Khamis, 10 Februari 2011

Galaksi NGC 157




Bolehkah galaksi NGC 157 menahan peluru atau membengkokkan besi? Ini cumalah imaginasi diumpakan ke atas galaksi yang mempunyai pelbagai jenis bintang yang berkumpul di bahagian tengahnya dan membentuk seakan akan huruf "S"sama seperti simbol hero Superman. Imej ini telah diambil oleh HAWK-I (High-Acuity Wide-field K-band Imager) menggunakan Very Large Telescope yang terletak di Chile. HAWK-I menggunakan cahaya infra merah yang membenarkan kita melihat menerusi gas dan habuk yang kebiasaannya menghalang pandangan kita yang terlindung dari penglihatan.

Melihat kepada galaksi ini serta galaksi lain yang sama seperti ini, ahli astronomi boleh mempelajari tentang pembentukan bintang kerana proses sama yang dilalui Bima Sakti untuk membentuk bintang kita iaitu Matahari yang terjadi sekitar 4.5 billion tahun dahulu juga berlaku kepada bintang-bintang di NGC 157.

NGC 157 adalah malap - magnitudnya cuma 11, tetapi boleh dilihat menggunakan teleskop amatur yang besar. Ia terletak dalam Buruj Cetus (the Sea Monster)

Rabu, 9 Februari 2011

Binokular untuk malam di bandar



Cerapan yang bagus akan terhasil daripada perancagan yang rapi - sama ada anda seorang amatur atau professional.

"Perancangan" bermaksud apakah perlatan yang sesuai dan tidak sesuai digunakan serta menyusun projek tersebut dengan teratur. Post kali ini menceritakan tentang cerapan di kawasan langit yang tercemar dengan cahaya. Gambar pada post di sini bertindak sebagai finder chart

64,65 Geminorum Star Pair RA: 7^h 30^m Dec: +27.9
Dengan menggunakan teropong atau binokular, bintang Castor dan Pollux yang bermagnitud 5.0 dan 5.1 yang berada dalam buruj Gemini dapat dilihat. Jika dilihat dengan teliti, tona warna putih dan kuning akan dapat dilihat


M35 Open Cluster RA:6^h 09^m Dec: +24.4 darjah
Kawasan di atas Cator sehingga ke bahagian "kaki" Gemini merupakan bandar besar yang mengandungi lebih 200 bintang kira-kira 2800 tahun cahaya jauhnya yang menghasilkan photon yang mencukupi sehingga boleh dilihat dikawasan bandar yang terang.

M44 Kluster di dalam Buruj cancer RA: 8^h 40^m Dec: +19.7 darjah
Ahli yang paling terang di dalam Beehive Cluster membentuk rupa seakan-akan kubah sarang lebah dengan lebah-lebah berkeliaran di sekitarnya. Ia mengandungi beberapa kumpulan bintang; yang paling menyerlah ialah pasangan kuning-putih di utara "sarang lebah": 39 dan 40 Cancri, bermagnitud 6.5 dan 6.6, berjarak 150"


Rho^1 (p^1) Cancri Double Star RA:8^h 53^m Dec: +28.3 darjah
dari M44, bergerak sebanyak 9 darjah ke utara untuk melihat Iota Cancri. Satu darjah sedikit ke timur tenggara adalah Rho^1 (55) dan 53 Cancri, sepasang kuning dan oren kuning bermagnitud 6.0 dan 6.3 berjarak 278". Rho^1 diketahui mempunyai lima planet termasuk antara yang pertama ditemui di luar sistem suria. Jauh sedikit dari Iota tetapi pada arah adalah Rho^2, sebuah bintang.

Orion's sword (Pedang Belantik) Asterism RA: 5^h35^m Dec: -6 darjah
Tidak kisah berapa kerap anda ke sini, anda pasti boleh mempelajari Orion's sword dengan lebih mendalam.Struktur asasnya mengandungi empat kumpulan utama. Kumpulan 1 merupakan open cluster NGC 1981, 42 dan 45 Orionis termasuk dalam kumpulan 2, kumpulan 3 berdekatan dengan Great Orion Nebula, M42 dimana Theta Orionis berada di jantungnya manakala kumpulan diserlahkan oleh Iota Orionis bermagnitud 2.8.


Orion's Belt Asterism RA: 5^h 35^m Dec: -1 darjah
Banyak juga benda yang boleh diperhatikan di Orion's Belt. Cari "Orion's S," dan perhatikan bintang yang berwarna merah di bahagian sebelah bawah S.

Selasa, 8 Februari 2011

Ekuinoks dan Solstis

Anda boleh menentukan kedudukan matahari di langit pada hari apa sahaja dengan melihat kepada glob samawi dan peta langit mendatar yang biasa.

Vernal Ekuinoks yang berlaku pada 20 Mac, merupakan kedudukan semasa Matahari semasa ia merentasi khatulistiwa samawi ke Utara. Ia merupakan titik pada sfera samawi yang berada O^h of right ascension (R.A.). Autumnal Ekuinoks yang berlaku pada 23 September merupakan kedudukan matahari merentasi khatulistiwa samawike selatan. Pada waktu ekuinoks ini, siang dan malam mempunyai panjang yang sama.

Solstis musim panas yang berlaku pada 21 Jun dan Solstis Musim Sejuk yang berlaku pada 21 Disember merupakan kedudukan matahari yang paling utara dan selatan dalam setahun. Ketika ini berlaku hari yang paling panjang dan yang paling pendek.


Peta langit

Merujuk kepada rajah di atas; Kenal pasti Vernal Equinoks ____; Autumnal Ekuinoks ____; Solstis Musim Panas ____; Solstis Musim Sejuk ____;

Jawapan; c; a; b; d <-- Highlight untuk jawapan

Isnin, 7 Februari 2011

Hari Ini Dalam Sejarah (7 Februari)

Pagi tadi semasa mendengar radio dalam berita terdengar tentang sorotan hari ini dalam sejarah iaitu pada 7 Februari 1990. Pada tarikh ini Planetarium Negara telah dibuka dengan rasminya. Planetarium negara mula dibina pada 1990 dan siap pada 1993. Planetarium negara telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada asalnya Planetarium Negara diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi selepas satu tahun setengah penubuhannya ia telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sila layari website Planetarium Negara untuk info terkini

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-18 PLANETARIUM NEGARA

Cerapan Hilal Rabiul Awal 143H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapan selamat menyambut Tahun Baru Cina dan maafkan saya kerana rasanya sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Pada 29 Safar 1432H bersamaan 3 Februari 2011 saya sekeluarga pergi mencerap hilal Rabiul Awal 1432H. Mula bertolak dari rumah pada pukul 4.30 petang bersama keluarga menuju ke Kompleks Falak Al Khawarizmi (KFAK) di Tanjung Bidara. Setibanya di KFAK, kami terus ke surau untuk menunaikan solat Asar. Selepas itu, kami menuju ke pantai yang terletak di bawah KFAK menikmati suasana pantai untuk seketika sebelum cerapan.


Berjalan ke pantai sebelum mencerap
Antara Staff Jabatan Mufti yang sedang bertugas

Pada pukul 7 petang kami ke pelantar cerapan di Balaicerap lama untuk sesi cerapan. Pada hari itu, cerapan turut disertai Jabatan Pelajaran Johor dari bahagian agama seramai 50 orang. Cuaca pada petang itu amat baik. Langit berkeadaan cerah dan angin bayu laut bertiup agak kencang tetapi keadaan ufuk agak berawan sedikit menyebabkan hilal tidak dapat dilihat walaupun menggunakan bantuan teleskop Meade LX200 dan teodolit.
PETRONAS Penapisan Melaka, Tangga Batu antara objek yang dapat dilihat dari KFAK
Dr. Kassim memberikan taklimat sebelum cerapan langit malam bermula
Antara pelawat yang hadir

Pelawat sedang mencerap Musytari menggunakan teleskop Meade LX200

Selepas solat maghrib, proses cerapan objek samawi seperti planet musytari beserta satelitnya, bintang dan buruj. Proses cerapan berakhir kira-kira pukul 10 malam.
Musytari dan empat satelit yang berjaya dicerap malam itu.

Ahad, 6 Februari 2011

Musim-musim di Bumi


Disebabkan kecondongan paksi Bumi, setiap hemisfera mendapat jumlah cahaya matahari yang berbeza semasa mengorbit matahari dalam setahun

Laluan Matahari merentasi langit paling tinggi ketika musim panas dan paling rendah semasa musim sejuk. Altitud matahari di atas ufuk pada petang haru berbeza dalam setahun kerana paksi Bumi yang condong sedikit.

Garisan khatulistiwa Bumi berkecondongan sebanyak 23.5 darjah sepanjang tahun. Cahaya matahari menyinari Bumi daripada sudut yang berbeza dalam setahun menyebabkan berlakunya perubahan musim dan juga tempoh waktu siang dan malam.

Melihat kepada rajah di atas, adakah hemisfera Utara berada hampir atau jauh dari matahari pada a) Disember b) Jun

Jawapan a) Jauh b) Dekat <-- Sila highlight di sini