Jumaat, 16 Januari 2009

Bumi terbit, Bumi terbenam

Kalau anda pernah berdiri di bulan,
anda akan selalu melihat bumi di posisi yang sama. Tetapi jika anda menaiki satelit mengelilingi bulan, anda akan lihat bumi terbit dan terbenam. Inilah yang berlaku kepada Kaguya, Satelit Agensi Angkasa Jepun mengembara kira-kira 100 kilometer di atas bulan. Dengan meggunakan 'high definition' televisyen, it mencipta kembali imej popular yang pernah diambil ketika misi Apollo 8, Amerika pada 1968. Tetapi terdapat sesuatu yang lain: Imej bumi terbenam di bawah ufuk bulan cuma mengambil masa selama 70 saat sahaja.
Bumi terbenam secara berperingkat

Gambar Bumi terbit yang diambil oleh Apollo 8


Tiada ulasan: