Sabtu, 14 Ogos 2010

Kluster Coma


Spiral galaksi terletak jauh di dalam Kluster Coma. Kredit: NASA, ESA, and the Hubble Heritage Team (STScI/AURA)
Kluster Coma merupakan sebuah kluster yang amat besar dan padat dipenuhi ribuan galaksi di dalam satu gugusan. Di dalam kluster ini juga terdapat spiral galaksi yang dikenali sebagai NGC 4911. Teleskop Hubble merenung jauh ke dalam Kluster Coma untuk mendapatkan imej yang sangat jelas ini. Data daripada tiga tahun berlainan dan 28 hours of exposure time telah digabungkan untuk mendapatkan imej yang amat menakjubkan ini. Pada lengan galaksi ini terdapat kluster bintang baru yang bergemerlapan dan awan hidrogen yang berwarna merah jambu menunjukkan masih terdapat proses pembentukan bintang.

Kluster Coma terletak 320 juta tahun cahaya, terletak di utara buruj Coma Berenices. Kebiasaannya untuk kluster seperti ini, terdapat cuma beberapa spiral galaksi muda dan Hubble berjaya merakamkan salah satu daripadanya menggunakan long exposure dengan Wide Field Planetary Camera 2 dan Advanced Camera for Surveys.

Sumber: HubbleSite

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ulangtahun Pertama Planetarium Melaka

Sambutan ulang tahun pertama Melaka Planetarium, Adventure Science centre yang diadakan dari 7 hingga 8 Ogos lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung terutama,kanak-kanak dan pelajar sekolah.
Pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Taiping, Perak

Pelbagai program menarik dijalankan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, manakala untuk peringkat dewasa pula diadakan pertandingan melukis yang bertemakan 1 Sky, 1 World.
Sesi mewarna bagi kanak-kanak 6-7 tahun

Di samping itu para pengunjung juga dipertontonkan dengan tiga tayangan 3D berbeza iaitu The Universe, Two Small Pieces of Glass dan tayangan terbaru berjudul Cosmic Safari.
Sesi pendaftaran Melaka Planetarium Fan Club

Aktiviti lain yang tutut mendapat sambutan ialah demonstrasi 'super soap bubble', diskripsi konsep Analema oleh Persatuan Astronomi Universiti Sains Malaysia (USM), dan sukan rekreasi seperti paintball, wall-climbing serta flying fox.

Demonstrasi Super Soap Bubble oleh Persatuan Astronomi USM

Sabtu, 7 Ogos 2010

Teleskop Angkasa Bergabung Untuk Merakam Pertembungan Galaksi




Imej baru dua galaksi yang bertaut telah dikeluarkan NASA Great Observatories. Galaksi Antennae terletak kira-kira 62 juta tahun cahaya dari Bumi, imej yang ditunjukkan adalah daripada Chandra X-ray Observatory (biru), Hubble Space Telescope (emas and coklat), dan Spitzer Space Telescope (merah). Galaksi Antennaemendapat nama daripada lengannya seperti antenna panjang yang dilihat daripada wide-angle views. Kredit Imej: Chandra: NASA/CXC/SAO, Spitzer: NASA/JPL-Caltech, Hubble: NASA/STScl

Pertembungan yang bermula lebih daripada 100 juta tahun dahulu dan masih berlaku lagi telah memulakan pembentukan jutaan bintang-bintang dalam awan debu dan gas di galaksi tersebut. Bintang muda yang paling besar telah melalui proses evolusi dalam beberapa juta tahun dan meletup sebagai supernova.


Imej X-ray image daripada Chandra menunjukkan awan panas yang besar, disuntik dengan pelbagai elemen daripada letupan supernova. Elemen yang terdapat dalam gas ini termasuklah oksigen ,besi, magnesium dan silikon yang akan menghasilkan generasi baru bagi planet dan bintang. Sumber seperti sebuah titik yang terang didalam imej dihasilkan daripada bahan yang jatuh ke dalam lohong hitam dan bintang neutron hasil peninggalan bintang raksasa. Sebahagian daripada lohong hitam ini mungkin mempunyai jisim hampir 100 kali ganda daripada matahari.

Data daripada Spitzer cahaya infra merah daripada awan debu yang dipanaskan oleh bintang yang baru lahir. Awan yang terang itu berada pada kawasan pertindihan antara dua galaksi tersebut.

Data daripada Hubble mendedahkan kawasan pembentukan bintang dan bintang tua dalam keadaan putih dan keemasan, dimana debu filamen dalam keadaan coklat. Kebanyakan objek malap merupakan kluster yang terdiri mengandungi ribuan bintang.

Video Aurora



Jika anda tidak cukup bertuah untuk berada di tempat yang betul atau di waktu yang tepat untuk melihat aurora terhasil daripada aktiviti Matahari, para skywatchers dari seluruh dunia mula posting video Aurora secara online. Di atas merupakan pemandangan pada 4 Ogos 2010 dari Telemark, Norway. Lebih banyak pemandangan di bawah, juga pada 4 Ogos dari Latvia and Risør, Norway. Video ini di post di CitizenTube, newsy version of YouTube.



Khamis, 5 Ogos 2010

Bible dan Konsep Kebulatan Bumi

Berbeza dengan Quran, ayat-ayat dalam Bible secara jels menunjukkan Bumi adalah mendatar serta pegun. Sebagai contoh, dalam Bible versi King James, dalam Revelation 7:1, dinyatakan, "And After these things I saw four angels standing on four corners of the earth, holding the four winds of the earth, that the wind should not blow on the earth, nor on the sea, nor on any tree."

Mengikut terjemahan dalam bahasa Melayu berpandukan AlKitab terbitan The Bible Society of Malaysia, ayat ini bermaksud, "Selepas itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru Bumi dan menahan keempat-empat angin di Bumi..." Ayat ini menunjukkan, Bumi mempunyai empat penjuru dan angin datang dari keempat-empat penjuru itu. Hal ini cuma berlaku jika Bumi berkeadaan mendatar dalam bentuk segi empat.

Bible juga mengatakan Bumi tidak bergerak. Mengikut Bible versi New International (NIV), dalam Psalm 104:5 disebutkan, "He set the earth on its foundations,: it can never be moved."

Mengikut Bible terjemahan Bahasa Melayu AlKitab, ayat ini bermaksud, "engkau mendirikan Bumi kukuh pada asasnya supaya tidak sekali-kali bergoyang." Secara umum kesemua orang mengetahui Bumi bergerak dan beredar di atas paksinya.

Tokoh-tokoh Kristian sering kali menjadikan Bible ayat 40:22 yang terdapat dalam Isaiah sebagai bukti Bumi adalah Bulat. Ayat ini, seperti yang terdapat dalam Bible versi New International (NIV) bermaksud, "He sits enthroned above the circle of the earth, and its people are like grasshoppers. He stretches out the heavens like a canopy, and spreads them out like a tent to live in."

Perkataan yang penting dalam ayat ini adalah "circle of the earth" yang bermaksud "bulatan Bumi." Namun beberapa orang tokoh Kristian menolak dakwaan yang mengatakan ayat ini menjelaskan mengenai kebulatan Bumi berbentuk sfera. Antara tokokh itu adalah Paul Seely. Beliau menulis sebuah artikel bertajuk The Geographical Meaning of earth Seas in Genesis 1:10 berhubung isu ini dalam Westminster review dan antara isinya adalah, "there is one verse in Old testament, however which has been cited at least by laymen as a proof that the earth was understood to be a globe. I refer to Isaiah 40:22 which speaks of God as the One sitting above the circle of the earth. This verse does not imply that the earth is circular, but there is nothing either in the underlying Hebrew word (Hug) or in the context which necessarily implies anything more than circularity of the flat-earth disc which the historical context and Genesis 1 have given us as the meaning of. If Isaiah had intended to speak as the earth as a globe, he would probably have used the word he used in 22:18 (dur), meaning 'ball'"

Ia bermaksud, "Terdapat satu ayat di dalam kitab perjanjian lama yang sering dijadikan hujah berkenaan kebulatan Bumi oleh orang-orang Kristian. Ayat yang saya maksudkan adalah ayat 40:22 yang terdapat dalam Isaiah (Yesaya). Memang benar, apabila ayat ini mengatakan bumi adalah Bulat. Namun apabila dirujuk kepada perkataannya yang asal dalam bahasa Ibrani iaitu hug dan dikaitkan dengan konteks yang berkaitan dengannya, ia menunjukkan walaupun Bumi ini adalah Bulat, namun kebulatannya bukanlah dalam bentuk bola atau sfera sebaliknya dalam bentuk cakera yang mendatar."

Rabu, 4 Ogos 2010

Solar Storm menghampiri Bumi



Akhirnya sedikit kegirangan dari Matahari! Pada 1 ogos yang lalu, keseluruhan bahagian Bumi yang menghadap Matahari meletus dengan segala macam aktiviti. Terdapat C3-class solar flare, tsunami suria, pelabagai filaments of magnetism lifting off the stellar surface, large-scale shaking of the solar corona, radio bursts, coronal mass ejection (CME) dan banyak lagi. (Lihat video daripada kapal angkasa Solar Dynamics Observatory untuk aksi kesemuanya!) Semasa post ini ditulis, satu ribut suria sedang mula sampai ke Bumi bersama satu atau mungkin dua CME, menurut Spaceweather.com. Anda sebenarnya boleh melihat realtime data daripada dua buah satelit GOES di link ini daripada NOAA's Space Weather Prediction Center, yang mengukur proton flux di angkasa sekitar Bumi. Page ini akan refreshes setiap 5 minit.



NOAA meramalkan, kira-kira 10% peluang major geomagnetic storms dan 45% peluang sedikit aktiviti geomagnetic bila awan tiba pada 3 dan 4 Ogos. Jadi orang yang berada di hemisfera utara dapat menyaksikan aurora pada tarikh ini.

Isnin, 2 Ogos 2010

Bersedialah menghadapi Perseids bersama orang lain di seluruh dunia



Pada tahun ini hujan meteor Perseid jatuh pada 11-14 Ogos, dijangkakan akan menjadi salah satu yang terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jika trailer “MeteorWatch” yang menarik ini tidak menarik minat anda, tiada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menarik minat anda. Jika anda belum pernah mendengar MeteorWatch, ia merupakan jalan untuk melihat hujan ini bersama yang lain, dan berkongsi pengalaman walaupun anda melihatnya secara berseorangan di luar sana. Ini merupakan peristiwa astronomi yang telah sangat mendapat sambutan antara Twitterers untuk peristiwa sebelum ini. Terdapat juga cara lain selain Twitter. Semua orang dijemput sama ada ahli astronomi atau peminat langit malam. Tujuannya adalah mendapatkan seramai mungkin orang ramai untuk melihat meteor atau juga fireballs untuk pertama kalinya.Terdapat juga beberapa sumber lain di bawah:

1) sebuah website yang berdedikasi dengan "live" Twitter page
2) sistem laporan cerapan mudah alih Twitter , (masih diusahakan lagi,
jadi lihatlah website dulu sementara menanti kehadirant Perseids) untuk memetakan dan mendapatkan arkib kiraan meteor antarabangsa, etc.
3) update secara live daripada
AstronomyFM (AFM) Radio dari Under British Skies crew in England, mungkin juga bersama maklumat terkini dari seluruh negara.
4)
Meteorwatch juga boleh didapati di facebook Facebook

Tavi Greiner daripada "A Sky Full of Stars" mempunyai sedikit fakta menarik mengenai Perseids, juga tips untuk melihat Perseids.

Jika keadaan berawan pada malam tersebut, anda boleh mendengar meteor "pings" melalui radio.