Isnin, 30 Mei 2011

Phobos



Phobos merupakan salah satu daripada bulan atau satelit bagi planet Marikh. Saiz Phobos amat kecil, iaitu cuma 28km panjang dan mempunyai permukaan yang tidak sekata. Phobos kelihatan tua dengan banyak kesan kawah. Kawah terbesarnya dipanggil Stickney, berukuran 10km memanjang.

Gambar di atas dirakam oleh MARS EXPRESS SPACECRAFT kepunyaan ESA pada 21 Januari 2011 yang melintasi Marikh. Ketika gambar ini dirakam Mars Express cuma 100km dari Phobos, membolehkan imej bulan planet ini beresolusi 4m per piksel.

Ahad, 29 Mei 2011

Supernova



Imej ini dirakam daripada Balaicerap X-Ray chandra pada 13 Januari 2011



Imej ini menunjukkan galaksi M82 dalam sinar-X. Kawasan merah merupakan kawasan dimana letupan supernova yang tidak terkira telah berlaku , menghasilkan gelembung-gelembung gas panas. Sebahagian daripada titik biru disangka kilauan daripada lohong hitam.

Gerhana Separa semasa matahari terbit


Foto ini dirakam oleh Bas Van Beek di Werkhoven, Belanda pada 4 Januari lalu. Bas berkata
"Apabila saya bangun pada hari itu, saya pasti tidak dapat menyaksikan apa-apa
tentang gerhana ini, Tetapi isteri saya melihat ke jendela dan pada masa yang
sama, matahari sedang terbit, beliau melihat langit yang berwarna
kemerah-merahan dan memanggil saya dengan segera. Saya bergegas ke loteng dan
dapat melihat gerhana matahari separa tersebut"
Imej ini dirakam menggunakan Canon EOS 350D DSLR camera"

Jumaat, 6 Mei 2011

SDO: Bulan ni kacau laluan aku pulak











Semalam Balaicerap Dinamik Suria (SDO) dapat mencerap Bulan yang mencelah antara kapal angkasa dan matahari. Jika anda lihat dekat-dekat, anda dapat melihat gunung-ganang di bulan.
Cool!

Pasukan sains SDO berkata perkara ini bukan sahaja menakjubkan untuk dilihat, tetapi sebenarnya membolehkan mereka menajamkan imej SDO.

Lihat gambar imej close-up (diproses oleh Jason Major) dibawah.

Rabu, 4 Mei 2011

Asteroid besar akan melintasi Bumi pada November





Pada 8 November 2011, sebuah batuan besar di angkasa akan menghampiri Bumi iaitu aasteroid 2005 YU55.

2005 YU55 berukuran kira-kira 400 meter [1,300 kaki] lebar dan jarak yang paling hampirnya adalah kira-kira 325,000 kilometer (201,700 batu) dari Bumi.

“Ini merupakan batu angkasa terbesar yang telah dikenal pasti yang akan berada hampir dengan Bumi. Peristiwa seumpama ini dijangka akan berulang pada tahun 2028 pula,” kata Don Yeomans, pengurus NASA’s Near-Earth Object Program Office di JPL, dan Yeomans memberi jaminan yang tiada sebarang ancaman bahaya daripada asteroid ini.