Isnin, 7 Februari 2011

Cerapan Hilal Rabiul Awal 143H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapan selamat menyambut Tahun Baru Cina dan maafkan saya kerana rasanya sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Pada 29 Safar 1432H bersamaan 3 Februari 2011 saya sekeluarga pergi mencerap hilal Rabiul Awal 1432H. Mula bertolak dari rumah pada pukul 4.30 petang bersama keluarga menuju ke Kompleks Falak Al Khawarizmi (KFAK) di Tanjung Bidara. Setibanya di KFAK, kami terus ke surau untuk menunaikan solat Asar. Selepas itu, kami menuju ke pantai yang terletak di bawah KFAK menikmati suasana pantai untuk seketika sebelum cerapan.


Berjalan ke pantai sebelum mencerap
Antara Staff Jabatan Mufti yang sedang bertugas

Pada pukul 7 petang kami ke pelantar cerapan di Balaicerap lama untuk sesi cerapan. Pada hari itu, cerapan turut disertai Jabatan Pelajaran Johor dari bahagian agama seramai 50 orang. Cuaca pada petang itu amat baik. Langit berkeadaan cerah dan angin bayu laut bertiup agak kencang tetapi keadaan ufuk agak berawan sedikit menyebabkan hilal tidak dapat dilihat walaupun menggunakan bantuan teleskop Meade LX200 dan teodolit.
PETRONAS Penapisan Melaka, Tangga Batu antara objek yang dapat dilihat dari KFAK
Dr. Kassim memberikan taklimat sebelum cerapan langit malam bermula
Antara pelawat yang hadir

Pelawat sedang mencerap Musytari menggunakan teleskop Meade LX200

Selepas solat maghrib, proses cerapan objek samawi seperti planet musytari beserta satelitnya, bintang dan buruj. Proses cerapan berakhir kira-kira pukul 10 malam.
Musytari dan empat satelit yang berjaya dicerap malam itu.

Tiada ulasan: