Selasa, 26 April 2011

Balaicerap Dr. Rowi

Pada hujung minggu lepas bersamaan 15 dan 16 April saya berkesempatan melihat balaicerap Dr. Rowi di rumahnya di Taman Tarbiah, Guchil. Melihat kepada peralatan dan perkakasannya cukup mengagumkan. Highlight utama cerapan ini adalah menggunakan SBIG STL1001E. Antara objek yang dicerap pada malam itu adalah trifid nebula, lagoon nebula dan antares. Harap maaf kerana imej tidak dapat disiarkan kerana lupa nak ambil daripada Dr. Rowi. Harap Dr. Rowi beri keizinan siarkan gambar balaicerapnya. Terima kasih atas segala ilmu dan hospitaliti sepanjang keberadaan saya di KB. Jumpa lagi.


SBIG STL1001E dipasang pada teleskop


Antara objek yang menjadi "mangsa" adalah Lagoon Nebula





Dr. Kassim sedang membantu Dr. Rowi membuat balancing





Workstation Balaicerap Dr. Rowi





Ada empat kesemuanya teleskop yang diattach pada satu mount. Terkejut juga melihatnya.

Khamis, 14 April 2011

Bengkel Astrofotografi

Hujung minggu lepas telah berlangsung bengkel astrofotografi yang dianjurkan oleh Perseids. Bengkel ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak.




Rabu, 13 April 2011

Lawatan ke Planetarium Sultan Iskandar, Sarawak (PSI)



Setelah sekian lama hajat dipendam, akhirnya saya berjaya juga ke Planetarium ini pada penghujung Mac lalu. Lawatan dilakukan setelah solat jumaat di Masjid India. Kemudian berjalan kaki menuju ke Planetarium ini. Antara mercu tanda lain yang dijumpai sepanjang laluan ke sana adalah Muzium, akuarium, dan taman budaya. Setelah 1 jam berjalan, saya pun tiba di sana dengan hati yang sangat gembira. Walaubagaimanapun, terdapat sebuah sekolah telah pun menempah lebih awal untuk menonton tayangan. Saya akan dibenarkan masuk jika terdapat kekosongan.





Jumaat, 1 April 2011

Angkasawan di hari biasa

Seorang 'Angkasawan' yang sedang mengisi minyak Apa yang dilakukan angkasawan jika mereka tidak berada di angkasa? Imej jurugambar komersial, Hunter Freeman kesemuanya kelihatan tentang manusia yang memakai sut angkasawan.Angkasawan yang melakukan perkara seperti manusia biasa pasti akan mencuit hati anda. Anda boleh melihat imej-imej lain di link ini dan melihat lebih lanjut mengenai kerja beliau di websitenya.

Khamis, 31 Mac 2011

Falak di MelakaFM 31 Mac 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Segmen Falak di Melaka FM pada hari ini berkisar mengenai Istiqbal, Zuhal, Hujan Meteor Lyrids dan Kuiz Falak Online. Untuk makluman, segmen ini akan bersiar setiap hari khamis minggu pertama setiap bulan pada pukul 8.30 pagi. Tidak lupa juga, selamat ulang tahun ke 65 kepada RTM. File name: Falak d MelakaFM 31032011.mp3 File size:26.22 MB

Selasa, 29 Mac 2011

Penambahbaikan teleskop


Keperluan terhadap kajian alam semesta sangat hebat. Oleh itu ahli astronomi tidak boleh duduk dihadapan teleskop dan melakukan cerapan sahaja. Sebaliknya, pencerap perlu melihat kepada komputer! Cahaya dari bintang yang melalui sistem pengimejan elektronik direkodkan untuk kajian dikemudian hari oleh saintis dan mendapatkan gambar-gambar. Komputer yang berkuasa tinggi sangat penting untuk mendapatkan, memproses, menyimpan dan menganalisis data astronomi pada hari ini.


Charge Coupled device (CCD) merupakan pengesan elektronik yang sangat popular. CCD merupakan cip silikon yang kecil, elemen peka cahaya yang menukar cahaya kepada elektrik untuk komputer dan pemprosessan imej lanjutan. CCD lebih sensitif kepada cahaya berbanding filem fotografik dan ia boleh merekod objek kelam dan terang pada waktu yang sama.


Selalunya, peralatan yang dipanggil spektograf datang bersama-sama teleskop. Cahaya bintang bukan mempunyai satu warna sahaja, tetapi hasil gabungan pelbagai jenis warna atau panjang gelombang. Ahli astronomi mendapat maklumat tentang bintang-bintang daripada panjang gelombang yang berbeza inilah.



Anda boleh menghasilkan spektrum daripada cahaya matahari (cahaya bintang). Letakkan cermin di dalam bekas berisis air dan sandarkan ia dibahagian tepi bekas tersebut. Ubah Letakkan bekas di kawasan cahaya matahari yang terang supaya matahari menyinar di cermin tersebut. Gerakkan cermin sedikit sehingga anda melihat spektrum yang terbentuk di siling atau di dinding.


Spektroskop memisahkan cahaya kepada panjang gelombang komponennya untuk dilihat. Cahaya akan memasuki spektroskop melalui celah halus dan melalui collimating lens yang menghasilkan sinaran cahaya yang selari. Prisma akan menguraikan cahaya ini kepada warna yang berlainan (panjang gelombang). Spektrum ini direkodkan dalam spektrograf.


Apakah kegunaan spektograf? _______________________________________________________


Jawapan: Untuk memisahkan dan merakam panjang gelombang komponennya. <-- Sila highlight untuk jawapan

Ahad, 20 Mac 2011

Gambar Super Full Moon di Seluruh Dunia


Supermoon dilihat dari Ankara, Turki. Kredit: Rasid Tugral
Bulan perigee sedang terbit di Rothenfels, Jerman. Kredit: Daniel Fischer

Bulan purnama dilihat daripada West Kennet Avenue di Bulatan Batu Avery, Wiltshire. Kredit: Pete Glastonbury
Bulan sedang terbit berlatarbelakangkan Memorial Lincoln di Washington. Kredit: NASA