Selasa, 26 Mei 2009

Kekaguman Seorang saintis

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Quran ini adalah profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan Bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu beliau merasakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung dengan kejadian langit dan Bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena ini memang benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada gumpalan asap itu lahirlah bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.
Akhirnya beliau berkata, "Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Quran. Dengan membaca Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang." Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Understanding Islam, Darus Salam Publications, edisi kedua, Mei 1990.

Isnin, 25 Mei 2009

Pandangan Kosmik


Pada satu malam, dikala langit begitu cerah, anda boleh
melihat 2000 bintang dengan mata kasar anda. Anda boleh
melihat trillion kilometer di angkasa dan beberapa ribu
tahun ke belakang.
Semasa anda merenung bintang, anda pasti tertanya-tanya:
Apakah bentuk atau makna jutaan bintang ini? Apakah
kedudukanku ai alam kosmos yang luas ini? Anda tidak
berseorangan dalam bertanyakan soalan ini. Misteri dan
kecantikan angkasa lepas sentiasa memukau ramai orang.


Astronomi merupakan sains yang tertua - dan termuda.
Penemuan menarik yang dibuat pada hari ini menggunakan
alat yang canggih dan teknik yang belum pernah diguna
pakai sebelum ini. Ahli astronomi amatur masih
memberikan sumbangan yang penting dalam penemuan
terbaru.
Bumi sebagai rumah kita merupakan sebiji bola yang
mempunyai diameter kira-kira 13,000 km tergantung di
ruang angkasa raya yang luas.

Bumi merupakan milik sistem Suria. Sistem Suria
mengandungi satu bintang - Matahari kita - dan tambahan
lapan planet bersama bulan, asteroid, komet dan
habuk-habuk, di mana semuanya mengelilingi Matahari.
Sistem Suria mempunyai jarak sejauh 12 billion km untuk
merentasinya.
Matahari dan sistem Suria terletak di salah satu lengan
Galaksi Bima Sakti. Galaksi Mima Sakti mengandungi 200
billion bintang bersama gas interstellar dan debu-debu
yang mengelilingi tengah-tengahnya. Galaksi Bima Sakti
mempunyai keratan rentas sejauh 100,000 tahun cahaya. (1
tahun cahaya lebih kurang 10 trillion km)
Galaksi Bima Sakti kita merupakan antara
berbillion-billion galaksi yang wujud di angkasa ini.

Kejadian Langit dan bumi daripada asap

Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah berfirman langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap-asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan Bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata, "Sesungguhnya memang sudah ada satu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap." Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam Quran.

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap adalah dukhan. Dalam bahasa inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap ini atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.


Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, cloud of gas, fog of neutral hidrogen and hlium, hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas diperingkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti 'awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi' dan yang seumpamanya.
Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan objek-objek daripada asap. Oleh sebab Bumi adalah satu objek maka langit yang dinyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti kejadian alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.
Selepas 30,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, sele[as berlaku masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi dan planet dan bumi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press New York, 1993).
Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space Remnants of the Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000., Keay Davidson melaporkan para saintis menemui gas hidrogen bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.
National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico: New Release, pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made of Atoms Formed in First Stars, melaporkan berkenaan satu penemuan yang menunjukkan di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas sudah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.
Pada tanggal 25 November 1999, di bawah tajuk Puzzle of Galactic Evolutin Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis dariada Universiti Wisconsin Madison. Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selam ini menghantui pakar astronomi. Mereka yang mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi di langit sebelum ini. Di samping itu, sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.
Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarih 2 Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could be Clouds of Gas, dilaporkan pihak NASA di Chandra X-ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.
Kita dapat simpulkan bab ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescope Science Institute di http://origins.stsci.edu/. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, "Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini laam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang-bintang." Penemuan-penemuan ini dan seumpamanya mengesahkan kebenaran Quran yang terdapat dalam surah Fussilat ini.

Jumaat, 22 Mei 2009

Meteor:Path to Destruction

Ini merupakan sebuah filem yang baru sahaja ditonton. Filem ini menceritakan bagaimana Amerika Syarikat berhadapan dengan situasi apabila sebuah asteroid sebesar Manhattan akan menghentam Bumi. Peristiwa ini bermula apabila sebuah komet kelas satu telah melanggar asteroid kelas satu dan telah mengubah orbit asteroid ini. Perlanggaran ini dapat dikesan oleh seorang profesor, Dr Lehman bersama pelajarnya, Imogene yang membuat kajian di Baja, Mexico.
Kemudian beliau menghubungi rakannya di Amerika Syarikat yang bekerja di Jet Propulsion Laboratories untuk memaklumkan keadaan tersebut tetapi rakannya itu enggan mempercayainya. Dr Lehman dan Imogene segera bertolak dari Baja ke Amerika Syarikat untuk memaklumkan keadaan tersebut kepada Kerajaan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun pelbagai halangan terpaksa ditempuh oleh dr Lehman dan Imogene termasuklah kehabisan minyak di tengah jalan, Dr Lehman mati dilanggar dan banyak lagi.

Kematiaan Dr Lehman dan masalah yang menimpa Imogene mengakibatkan proses memusnahkan Ibu Asteroid yang dinamakan sebagai Cassandra tergendala. Ini kerana hanya Dr Lehman dan Imogene sahaja yang mempunyai algorithm untuk mengira trajektori asteroid tersebut. Sementara itu serpihan-serpihan perlanggaran asteroid itu telah mula memasuki Bumi dan menghentam Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Keadaan bertambah panik dan nafsu mula menakluki hati. Segala satelit diangkasa telah musnah dilanggar serpihan asteroid itu juga. Amerika Syarikat mula mengarahkan tenteranya untuk menembak segala serpihan asteroid yang masuk ke dalam atmosfera Bumi.


Akhirnya, asteroid ini berjaya dihalang dari menghampiri Bumi dengan cara yang sangat unik, iaitu menggunakan Hukum Nemwton. Secara keseluruhannya cerita ini agak menarik untuk menyaksikan bagaimanakah persediaan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari angkasa. Malangnya grafik letupan yang dipaparkan dalam cerita ini agak kurang mantap sedikit dan kawah daripada impak kesan hentaman asteroid itu kurang menjadi. Sekian

Khamis, 14 Mei 2009

IYA CLOSE UP:The Whirlpool Galaxy

Galaksi Whirlpool, M51 terletak di Canes Venatici merupakan galaksi berpintal yang cantik. Foto resolusi tinggi seperti di bawah menunjukkan hub Whirlpol yang cerah menyebarkan cahayanya ke lengkuk-lengkuknya. Perhatikan bagaimana lengan-lengan ini telah ditarik keluar oleh graviti dri temannya NGC5195. Salah satu daripada lengan kelihatan seperti di dalam temannya tetapi secara faktanya temannya itu terkebelakang sedikit. Gambar ini pasangan ini telah menempuh perjalanan sejauh 31 juta tahun cahaya dari Bumi.

Whirlpool merupakan galaksi berpintal terbaik untuk teleskop amatur. M51 dan pasangannya NGC5195 merupakan hidangan dua dalam satu bagi teleskop. Whirlpool dan rakannya menghasilkan magnitud 8.4 dan dimensi 11' X 7' - secara relatifnya cerah dan besar sebagai galaksi. Kedua-duanya juga mampu dilihat menggunakan teleskop kecil dan teropong.

Struktur pintalan M51 kelihatan agak kabur kerana halo yang menyelubungi dari teras galaksi. Untuk mengesan lengannya memerlukan teleskop 8-10 inci dan sedikit eksperimen.
Apply power yang sangat sedikit akan menyebabkan galaksi tidak kelihatan cukup besar untuk menunjukkan secara detail. Power yang terlalu tinggi akan menyebabkan halo tersebar. Dari kawasan pinggir bandar, teleskop reflector 10 inci akan menunjukkan kawasan yang cerah di halo. Di kawasan gelap pula, teleskop yang sama mampu memperlihatkan pattern diantara 150X dan 200X.


Salah satu target pada bulan Mei adalah galaksi Whirlpool, M51 terletak di hujung Big Dipper. Galaksi menarik yang terletak bedekatan dengannya adalah NGC 5195

Rabu, 6 Mei 2009

Jenaka IYA

Apakah yang boleh anda gambarkan dari gambar ini?

Apakah yang pelukis cuba sampaikan?

Gambar ini diambil dari akhbar The Star pada 20 April 2009 dilukis oleh C.W.Kee
Saya amat tertarik apabila saya melihat lukisan ini. Ia begitu signifikan. Alhamdulillah, diharapkan daripada kartun ini dapat menunjukkan yang rakyat Malaysia sedar tahun ini merupakan Tahun Astronomi Antarabangsa (IYA). Atau pun disebaliknya, rakyat Malaysia telah menyalahgunakan teleskop atau. tidak tahu menggunakan teleskop dengan betul pada tempatnya. Mungkin pelukis juga ingin berjenaka bertemakan IYA. Haha.. :-0 Walaubagaimanapun tafsiran mengenai gambar tetakluk kepada kreativiti masing-masing. Seperti kata-kata yang biasa didengari

Sekeping gambar lebih bermakna dari seribu perkataan

Selasa, 5 Mei 2009

Matahari keletihan?

Aktiviti matahari semakin menurun, menimbulkan perdebatan dikalangan saintis sejauh mana ia akan turun dan apakah maksudnya kepada iklim Bumi.
Nasa merekodkan ketiadaan tompok matahari selama 266 hari pada tahun 2008 - tahap ketidakaktifan yang tidak pernah dilihat sejak 1913 - and 2009 dilihat lebih senyap lagi. Tekanan angin solar berada pada 50 tahun rendah dan bintang tempatan kita lebih malap sedikit berbanding 10 tahun yang lalu.
Tompok matahari merupakan tanda sebuah matahri yang aktif - kepulauan magnetik pada permukaan matahari dimana berlaku "convection", membuatkan gas lebih sejuk dan gelap bila dilihat dari Bumi - dan fakta yang menunjukkan ia semakin menghilang bermakna kita menuju tempoh "solar lethargy".
Aktiviti solar berbagai-bagai selama 11 tahun kitarannya, tetapi ia mengalami variasi jangka masa panjang, tinggi dan rendah yang boleh bertahan sekitar satu abad. "Kitaran 11 tahun yang baru telah bermula satu atau dua tahun yang lepas, dan setakat ini ianya sangat lemah" kata Nigel Weiss dari University of Cambridge.
Bersama Jose Abreu dari Swiss Federal Institute of Aquatic Science and Technology di Dubendorf dan lain-lain, Weiss baru-baru ini meramalkan jangka masa panjang "solar high" yang dinikmati sebelum perang dunia kedua tamat telah berakhir, dan penurunan sekarang akan mencapai titik terendah sekitar 2020.
Jangkaan mereka berdasarkan tahap isotop yang jarang terkumpul di dalam kerak Bumi bila angin solar yang lemah membenarkan sinaran kosmik menembusi atmosfera Bumi.
Disini ada peluang, kata Weiss yang kita mungkin menuju untuk suatu tahap yang rendah seperti Maunder minimum pada abad ke-17. Seperti mana Eropah menggigil melalui zaman ais, bila frost berada di Thames dan seluruh penduduk Switzerland hilang dibawah glasier.
Jadi patutkah kita menantikan kesejukan lagi?
Kebanyakan saintis percaya manusia merupakan penyebab utama kepada pemanasan global. Sekali pun kita mempunyai tahap yang rendah lagi, ia mungkin akan menyebabkan suhu turun 1Celsius sahaja berbanding kenaikan sekarang. Jadi jangan bungkus sunscreen anda lagi.