Rabu, 7 Julai 2010

Kapal Angkasa Hayabusa kembali ke Bumi dan bekas sampel kajian dibuka


Hayabusa sample return canister telah dibuka untuk mendedahkan partikel kecil di dalamnya. Kredit: JAXA

Bekas yang berisi sampel daripada kapal angkasa Hayabusa telah dibuka dan mengandungi sedikit partikel debu menurut JAXA website. Ini merupakan satu berita yang amat menggalakkan! Walaubagaimanapun ia tidak dapat dikenal pasti lagi jika debu tersebut merupakan daripada asteroid Itokawa, dimana Hayabusa telah ke sana atau ia merupakan daripada Bumi — tertinggal dalam bekas sebelum berlepas, atau ia berkemungkinan didapati semasa mendarat/pengurusan selepas mendarat. Menurut Emily Lakdawalla di Planetary Society, debu debu tersebut sangat kecil, bersaiz kira-kira 0.01-millimeter, dan terdapat sedozen umpamanya di dalam bekas tersebut. Imej ini diambil pada 28 June 2010 dan bawah ini merupakan gambar partikel tersebut yang telah dibesarkan.

Gambar partikel daripada Hayabusa yang telah dibesarkan. Kredit: JAXA

Ia akan mengambil masa sehingga berminggu lamanya untuk mengesahkan samada partikel tersebut daripada asteroid, tetapi jika benar, ia akn menjadi sampel asteroid pertama yang berjaya kembali ke Bumi.

Di bawah merupakan imej Bumi yang diambil oleh Hayabusa semasa ia menghampiri Bumi


Bumi yang dilihat daripada Hayabusa semasa perjalanan pulang ke Bumi. Kredit: JAXA

Bulan kecil membuat gelombang besar


Imej daripada Cassini menunjukkan Daphnis menghasilkan gelang di Zuhal. Kredit: NASA/JPL/Space Science Institute

Bulan bagi planet Zuhal, Daphnis cuma 8 kilometers lebar, tetapi ia memberikan impak yang besar kepada cincin A, membuat gelombang pada hujung gelang. Daphnis terletak dalam Keeler Gap, yang mana cuma berukuran 42km lebar, tetapi orbit eccentric bulan Zuhal tersebut menyebabkan jaraknya dari Zuhal to vary almost 9km, dan kecondongannya menyebabkan ia bergerak ke atas dan ke bawah kira kira 17 km. Ini mungkin tidak bunyi seperti ada perbezaan yang banyak , tetapi inilah yang membolehkan gelombang kelihatan di hujung ruang ini. Kewujudan Daphnis cuma disedari pada 2005, ia merupakan salah satu penemuan oleh kapal angkasa Cassini dan ini merupakan imej pertama di mana Daphnis kelihatan lebih besar daripada sebuah titik. Klik pada imej untuk melihat gambar yg lebih besar.

Imej ini dirakam pada 5 Julai, 2010, dan dihantar ke Bumi kelmarin (6 Julai). Lihat dibawah untuk imej terbaru gelang Zuhal.


Imej terbaru gelang Zuhal Kredit: NASA/JPL/Space Science Institute

Symphony of Science pergi ke Bulan



Symphony of Science baru sahaja mengeluarkan video terbaru mereka; pada kali ini merupakan pendaratan Apollo 11. Ia merupakan sebuah imbasan kembali untuk misi bersejarah tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SoS. Make sure you check out the SoS website, and if you think this is a worthy effort, consider sending them some support.

Khamis, 17 Jun 2010

Cabut gigi anda menggunakan Roket

adakah anda cukup berani untuk menjadi seperti budak di bawah ni?

""

Isnin, 7 Jun 2010

E book E Magazine

Assalamualaikum..
Hai..
Apa Khabar para pembaca sekalian?
Rasanya sudak lama kita tidak bersua.
Harap maaf kerana kesibukan sebagai Mahasiswa Tahun Akhir amat membataskan untuk mengupdate blog ni.

Sebagai tanda maaf dan penghargaan atas sokongan kalian semua saya ingin menghadiahkan 'Atlas of the Universe' dan 'Sky and Telescope' versi digital atau lebih dikenali sebagai E Book. Saya faham, mungkin kebanyakan daripada anda yang tidak berkemampuan merungut kerana harga buku dan majalah astronomi di pasaran amat terhad dan mahal. Jadi diharap usaha saya ini dapat memberikan kemudahan kepada kita. Teruslah mengunjungi blog ini kerana saya akan menambah lagi koleksi buku dan majalah untuk manfaat bersama.

Philip's Atlas of the Universe

File name: Atlas of the Universe.pdf
File size:52.53 MB

Selasa, 23 Mac 2010

STS 134



Korang pernah lihat gambar dia atas? Gambar di atas merupakan krew krew STS 134. Jika anda peminat Star Trek mungkin anda akan ingat gambar ni..

Sesiapa yg x ingat sila lihat gambar di bawah ni..



Posting ni saje saje untuk relax minda..

Khamis, 11 Mac 2010

Improve English Anda

Assalamualaikum,
Apa khabar? Astronomi merupakan bidang yang dikuasai oleh golongan barat atau eropah. Maka kebanyakan sumber bacaan atau rujukan didapati dalam bahasa Inggeris. Anda menghadapi kesukaran memahami artikel astronomi dalam bahasa Inggeris? Apa kata anda cuba klik link di bawah, untuk membantu meningkatkan penguaasaan bahasa Inggeris anda.

Improve english

Sekian