Khamis, 22 Julai 2010

Lif Bulan boleh dibina dalam tempoh sedekad kata pemaju


Konsep Lif Angkasa Kredit:Liftport, ihsan Michael Laine


Idea untuk lif ke angkasa telah bermula sejak penghujung 1800, tetapi penyempurnaan kepada impian yang besar ini masih jauh lagi. Masalah utamanya adalah, tiada siapa yang mampu mebuat bahan yang diperlukan iaitu untuk membuat riben panjang yang sangat ringan, sangat kuat seperti carbon nanotubes, satu-satunya bahan yang diketahui sangat kuat untuk lif angkasa ini. tetapi usahawan, Michael Laine percaya, bahan yang ada sekarang juga mampu untuk membuat lif ke bulan. Dengan kajian yang bertambah dan modal yang mencukupi, Laine berkata lif ke bulan boleh dibina dalam tempoh satu dekad.

Disebabkan graviti Bulan cuma 1/6 daripada graviti Bumi, keperluan terhadap riben tersebut telah dikurangkan. Bahan sedia ada sekarang yang dinamakan sebagai Zylon (poly(p-phenylene-2,6-benzobisoxazole) iaitu sebuah bahan polimer sintetik, mempunyai kekuataan yang tinggi dan thermal stability yang baik boleh digunakan.

Tambahan lagi, komponen untuk membuat lif tersebut yang akan dihantar ke bulan adalah sangat ringan. Jadi, roket yang kecil juga mampu melaksankannya. Roket seperti Atlas atau Delta juga sudah memadai untuk tugas ini.
Konsep artis mengenai Lif Angkasa. Kredit:Caltech

Lif bulan ini mampu dilaksanakan dalam tempoh 5-7 tahun. Wang merupakan salah satu cabaran yang dihadapi untuk projek ini tetapi lif bulan berkemungkinan lebih murah untuk dibina berbanding lif angkasa dari Bumi.

Lif berasaskan Bumi mempunyai kabel yang panjang - berkemungkinan 100,000km (62,000 batu) panjang — yang di sokong pada hujung Bumi yang satu lagi dengan pengimbang berat (sebuah satelit yang besar sebagai contoh)

Konsep Lif Bulan; Kredit: Star Technology and Research, Inc./Jerome Pearson

Lif Bulan akan menggunakan riben sekurang-kurangnya 50,000 kilometers (31,000 batu) mengjangkaui Earth-Moon L1 LaGrange point dari anchor point berhampiran pusat bahagian Bulan yang boleh dilihat dari Bumi. Roket kecil seperti Atlas atau Delta boleh menghantar komponen ke L1 point.

Rabu, 21 Julai 2010

Wujudkah Hidupan Di Kosmos?

Antara persoalan yang menghantui para saintis pada hari ini adalah mengenai sama ada wujudnya hidupan di angkasa atau pun tidak. Hingga ke hari ini kajian dan penyelidikan mengenainya masih lagi berterusan tanpa sebarang kepastian. Mengikut Agensi Angkasa Eropah atau pun European Space Agency (ESA), bermula pada abad ke-21 lagi, negara-negara di Eropah mempergiatkan lagi usaha untuk mencari tanda-tanda kehidupan di luar bumi, terutamanya di sistem suria. Bagi mencapai tujuan ini, kapal-kapal angkasa seperti Rosetta dan Mars Express dilancarkan. Hal ini dilaporkan di http://sci2.esa.int/special events/lifeinuniverse/index.html dibawah tajuk Europe Joins The Search For Life Elsewhere In The Universe.


Umat Islam bertuah kerana lebih daripada 1400 tahun dahulu Quran telah memberi jawapan kepada persoalan ini. Dalam surah as-Syurak ayat 29 Allah menjelaskan, "Dan antara tanda (kekuasaan Allah) ialah penciptaan langit dan Bumi dan makhluk-makhluk yang melata (daabbah) yang bertebaran pada kedua-duanya. Dia maha berkuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya"
ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ

Ayat ini menunjukkan terdapat 'makhluk-makhluk yang melata' di langit dan di bumi. 'Makhluk-makhluk yang melata' ini Allah istilahkan sebagai daabbah dalam Quran. Mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan daabbah bermaksud 'haiwan'.

Hamka di dalam Tafsir al-Azhar, mentafsirkan daabbah sebagai 'segala yang hidup, merangkak, merayap dan berjalan dengan kaki'. Bagi Hamka ayat ini menunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliau berkata, "Binatang yang melata bukan wujud di Bumi sahaja, tetapi ia juga wujud di langit. Tegasnya (ia wujud) di bintang-bintang lain."

Said Hawa pula, di dalam al-Asas fi al-Tafsir, mempunyai dua pandangan berhunung ayat ini.
Pertamanya, beliau tidak menafikan ayat ini mungkim mengisyaratkan mengenai wujudnya hidupan di kosmos. Walau bagaimanapun ayat ini boleh juga membawa maksud di bumi sudah ada hidupannya dalam bentuk manusia, jin, dan pelbagai jenis haiwan dan di langit juga sudah ada hidupannya dalam bentuk para malaikat. Kesemuanya sudah pun bertebaran di langit dan bumi mengikut ketetapan ilahi. Pendapat yang kedua ini adalah selari dengan tafsiran yang dibuat oleh Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim. Namun, secara dasarnya berpandukan ayat ini, Islam tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan di luar bumi sama ada di sistem suria atau pun kosmos.
Beta CVn

Di dalam BBC News bertarikh 19 Februari 2006, di bawah tajuk Top Stars Picked In Alien Search, Paul Rincon melaporkan, pakar astronomi, Margaret Turnbull, daripada Carnegie Institution di Washington, Amerika, mengenal pasti lima bintang yang mungkin mengandungi hidupan di atasnya. Kelima-lima bintang itu adalaah Beta CVn (di gugusan Canes Venatici), HD 10307, HD 211 415, 18 Sco (di gugusan Scorpio) dan 51 Pegasus.

51 Pegasus

HD 10307


Jumaat, 16 Julai 2010

Sekitar Gerhana Matahari 11 Julai 2010

Pilihan 1






Bill Kramer Paul Gauguin, selatan Tahiti. 11 Julai 2010

Terlepas sentuhan kedua kerana awan yang bergerak laju, tetapi dapat menikmati yang selebihnya.

Pilihan 2

Patricia Reiff, luar pantai Tahiti Jul. 11, 2010
Patricia Reiff seorang profesor fizik daripada Rice University menyaksikan gerhana tersebut dari dek kapal peranginan Aranui 3 di luar pantai Tahiti. Beliau mengirim gambar ini terus daripada kapal tersebut menggunakan iPhone beliau.

Pilihan 3




Constantinos Emmanouilidis, Mangaia Cook Islands Jul. 11, 2010

Sebuah kumpulan kecil seramai tiga orang ahli astronomi mengembara sejauh separuh glob untuk sampai ke Mangaia. Di atas merupakan imej yang berjaya diambil disebalik awan.

Pilihan 4

Janne Pyykkö, El Calafate, Patagonia, Argentina Jul. 11, 2010

Gerhana Matahari Penuh pada 11 Julai 2010 di Argentina tidak dapat dilihat dengan mudah kerana fasa penuh berada cuma 1 darjah dari ufuk dan di atas pergunungan Andes yang sentiasa berawan.



Rakaman klip video di YouTube mengenai Gerhana Matahari di Chile

Rabu, 14 Julai 2010

Rosetta bertemu Asteroid Lutetia



Lutetia pada jarakk terdekat. Kredit: ESA 2010 MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/RSSD/INTA/UPM/DASP/IDA

Pada hujung minggu lalu, kapal angkasa Rosetta telah terbang melepasi asteroid Lutetia. Penerbangan ini merupakan satu kejayaan yang amat memberangsangkan kerana Rosetta berjaya melakukannya tanpa sebarang kesilapan. Pertemuan terdekat berlaku pada 16:10 GMT padaJuly 10, pada jarak 3,162 km (1964 batu). Imej ini menunjukkan Lutetia telah menerima banyak impak setelah 4.5 billion tahun akan kewujudannya. Semakin Rosetta menghampiri, bentuk seakan akan mangkuk memanjang merentasi asteroid itu jelas kelihatan. Imej ini mengesahkan bahawa Lutetia merupakan asteroid yang lonjong, dengan sisi terpanjangnya sekitar 130 km (80 batu).


Pada jarak 36,000 kilometer (22,369 batu),OSIRIS Narrow Angle Camera (NAC) mengambil gambar ini berlatar belakang planet Zuhal. Kredit: ESA 2010 MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/RSSD/INTA/UPM/DASP/IDA

Rosetta yang bergerak pada kelajuan 15 km/s melengkapkan flyby ini cuma dalam masa seminit. Tetapi kamera dan peralatan lain telah bekerja berjam-jam lamanya dan dalam sestengah kes, ada yang berhari-hari lamanya. Sejurus berada pada jarak terdekat, Rosetta mula menghatar data ke Bumi untuk di proses, dan team Rosetta pasti mendedahkan lagi penemuan dalam beberapa hari dan minggu yang akan datang.

Gambar yang di Zoom in pada resolusi tertinggi. Kredit: ESA 2010 MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/RSSD/INTA/UPM/DASP/IDA

Bintang yang sedang Mati atau Burung yang cantik?


Imej IRAS 19475+3119 dirakam oleh Hubble. Kredit: ESA/Hubble and NASA.

Subhanallah, amat menakjubkan sekali imej terbaru daripada teleskop Hubble ini! Sekali pandang, objek ini kelihatan seperti burung gergasi yang amat cantik. Tetapi ia merupakan bahagian luar atmosfera sebuah bintang yang sedang mengembang. Awan di sekitar bintang yang terang ini dipanggil IRAS 19475+3119. Ia berada pada buruj Cygnus (Angsa) kira-kira 15, 000 tahun cahaya dari Bumi.

Ahad, 11 Julai 2010

Tangki Memori


Pemandangan daripada atas menunjukkan tangki space shuttle ET-138 -- yang terakhir -- as it rolls out at Michoud Assembly Facility berdekatan New Orleans, Louisiana. Kredit: NASA

Hampir ke penghujung era: Tangki luar terakhir yang dijadualkan untuk berlepas pada satu misi was rolled out of the Michoud Assembly Facility pada hari Khamis. Tangki, ET-138, bergerak menggunakan wheeled transporter sejauh satu batu ke Michoud barge dock, ditemani oleh brass band dan ratusan pekerja yang membina tangki tersebut sejak 37 tahun lalu. Satu tangki tambahan akan datang Michoud; ET-122, yang telah rosak semasa Taufan Katrina pada Ogos 2005, dan disimpan untuk flight configuration dan dijadualkan untuk penghantaran ke Kennedy pada lewat September bertindak sebagai tangki “Launch on Need”, untuk kapal bantuam STS-335 , jika diperlukan. Atau, ia mungkin boleh berlepas ke angkasa – tiada keputusan lagi jika NASA akan mendapat misi tambahan.

Anda boleh melihat galeri imej-imej di NASA Flickr page.

Tangki ini akan membuat pengembaraan sejauh 900-batu melalui laut ke Kennedy Space Center, (sekitar tumpahan minyak di Teluk Mexico) dan proses pemasangan dengan shuttle Endeavour dan solid rocket boosters untuk misi STS-134 akan dimulakan, dijadualkan pelancaran selepas mid-November Februari 2011. Misi ini akan menghantar Express Logistics Carrier 3 dan Alpha Magnetic Spectrometer ke International Space Station. Ia akan menjadi misi ke-36 ke space station dan ke-134 dan sekali gus penerbangan shuttle.

Anda memerhatikan SDO yang Sedang Memerhatikan Matahari?



Anda sudah melawati website Solar Dynamics Observatory dan melihat segala imej bintang terdekat kita yang beresolusi tinggi dan menakjubkan? Jika belum, anda patut melakukannya. Di atas merupakan video tentang imej terbaru dan keupayaan SDO Jika anda mahu melihat rupa sebenar matahari sekarang pergilah melawat ke SDO's homepage. Dan di sini juga terdapat link ke SDO image browser di mana anda boleh melihat imej berbeza di dalam panjang gelombang yang berbeza daripada AIA (Atmospheric Imaging Assembly) dan HMI (Helioseismic and Magnetic Imager). Jika anda memilih pelbagai julat tarikh yang disediakan anda boleh melihat "movie" tentang aktiviti matahari. Contohnya, lihat enormous coronal hole di hemisfera utara yang dilihat minggu lepas dalam AIA 193 (julat tarikh 6/28 to 7/3), muat turun semua imej imej dan tekan "Play." Completely awesome. Website SDO seharusnya menjadi sebahagian daripada rutin internet harian anda!