Sabtu, 7 Ogos 2010

Teleskop Angkasa Bergabung Untuk Merakam Pertembungan Galaksi




Imej baru dua galaksi yang bertaut telah dikeluarkan NASA Great Observatories. Galaksi Antennae terletak kira-kira 62 juta tahun cahaya dari Bumi, imej yang ditunjukkan adalah daripada Chandra X-ray Observatory (biru), Hubble Space Telescope (emas and coklat), dan Spitzer Space Telescope (merah). Galaksi Antennaemendapat nama daripada lengannya seperti antenna panjang yang dilihat daripada wide-angle views. Kredit Imej: Chandra: NASA/CXC/SAO, Spitzer: NASA/JPL-Caltech, Hubble: NASA/STScl

Pertembungan yang bermula lebih daripada 100 juta tahun dahulu dan masih berlaku lagi telah memulakan pembentukan jutaan bintang-bintang dalam awan debu dan gas di galaksi tersebut. Bintang muda yang paling besar telah melalui proses evolusi dalam beberapa juta tahun dan meletup sebagai supernova.


Imej X-ray image daripada Chandra menunjukkan awan panas yang besar, disuntik dengan pelbagai elemen daripada letupan supernova. Elemen yang terdapat dalam gas ini termasuklah oksigen ,besi, magnesium dan silikon yang akan menghasilkan generasi baru bagi planet dan bintang. Sumber seperti sebuah titik yang terang didalam imej dihasilkan daripada bahan yang jatuh ke dalam lohong hitam dan bintang neutron hasil peninggalan bintang raksasa. Sebahagian daripada lohong hitam ini mungkin mempunyai jisim hampir 100 kali ganda daripada matahari.

Data daripada Spitzer cahaya infra merah daripada awan debu yang dipanaskan oleh bintang yang baru lahir. Awan yang terang itu berada pada kawasan pertindihan antara dua galaksi tersebut.

Data daripada Hubble mendedahkan kawasan pembentukan bintang dan bintang tua dalam keadaan putih dan keemasan, dimana debu filamen dalam keadaan coklat. Kebanyakan objek malap merupakan kluster yang terdiri mengandungi ribuan bintang.

Tiada ulasan: