Isnin, 2 Ogos 2010

Bersedialah menghadapi Perseids bersama orang lain di seluruh dunia



Pada tahun ini hujan meteor Perseid jatuh pada 11-14 Ogos, dijangkakan akan menjadi salah satu yang terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jika trailer “MeteorWatch” yang menarik ini tidak menarik minat anda, tiada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menarik minat anda. Jika anda belum pernah mendengar MeteorWatch, ia merupakan jalan untuk melihat hujan ini bersama yang lain, dan berkongsi pengalaman walaupun anda melihatnya secara berseorangan di luar sana. Ini merupakan peristiwa astronomi yang telah sangat mendapat sambutan antara Twitterers untuk peristiwa sebelum ini. Terdapat juga cara lain selain Twitter. Semua orang dijemput sama ada ahli astronomi atau peminat langit malam. Tujuannya adalah mendapatkan seramai mungkin orang ramai untuk melihat meteor atau juga fireballs untuk pertama kalinya.Terdapat juga beberapa sumber lain di bawah:

1) sebuah website yang berdedikasi dengan "live" Twitter page
2) sistem laporan cerapan mudah alih Twitter , (masih diusahakan lagi,
jadi lihatlah website dulu sementara menanti kehadirant Perseids) untuk memetakan dan mendapatkan arkib kiraan meteor antarabangsa, etc.
3) update secara live daripada
AstronomyFM (AFM) Radio dari Under British Skies crew in England, mungkin juga bersama maklumat terkini dari seluruh negara.
4)
Meteorwatch juga boleh didapati di facebook Facebook

Tavi Greiner daripada "A Sky Full of Stars" mempunyai sedikit fakta menarik mengenai Perseids, juga tips untuk melihat Perseids.

Jika keadaan berawan pada malam tersebut, anda boleh mendengar meteor "pings" melalui radio.

Tiada ulasan: