Jumaat, 16 Januari 2009

Gerhana Matahari

Pada 26 Januari ini akan berlangsung satu fenomena astronomi yang tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja oleh rakyat Malaysia. Fenomena yang dimaksudkan ialah gerhana matahari. Masyarakat di Malaysia dapat menyaksikan gerhana matahari separa ini yang mempunyai 60%-80% proses gerhana ini. Peratusan ini bergantung kepada kawasan atau pun zon di Malaysia. Kawasan atau zon selatan mengalami peratusan gerhana yang tinggi dan semakin berkurang ke utara ini kerana Gerhana penuh matari ini berlangsung di Indonesia. Fasa pertama gerhana ini dapat disaksikan selepas waktu asar. Antara tempat yang boleh dikunjungi untuk menyaksikan proses gerhana ini ialah di USM, Pulau Pinang, Planetarium Negara Kuala Lumpur, Balaicerap Universiti Darul Iman (KUSZA), Terengganu, Balaicerap Al-Khawarizmi, Melaka dan Planetarium Iskandar di Kuching Sarawak. Jadi, apa tunggu lagi berkunjunglah ke mana-mana lokasi, bersama keluarga dan rakan-rakan sempena cuti tahun Baru Cina yang berhampiran dengan anda agar tidak terlepas fenomena astronomi di awal tahun ini.

Kepada masyarakat cina saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
XINNIAN KUAI LE

Tiada ulasan: