Ahad, 9 Ogos 2009

Perasmian Planetarium Melaka

Terkini dan eksklusif untuk pembaca sekalian

Pada post sebelum ini dinyatakan bahawa Planetarium ini akan dirasmikan pada 1 Ogos tetapi atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan akhirnya majlis perasmian Planetarium berharga 24 juta ini diadakan pada hari ini.

11:00am
  • Orang ramai sudah mula membanjiri perkarangan Planetarium Melaka. Kira-kira 200-300 pengunjung dianggarkan berada di perkarangan Planetarium Melaka
  • Persiapan terakhir masih dilakukan oleh penganjur.

Pemandangan dari Lobi Planetarium


Pengunjung mula berkumpul di perkarangan Planetarium


Dr Kassim bersama salah seorang pengunjung

11.13am
  • Ketibaan Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam bersama tetamu kehormat yang lain.
  • Bacaan Doa oleh Mufti Melaka, Dato Wira Rashid Redza.
  • Ucapan oleh Pengerusi Planetarium Melaka, Dato Yaakub Md Amin
  • Ucapan oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Ketua Menteri bersalaman dengan pengunjung

12:00pm
  • Perasmian oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam.
  • Pengunjung mula memasuki Planetarium Melaka.
  • Kehadiran pengunjung disambut oleh maskot berpakaian angkasawan.
  • Pengunjung melihat Galeri Pameran.
  • Antara bahan pameran yang terdapat di sini ialah Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa, Jam Matahari Escorial Diptych, Teleskop Loyang Halus Tradisional Abad ke-18, Model Cakerawala, Gerbang Galaksi, Replika Teleskop Angkasa Hubble, Satelit Angkasa, Simulator Kapal Angkasa Soyuz, Simulator Kapal Angkasa Challenger, Pameran Kajian Angkasa, pelbagai bahan pembelajaran lain.

Majlis perasmian disempurnakan oleh KM Melaka


Kemeriahan Majlis Perasmian


Pengunjung disambut oleh seorang 'angkasawan' dan matahari 3D


Dato' melawat galeri pameran


Galeri Cosmonaut

12:30pm
  • Persembahan movie dimulakan di Space Theatre bertajuk UNIVERSE.
  • Terdapat movie lain yang akan ditayangkan pada masa hadapan seperti Stars of Pharaoh dan The Secret of Sun.

Di dalam Space Theater


Pengunjung mula mengambil tempat duduk


Bilik kawalan Space Theater

1:30pm
  • Jamuan Tengahari
2:00pm
  • Berangkat pulang.
Bahan Pameran


Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa


Jam Matahari Escorial Diptych


Gerbang Galaksi


Loyang Octagonal


Replika Satelit


Lagi Replika Satelit yang terdapat disini.


Ruang Kapal Angkasa


Simulator Kapal Angkasa Challenger


Walaupun dilanda H1N1 pengunjung tetap mencuba simulator Soyuz

p/s: Harga tiket:- Dewasa:RM15 Kanak-kanak:RM10
Potongan harga akan diberikan pada musim-musim tertentu

PLANETARIUM MELAKA TERCANGGIH DI ASIA TENGGARA

Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia

AYER KEROH: Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang dibuka kepada orang ramai mulai hari ini ( 9 Ogos) merupakan sebuah planetarium tercanggih di Asia, sekaligus menjadikan ia sebagai satu lagi produk pelancongan berasaskan pendidikan di negeri ini.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam optimis Planetarium Melaka juga bakal menjadi kebangaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya negeri ini yang mampu menjadi tarikan baik di peringkat negeri, negara serta antarabangsa.

Beliau memberitahu, projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri itu merupakan satu produk baru pelancongan berasaskan pendidikan bagi menarik lebih ramai pelajar sama ada sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi menanamkan minat terhadap aktiviti aero-angkasa.


Pintu Gerbang Planetarium Melaka

Ketua Menteri memberitahu, Planetarium Melaka yang dilengkapi pelbagai kemudahan peralatan canggih bernilai RM2.4 juta yang pertama di Asia dibekalkan oleh Pico International (M) Sdn Bhd, berupaya melonjakkan industri pelancongan di Melaka, khususnya kajian mengenai sains angkasa lepas.

Katanya, semua peralatan yang terdapat di planetarium ini adalah buatan tempatan, cuma menggunakan pakar-pakar dari Amerika Syarikat untuk kerja-kerja dekorasi dalamannya.


Pakar Aeroangkasa... (Dari Kanan) Sam Gibbs, Charles Liddal, Bruce Head, dan Edmund Chen

"Saya sudah pergi melawat banyak planetarium di seluruh dunia. Saya lihat, Planetarium Melaka antara yang terbaik. Baru-baru ini saya pergi melawat planetarium di Quebec City, Kanada dan juga Amerika Syarikat, saya lihat tarikannya kurang berbanding di sini yang banyak mempamerkan benda-benda baru
berkaitan sains aero-angkasa," ujarnya selepas melakukan lawatan singkat di Planetarium Melaka, 1 Julai lalu.


Mohd Ali mencuba permainan berkaitan zodiak

Ketua Menteri menambah, Planetarium Melaka juga turut menyediakan simulator dan beberapa kemudahan canggih yang tidak terdapat di tempat lain.

"Biasanya kalau hendak bina simulator sendiri seperti di Auckland, kosnya begitu mahal. Di sana kita cuma boleh tengok simulator sahaja, berbanding di Planetarium Melaka setiap pengunjung boleh melihat simulator dan melawat pelbagai peralatan dan pameran yang disediakan," ujarnya.

Planetarium Melaka juga kata Mohd Ali akan mengadakan pertukaran filem dengan empat lagi planetarium yang terdapat di Malaysia iaitu di Tanjung Bidara, Planetarium Negara di Kuala Lumpur, di Kuching dan Kuala Terengganu.

"Harga tiket akan kita tentukan kemudian. Saya fikir, sekurang-kurangnya RM10 untuk dewasa dan kita akan beri potongan istimewa untuk pelajar.

Mungkin harganya mengikut kadar tiket di Melaka River Cruise atau Menara Taming Sari. Kita akan tentukan kemudian," kata Mohd Ali.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace Education Sdn Bhd, Sam Gibbs memberitahu, pihaknya (Pico) amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi peluang melakukan kerja-kerja dekorasi dalaman di Planetarium Melaka.

"Peralatan dan kemudahan yang terdapat di sini adalah antara yang terbaik dan tercanggih sekali di Asia. Kita mempamerkan bahan-bahan terkini mengenai aero-angkasa untuk tontonan pengunjung," ujarnya.

Manakala rakannya, Bruce Head selaku Pengarah Rekabentuk Pico berkata, Planetarium Melaka berpotensi menjadi pusat kajian penting mengenai aero-angkasa.

"Ia bukan sahaja terletak di lokasi strategik dari Tol Ayer Keroh, malah Planetarium Melaka turut dilengkapi pelbagai informasi terkini tentang angkasa lepas. Pemaparan bahan-bahan pameran juga amat menarik sekali. Semua pengunjung pasti berbangga," ujarnya.

Planetarium Melaka Saji Kepelbagaian

TEROKAI KEAJAIBAN DUNIA ASTRONOMI

AYER KEROH : Melangkah masuk ke Planetarium Melaka, suatu kelainan pastinya dapat dirasai. Sungguh menakjubkan, santai dan berinformasi sekali.



Penjelajahan ke ruang pameran seolah-olah membawa kita menerokai ke suatu suasana yang sungguh menakjubkan.


Loyang Octagonal


Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa

Dekorasi bahan-bahan pameran, foto-foto yang menghiasi dinding dan susun atur beberapa objek unik, jelas menjadikan Planetarium Melaka: ' Science Adventure Centre' suatu lokasi yang mesti dilawati bagi menimba pengalaman yang serba-serbinya baru tentng dunia astronomi dan sains angkasa lepas.


Poster berkaitan astronomi di ruang pameran

Terletak di lokasi strategik di pusat komersial di Lingkaran MITC, Planetarium Melaka bernilai RM20 juta merupakan planetarium tercanggih di Asia Tenggara.

Ia juga merupakan cetusan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam usahanya menambahkan produk pelancongan baru berasaskan pendidikan.

Planetarium Melaka akan dibuka kepada orang ramai bermula hari ini (9 Ogos) turut dilengkapi pelbagai kemudahan canggih yang menggabungkan evolusi keunikan dunia astronomi dulu, sekarang dan masa depan.


Replika satelit turut dipamerkan

Menempatkan 50 bahan pameran serta perkakasan canggih mengenai astronomi dan angkasa lepas bernilai hampir RM2.4 juta, Planetarium Melaka turut menyajikan suatu pengalaman penuh berinformasi sebaik sahaja kita melangkah masuk ke dalam 'Space Theatre' yang boleh memuatkan 200 penonton pada satu-satu masa. 'Space Theatre' dilengkapi enam projektor berteknologi tinggi untuk memancarkan bahan-bahan tayangan berkaitan sains angkasa ke permukaan layar berukuran 15 meter.

Gabungan elemen audiovisual menggunakan peralatan canggih bernilai RM5 juta pasti sekali menjanjikan suatu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Di 'Space Theatre', pengunjung berpeluang menjelajah dunia baru menerusi visual yang dipancarkan ke permukaan dome sambil duduk di kerusi khas bersudut 120 darjah.


Kerusi khas di Space Theatre

Sabtu, 8 Ogos 2009

Musytari dan Bulan

Pada 6 Ogos lalu saya telah berjaya mencerap dan merakam gambar planet musytari bersama Bulan. Imej ini dirakam menggunakan kamera olympus mju-tough 6000.