Isnin, 14 Februari 2011

Galaksi Bima Sakti (Milky Way)

Galaksi bima sakti atau pun milky way merupakan galaksi yang didiami oleh kita sekarang. Oleh kerana kita terletak di dalam galaksi bima sakti yang besar, kita tidak boleh mengambil gambar galaksi kita sendiri dari luar. Sebaliknya kita menggunakan gambar galaksi-galaksi yang lain untuk membantu kita menggambarkan apakah rupa sebenar galaksi kita jika dilihat dari angkasa.



Jika anda dapat pergi jauh ke angkasa dan melihat ke bawah iaitu ke arah galaksi kita, anda boleh melihat galaksi kita seperti sebuah ceper yang berpintal yang memerlukan 100,000 tahun cahaya untuk merentasinya. Jika anda melihat Galaksi Bima Sakti dari sebelah tepi pula, ia kelihatan seperti cakera nipis yang bersinar dan terbonjol di tengahnya. Ketebalan "cakera" ini kira-kira 3000 tahun cahaya (1 kpc). Matahari kita berada kira-kira 25,000 tahun cahaya (8kpc) dari pusat Bima Sakti.

NGC 4565, Galaksi Spiral atau pun dikenali sebagai Galaksi Jarum (Needle) terletak di Coma Berenices. Ini merupakan salah satu galaksi spiral seperti Bima Sakti dilihat dari Bumi.

Keseluruhan Galaksi Bima sakti ini sedang berputar di angkasa. Fakta ini diambil daripada Doppler shift of radiation from the spiral arms. Matahari kita bersama ahli keluarga planet-planetnya mengelilingi pusat galaksi kita kira-kira 250km/saat. Dengan kelajuan yang begitu menakjubkan ini, sistem solar kita memerlukan 220 juta tahun untuk melengkapkan satu peredaran.

Galaksi kita bergerak dengan sangat pantas di angkasa ke arah buruj Hydra pada kelajuan 600km/saat.

Jika anda boleh terbang merentasi Galaksi kita pada kelajuan cahaya, berapa lama yang anda perlu sampai untuk sampai ke hujungnya? ______________________________

Jawapan: 100,000 tahun <-- Highlight untuk jawapan
Penyelesaian: Bahagikan jarak (100,000 tahun cahaya) dengan kelajuan (1 tahun cahaya setahun)

Tiada ulasan: