Khamis, 15 Januari 2009

Zuhrah


Pada close up pertama untuk IYA 2009 ialah Zuhrah. Ini Kerana kecerahannya di langit malam ketika ini. Tetapi kecerahan ini menyebabkan silau ketika menggunakan teleskop. Namun, dalam masa satu bulan kita boleh menyaksikan perubahan fasa dan saiz zuhrah. Pada superior conjunction (fasa penuh), zuhrah tidak kelihatan besar berbanding utarid tetapi beberapa minggu sebelum dan selepas inferior conjunction (fasa sabit), Zuhrah kelihatan lebih besar dari Musytari. Angular diameter ketika Zuhrah mengalami fasa penuh pada Ogos 2008 cuma 10'' sahaja. Walaubagaimanapun pada awal januari ini cakeranya membesar kepada 21'' dan sebahagian pantulan cahaya matahari ialah 57%. Pada 16 haribulan ini ianya menjadi 25''. Pada 18 Mac Zuhrah menjadi 57'' tetapi menjelma sebagai bulan sabit yang sangat kurus.

Tiada ulasan: