Ahad, 28 Februari 2010

Ingin Membeli seluar dalam angkasa?


Wakata sedang memperagakan stokin

Ingat lagi "long duration underwear" yang diuji oleh angkasawan Jepun Wakata semasa di ISS tahun lepas? Sekarang anda berpeluang untuk membeli untuk diri sendiri. Seluar dalam dan pakaian lain yang direka khas dan turut dikenali sebagai "J-Ware" dijual sekarang pada harga 10,500 yen atau kira-kira $115 USD. J-ware telah dengan bahan antibakteria dan deodorant, jadi ia boleh dipakai untuk tempoh yang lama dan kalis bau. "(Untuk) dua bulan saya telah memakai seluar dalam ini dan tiada bau serta tiada orang yang komplen,” kata Wakata. “Saya rasa seluar dalam baru J-ware sangat baik untuk diri saya dan rakan-rakan."

Cepat, saiz dan kuantiti terhad!!!

Website J-Ware dalam English ,
dan original Japanese version.

Untuk menghalang bau, pakaian tersebut direka untuk menyerap air, melindungi badan dan kering dengan cepat. Ia juga kalis api dan anti-statik.

Kebiasaannya, pakaian angkasawan cuma boleh dipakai untuk beberapa hari sahaja kerana bersenam. Kerana tiada kemudahan untuk cucian, pakaian tersebut dikira sebagai sampah.

Angkasawan Takao Doi, yang terbang bersama krew shuttle pada awal 2009 untuk menghantar makmal Kibo Jepun ke station tersebut telah bersenam bersama rakan-rakannya yang lain tetapi pakaiannya tetap kering.

Pakaian Wakata termasuk baju lengan panjang dan pendek, seluar, dan seluar dalam. Stokin istimewa direka dengan mempunyai kantung di tepi (lihat imej di atas) jadi angkasawan boleh menggunakan kaki mereka seperti tangan extra, membantu untuk mengekalkan mereka di lantai semasa sedang bekerja.

Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H


Assalamualaikum

Di sini Astronomi @ Falak ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 H. Di sini saya ingin mencadangkan mulai tahun ini apa kita kita menyambut hari lahir kita dalam tahun Hijrah pula. Jika kita boleh menyambut hari kelahiran rasulallah pada 12 Rabiul Awal dan bukan pada 20 April setiap tahun.

Seperti contohnya saya dilahirkan pada 2 Januari 1988 bersamaan dengan 12 Jamadil Awal 1408 H. Bagi mereka yang tidak tahu tarikh lahir mereka dalam hijrah saya boleh membantu anda dengan menukarkan tarikh lahir anda kepada Masihi kepada Hijrah. Anda cuma perlu menghantar tarikh lahir anda ke comment atau emel ini muhammadammar5241@gmail.com dan saya akan mereply dengan kadar segera. Marilah kita bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.

Salam Maulidur Rasul 1431,
Sekian,

Isnin, 15 Februari 2010

Di mana teleskop sebesar 42 meter akan diletak?


Lakaran artis mengenai ELT Cuba bandingkan saiz orang dengan teleskop

Soalan: Dimanakah langit malam yang selalu gelap, bebas daripada awan selama 360 hari setahun, kering dan 3.5 km dari aras laut?
Jawapan: Gunung Armazones padang pasir Atacama, Chile.
Soalan: Siapa yang mahu tinggal di situ?
Jawapan: European Extremely-Large Telescope (E-ELT)!

"Kita sedang membicarakan mengenai teleskop terbesar di dunia, terbesar untuk suatu tempoh yang lama untuk disiapkan. Ia bermaksud kita mesti memilih tempat yang terbaik. Chile mempunyai kawasan yang sangat sesuai. Tiada syak lagi, ia memang merupakan tempat yang terbaik di dunia," ahli astronomi European Southern Observatory', Massimo Tarenghi. Beliau merupakan seorang daripada empat ahli astronomi - dua warga Chile, seorang Itali dan seorang Jerman - yang hadir di padang pasir tersebut untuk menilai kesesuian tempat tersebut berbanding pesaing yang lain: Spanish isle of La Palma di Canary Islands terletak di barat Afrika.

European Southern Observatory (ESO), merupakan agensi kajian astronomi badan kerajaan yang telah mempunyai tiga kemudahan di padang pasir Atacama termasukVery Large Telescope array di bandar Paranal.

Isnin, 8 Februari 2010

Snowmageddon @ Snowpocalypse


Salji yang turun dengan luar biasa pada Februari dilihat daripada angkasa

Adakah anda tinggal di semasa zaman apa yang dipanggil “snowmageddon” atau “snowpocalypse?” Di atas merupakan pemandangan daripada satelit kesan daripada ribut salji yang dahsyat di Eastern US that melitupi beberapai kaki salji pada 6 dan 7 Feb. Laporan kemalangan, kereta yang ditinggalkan dan ratusan penerbangan dibatalkan diselitkan juga perlawanan snowball yang besar.d with stories of massive snowball fights. Salji yang turun dengan lebat mungkin akan melambatkan perjalanan trafik dan ratusan kehilangan bekalan elektrik. Imej ini didapati dariModerate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) dari NASA’s Terra satellite.

Sabtu, 6 Februari 2010

Gambar cantik pada minggu ini: NGC 3603


NGC 3603

Imej giant stellar nursery yang mengelilingi NGC 3603 yang amat menakjubkan ini diambil oleh Very Large Telescope di Cerro Paranal, Chile. Nebula ini merupakan kawasan ledakan bintang. kilang membuat bintang di mana bintang terbentuk daripada debu dan gas di nebula. Ia terletak 22,000 tahun cahaya daripada matahari dan kawasan terdekat seperti ini di dalam Galaksi kita. Jutaan bintang menetap di sini, dengan kebanyakannya mempunyai jisim sama seperti matahari kita. Tetapi terdapat juga bintang yang besar di sekitarnya. Tambahan lagi, satu bintang, NGC 3603 A1, merupakan bintang yang paling besar yang pernah "ditimbang". Beberapa bintang super raksasa biru memenuhi di dalam isipadu kurang daripada 1 tahun cahaya cubic, bersama tiga bintang dipanggil Wolf-Rayet - bintang yang sangat terang dan besar yang akan menghasilkan supernova tidak lama lagi.