan menunjukkan sedikit minat kepada pencerap.

Melihat Zuhrah menggunakan mata kasar lebih menguntungkan pada 15 haribulan. Lihatlah ke arah timur bila bulan sabit halus membentuk segitiga tepat dengan Spica di atas dan Zuhrah di bawah.


15 November 2009

Ahad, 1 November 2009

Diari Langit : November

Walaupun sudah tiga bulan Opposition berlalu, Musytari masih menjadi pilihan untuk dicerap.


Kedudukan Jupiter bersama Bulan, Neptune, Uranus dan Pluto

Sebaik sahaja November menjelma, Marikh akan berada dalam Cancer, terbit sebeelum tengah malam dan berada pada meridian menjelang siang hari. Planet beermagnitud 0.4 ini berada pada kawasan langit sekitar Gemini dan Leo. Pada pagi 1 November (malam 31 Oktober) lihatlah dunia kunig keperangan ini meluncur dalam Kluster Beehive. Luas planet ini secara kasarnya ialah 8" pada masa ini, tetapi teleskop berkuasa tinggi akan membuktikan kegembiraan semasa planet ini meluncur merentasi kluster ini. Kurang dari 1 jam sudah cukup untuk untuk mengesan pergerakan marikh. Pada 2 haribulan, Planet Merah ini akan berada di timur Kluster dan merentasi sempadan memasuki Leo pada hari terakhir November.


Kedudukan marikh dalam buruj Cancer

Dalam bulan November, Zuhal perlahan-lahan mendaki tinggi di langit pagi.

Zuhrah masih menjadi objek pagi, tetapi ia tenggelam lebih reendah pada senja setiap hari. Apabila November membuka tirainya, planet bermagnitud -3.8 ini berada dalam Virgo berhampiran Spica yang bermagnitud 1.0. Pemandangan ini sangat cantik dengan jarak antara 4 darjah atau kurang dari 1 hingga 4 November.


Zuhal dan Zuhrah yang terbit pada awal pagi

Utarid melepasi Superior Conjunction pada 5 haribulan dan sangat dekat dengan matahari untuk tontonan bulan ini. Planet terkecil dalam sistem suria ini akan menjadi bintang senja pada Disember.


Utarid berada sangat dekat dengan matahari ketika matahari terbit

Dan bagi pemburu asteroid, sila ambil perhatian: Semasa awal subuh 24 haribulan, Vesta yang bermagnitud 7.8 dapat dikesan dengan mudah 1/3 darjah utara bintang 37 Leonis bermagnitud 5.7 dan 2 2/3 darjah timur laut Regulus yang bermagnitud 1.4