Khamis, 31 Mac 2011

Falak di MelakaFM 31 Mac 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Segmen Falak di Melaka FM pada hari ini berkisar mengenai Istiqbal, Zuhal, Hujan Meteor Lyrids dan Kuiz Falak Online. Untuk makluman, segmen ini akan bersiar setiap hari khamis minggu pertama setiap bulan pada pukul 8.30 pagi. Tidak lupa juga, selamat ulang tahun ke 65 kepada RTM. File name: Falak d MelakaFM 31032011.mp3 File size:26.22 MB

Selasa, 29 Mac 2011

Penambahbaikan teleskop


Keperluan terhadap kajian alam semesta sangat hebat. Oleh itu ahli astronomi tidak boleh duduk dihadapan teleskop dan melakukan cerapan sahaja. Sebaliknya, pencerap perlu melihat kepada komputer! Cahaya dari bintang yang melalui sistem pengimejan elektronik direkodkan untuk kajian dikemudian hari oleh saintis dan mendapatkan gambar-gambar. Komputer yang berkuasa tinggi sangat penting untuk mendapatkan, memproses, menyimpan dan menganalisis data astronomi pada hari ini.


Charge Coupled device (CCD) merupakan pengesan elektronik yang sangat popular. CCD merupakan cip silikon yang kecil, elemen peka cahaya yang menukar cahaya kepada elektrik untuk komputer dan pemprosessan imej lanjutan. CCD lebih sensitif kepada cahaya berbanding filem fotografik dan ia boleh merekod objek kelam dan terang pada waktu yang sama.


Selalunya, peralatan yang dipanggil spektograf datang bersama-sama teleskop. Cahaya bintang bukan mempunyai satu warna sahaja, tetapi hasil gabungan pelbagai jenis warna atau panjang gelombang. Ahli astronomi mendapat maklumat tentang bintang-bintang daripada panjang gelombang yang berbeza inilah.



Anda boleh menghasilkan spektrum daripada cahaya matahari (cahaya bintang). Letakkan cermin di dalam bekas berisis air dan sandarkan ia dibahagian tepi bekas tersebut. Ubah Letakkan bekas di kawasan cahaya matahari yang terang supaya matahari menyinar di cermin tersebut. Gerakkan cermin sedikit sehingga anda melihat spektrum yang terbentuk di siling atau di dinding.


Spektroskop memisahkan cahaya kepada panjang gelombang komponennya untuk dilihat. Cahaya akan memasuki spektroskop melalui celah halus dan melalui collimating lens yang menghasilkan sinaran cahaya yang selari. Prisma akan menguraikan cahaya ini kepada warna yang berlainan (panjang gelombang). Spektrum ini direkodkan dalam spektrograf.


Apakah kegunaan spektograf? _______________________________________________________


Jawapan: Untuk memisahkan dan merakam panjang gelombang komponennya. <-- Sila highlight untuk jawapan

Ahad, 20 Mac 2011

Gambar Super Full Moon di Seluruh Dunia


Supermoon dilihat dari Ankara, Turki. Kredit: Rasid Tugral
Bulan perigee sedang terbit di Rothenfels, Jerman. Kredit: Daniel Fischer

Bulan purnama dilihat daripada West Kennet Avenue di Bulatan Batu Avery, Wiltshire. Kredit: Pete Glastonbury
Bulan sedang terbit berlatarbelakangkan Memorial Lincoln di Washington. Kredit: NASA

Gambar Super Full Moon semalam

Seperti yang telah diketahui ramai, semalam telah berlaku fenomena bulan purnama besar yang luar biasa. Walaubagaimanapun, fenomena ini telah disalahertikan oleh kebanyakan orang yang disebalik kejadian ini akan disusuli kejadian bencana alam yang dahsyat. Contohnya, kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun ini turut dikaitkan dengan fenomena astronomi ini.

Cuaca semalam agak mendung dan kemudian Bulan telah dilitupi awan tebal. Di bawah merupakan gambar yang telah diambil semalam di Kesang Jaya, Jasin, Melaka selepas maghrib:



























Sabtu, 19 Mac 2011

Pekerja Kennedy space Center (KSC) memberi penghormatan kepada Program Shuttle

Para pekerja di Pusat Angkasa Kennedy (KSC) berkumpul bersama-sama untuk "membina space shuttle mereka sendiri" untuk memberi penghormatan kepada program shuttle sepanjang 30 tahun yang penuh bersejarah. Bagaimana mereka melakukannya? Sila lihat video di bawah ;

Khamis, 17 Mac 2011

Teleskop Pemantul

Sebuah teleskop pemantul mempunyai cermin kaca-melengkung yang digilap dengan spesifikasi tertentu. Cermin utama terletak pada bahagian bawah tiub. Apabila cahaya kena pada cermin, ia akan memantu kembali ke bahagian atas tiub untuk membentuk imej di prime focus.

Teleskop Newtonian diperkenalkan oleh saintis Britain yang tidak asing lagi iaitu Sir Isaac Newton pada 1668 menggunakan cermin rata dan kecil untuk memantulkan cahaya melalui tiub ke kanta mata (Sila lihat rajah 1 di bawah).

Teleskop Cassegrain menggunakan kanta cembung kecil sebagai cermin kedua untuk memantulkan cahaya kembali melalui lubang yang terdapat di cermin utama di bahagian bawah tiub (Sila lihat rajah 2 dibawah). Teleskop ini lebih kompak atau pun padat daripada teleskop pembias atau pun teleskop Newtonian yang mempunyai aperture yang sama. Teleskop Schmidt-Cassegrain menggabungkan fokus pendek cermin sfera utama di bahagian belakang dengan kanta nipis di hadapan.

Teleskop pemantul boleh didapati dalam pelbagai saiz, daripada teleskop Newtonian 76-mm (3-inci) untuk beginner kepada teleskop terbesar di dunia Gran Telescopio Canarias 10.4-m (34 kaki) yang terdapat di puncak Kepulauan Canary, Sepanyol.
Rajah 1: Teleskop pemantul Newtonian menunjukkan cermin utama, kanta mata dan cermin kedua.

Rajah 2: Teleskop pemantul Cassegrain menunjukkan cermin utama cembung, cermin kedua cengkung yang kecil dan kanta mata

Merujuk kepada rajah 1 dan 2 di atas, kenal pasti prime focus, kanta mata dan cermin utama teleskop pemantul. (a) ____________ ; (b) _____________ ; (c) ___________________
Jawapan: (a) Kanta mata; (b) prime focus; (c) cermin utama <-- Sila highlight untuk jawpan

Rabu, 16 Mac 2011

Teleskop Pembias

Teleskop pembias mempunyai kanta objektif iaitu komponen utama yang dipasang di hadapan tiub. cahaya akan masuk menerusi lensa ini dan dibiaskan atau dibengkokkan, jadi imej akan terbentuk berhampiran bahagian belakang tiub.

Panjang fokal (focal length) ialah jarak daripada kanta ini ke imej. Anda boleh melihat imej yang terbentuk menerusi kanta pembesar yang boleh ditukar-tukar dipanggil ocular atau kanta mata (eye-piece). Tiub berfungsi untuk mengelakkan debu, lembapan dan cahaya dari tersebar keluar.

Ahli astronomi Itali, Galileo Galilei (1564-1642) yang pertama menghalakan teleskop ke angkasa pada 1609. Peralatan terbesar yang telah dibuat beliau lebih kecil daripada 50mm (2 inci).

Teleskop pemantul hari ini boleh didapati dalam pelabgai saiz daripada 60-mm (2.4 inci) untuk beginner kepada yang terbesar pernah dibina, teleskop 1-m (40-inci) di Balaicerap Yerkes di Teluk Willian, Wisconsin, Amerika Syarikat yang siap pada tahin 1897.

Merujuk kepada rajah di bawah, kenal pasti teleskop pembias (a) kanta objektif (objective lens); (b) kanta mata (eyepiece) dan (c) panjang fokal (focal length) kanta objektif. Sila jelaskan kegunaan (a) dan (b).
(a) __________________________________________
(b) __________________________________________
(c) __________________________________________

Jawapan: (a) Kanta objektif: Mengumpul cahaya dan membentuk imej (b) Kanta mata: Membesarkan imej yang terbentuk dari kanta objektif (c) Panjang fokal kanta objektif <-- Highlight untuk jawapan

Selasa, 15 Mac 2011

Teropong

Teropong atau pun juga disebut sebagai binokular merupakan peralatan praktikal pertama untuk pencerapan kerana sangat mudah untuk digunakan dan mudah untuk dibawa. Sepasang teropong yang berlabel 7 x 50 mempunyai aperture 50mm. 7x menunjukkan kuasa pembesarannya.

Kenapa binokular dan teleskop menunjukkan lebih banyak objek di langit berbanding mata kasar anda?
______________________________________________________________________
Jawapan: Binokular boleh mengumpul lebih banyak cahaya berbanding mata anda. (Kuasa pengumpulan cahaya berkadar langsung dengan aperture.) <-- Highlight untuk jawapan.

Isnin, 14 Mac 2011

Dunia kini sedang bersedia untuk mengalami bulan purnama yang terbesar


Dunia kini sedang bersedia untuk mengalami bulan purnama yang terbesar sejak dua dekad lalu apabila satelit kepada Bumi ini akan menghampiri titik terdekatnya ke Bumi minggu hadapan.

Pada 19 Mac, bulan purnama akan kelihatan lebih besar daripada biasa di langit malam apabila Bulan menghampiri titik di dalam kitarannya yang dipanggil sebagai 'lunar perigee'. Para pencerap boleh menikmati pemandangan yangmenarik apabila Bulan menghampiri Bumi pada jarak 221,567 batu pada orbitnya yang berbentuk ellips orbit – jarak paling dekat sejak tahun 1992. Bulan purnama kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang di langit terutamanya pada sekitar pukul 12-2 pagi (20 Mac) di Jasin, Melaka mengikut simulasi Stellarium.


Fenomena ini dilaporkan akan meningkatkan lagi kebimbangan mengenai 'supermoons' yang dikaitkan dengan cuaca ekstrem seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. Pada Januari 2005, bulan juga telah menghampiri pada kedudukan yang terdekatnya. Ketika itu, direkodkan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala richter telah melanda Indonesia. Ribut taufan Katrina pada 2005 juga telah dikaitkan dengan Bulan purnama yang luar biasa besarnya. Antara supermoons yang telah berlaku adalah pada 1955, 1974 dan 1992 – setiap tahun ini pasti berlaku kejadian cuaca buruk yang telah meragut ribuan nyawa.

Walaubagaimanapun, seorang pakar memberitahu kepada Yahoo! News percaya bulan yang lebih besar daripada biasa ini yang mencetuskan kacau bilau merupakan satu tanggapan yang salah. Seorang pengkaji, Dr Tim O'Brien, di Jodrell Bank Centre for Astrophysics di University of Manchester, berkata: "Bahaya ini sengaja dimainkan. Anda akan mendapati air laut pasang besar daripada biasadisebabkan gravity Bulan yang menarik, tetapi tiada bencana alam yang serius akan berlaku untuk dirisaukan." Tetapi mengikut Dr Victor Gostin, seorang Geosaintis Planetary and Environmental di Adelaide University, mungkin ada kaitan antara gempa Bumi berskala besar. Beliau berkata: "Ini mungkin kerana air pasang mungkin pencetus terakhir yang menyebabkan gempa bumi."

Jumaat, 11 Mac 2011

Teleskop Optikal

Teleskop optikal dapat melihat bintang yang kelam dan jauh. Ia boleh mengumpul cahaya yang lebih banyak berbanding maata manusia. Teleskop optikal dibuat berdasarkan dua rekaan asas - pembias dan pemantul.

Jantung sebuah teleskop terletak pada kanta objektif, iaitu kanta utamanya (pembias) atau cermin (pemantul). Fungsinya adalah untuk mengumpulkan cahaya daripada objek di angkasa dan memfokuskan cahaya ini untuk membentuk imej. Kebolehan teleskop untuk mengumpul cahaya dipanggil kuasa pengumpulan cahaya.

Kuasa pengumpulan cahaya berkadar terus terhadap luas permukaan yang mengumpul atau petak aperture (diameter kanta utama atau cermin). Saiz sesebuah teleskop sperti 150-mm atau 8-m (6 inci atau 26 kaki), merujuk kepada aperture.

Anda boleh melihat imej menerusi kanta mata, yang mana merupakan kanta pembesar juga. Kanta mata anda bersaiz kira-kira 5 mm (0.2 inci). Sebuah teleskop 150-mm (6-inci) mempunyai aperture 30 kali lebih besar darpada kanta mata anda. Kuasa pengumpulan cahayanya adalah 30^2 atau 900 kali lebih besar daripada mata anda. Jadi sebuah bintang akan kelihatan 900 kali lebih terang dengan menggunakan teleskop 150-mm berbanding mata kasar anda.


Ahli astronomi membina teleskop gergasi untuk mengesan objek yang lebih kelam dan jauh. Kesemua bintang-bintang kelihatan lebih terang dengan teleskop berbanding mata kasar. Cahaya dari bintang dikumpulkan oleh teleskop dan ditumpukan ke atas satu titik. Dengan menggunakan pendedahan masa, teleskop gergasi 10-m (400 inci) boleh melihat bintang yang sangat malap yang bermagnitud 28 sebagai contohnya. Ini bersamaan dengan melihat sebatang lilin dari Bulan!

Berapa terang sebuah bintang boleh dilihat menggunakan teleskop 10-m (33 kaki) berbanding mata kasar anda? Jelaskan ___________________________________________________________________________________________________________

Jawapan : 4 juta kali lebih terang. Teleskop 10-m (33 kaki) 200 kali lebih besar daripada kanta mata anda, jadi ia menggumpulkan lebih 2000^2 atau 4 juta kali. <-- Sila highlight untuk jawapan

Rabu, 9 Mac 2011

Kelajuan cahaya

Kelajuan cahaya biasanya disimbolkan oleh huruf c, 300,000 km/saat. Kelajuan cahaya dipanggil "had laju alam semesta" kerana tiada objek yang boleh bergerak lebih pantas. Satu tahun cahaya, ly (light years) merupakan jarak yang dilalui cshsys dalam masa satu tahun.

Berapa kilometer yang dilalui oleh cahaya dalam 1 tahun cahaya? Tips: jarak = kelajuan x masa.

Darabkan 300,000km/saat x 3.156x10^7 saat/tahun <-- Highlight utk jawapan

Ahad, 6 Mac 2011

Spitzer merakam Bunga Matahari Merah Jambu di Angkasa




Imej yang diambil daripada NASA Spitzer Space Telescope ini menunjukkan cahaya infra merah daripada galaksi Bunga Matahari, atau pun dikenali dengan Messier 63. Kredit imej: NASA/JPL-Caltech
Dengan menggunakan teknologi infra merah, lengan galaksi ini dapat dilihat dengan jelas. Cahaya inframerah sangat sensitive kepada debu-debu di galaksi
Sumber: JPL
Galaksi ini kira-kira 37 juta tahun cahaya daripada Bumi, dan berada hampir kepada galaksi Whirlpool yang terkenal.

Sabtu, 5 Mac 2011

Balaicerap di Bumi merakam angkasawan melakukan 'Spacewalk'


Angkasawan Steve Bowen (di dalam kotak kuning) sedang melakukan 'Spacewalk' untuk misi STS-133 pada 2 Mac 2011. Kredit Ralf Vandebergh

Banyak imej menarik STS-133 yang dirakam daripada Bumi. Antaranya ahli astronomi Ralf Vandebergh dari Belanda merakam imej ketika salah seorang angkasawan sedang melakukan spacewalks for the mission. Angkasawan yang dimaksudkan ialah Steve Bowen yang bekerja di hujung Canadarm 2! Klik pada imej di atas atau pergi ke website Ralf untuk imej yang lebih baik dan maklumat lanjut.

Ahli astronomi yang lain adalah dari UK, Martin Lewis yang juga mengambil gambar spacewalk yang sama.

Ralf menggunakan teleskop Newtonian 10 inci bersama videocam eyepiece, dan menjejak (track) ISS serta objek lain secara manual. Kebanyakan imej yang dirakam oleh beliau berwarna untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada objek yang dicerap.

Beliau merakam imej yang sama kira-kira dua tahun dahulu, tetapi pada waktu itu angkasawan yang dimaksudkan ialah Joe Acaba pada EVA di luar ISS pada Mac 2009, di mana telah muncul di Astronomy Picture of the Day. Beliau juga merakam imej ISS dan Dexter, sebuah kegunaan khas.

Khamis, 3 Mac 2011

Falak di MelakaFM 3 Februari 2011

Segmen kali ini membicarakan mengenai Bintang, Matahari, planet Zuhrah dan Ekuinoks. Hal lain yang turut dibincangkan adalah Kuiz Falak Online serta Pertandingan mereka bentuk laman web. Untuk mendengar, boleh download file di bawah.

File name: Falak d MelakaFM 03032011.mp3
File size:29.44 MB

Rabu, 2 Mac 2011

Matahari



Matahari merupakan jasad yang berada di tengah-tengah sistem suria yang dikelilingi oleh planet, asteroid, komet dan meteroid. Cahaya dan haba daripada matahari sangat penting untuk kehidupan di Bumi. Sumber tenaga matahari datangnya daripada pelakuran nuklear antara hidrogen dan helium yang berlaku di terasnya di mana merangkumi 25% daripada jejarinya. Solar neutrino yang terhasil daripada tindak balas nuklear di sini dapat di kesan di Bumi. Kajian struktur dan kedinamikan dalaman matahari dinamakan Helioseismologi. Cakera matahari yang dapat dilihat dinamakan fotosfera. Kawasan aktif seperti tompok matahari, faculae dan liang-liang terdapat di fotosfera. Kawasan ini mempunyai medan magnet yang kuat daripada 2000 ke 4000 Gauss.

Bahagian dalam atmosfera matahari terdiri daripada kromosfera. Spectroheliogram atau Spectrogram kromosfera mendedahkan struktur yang dikenali sebagai prominen, spicule, fibrils, plages dan flocculi. Bahagian luar atmosfera matahari merupakan korona.

Kesemua aktiviti akan berubah-ubah dan tempoh 11 tahun kitaran suria termasuk coronal mass ejection, flare dan kewujudan kawasan aktif yang berkait dengan tompok matahari. Sinar radiasi X-ray yang kuat daripada matahari memberi kesan kepada Ionosfera Bumi, cas-cas partikel yaang dilepaskan daipada matahari mungkin memberi kesan kepada angkasawan dan satelit buatan manusia. Coronal Mass Ejections mempengaruhi cuaca angkasa lepas dan boleh membawa kepada ribut magnetik, yang akan menghasilkan pertunjukan aurora.

Selasa, 1 Mac 2011

Abu'l-Wafa al Buzjani Muhammad (940-997)


Beliau merupakan ahli falak parsi dan pakar matematik. Kitabnya al-kamil mengenai falak dan carta falaknya banyak digunakan oleh ahli falak selepasnya. Beliau merupakan orang yang pertama membuktikan teorem sin adalah sah untuk digunakan pada permukaan sfera (contohnya sfera samawi). Abu'l-Wafa menemui ketidaksamaan dalam pergerakan Bulan dimana ianya telah dijelaskan dalam teori lanjutan mengenai mekanik samawi yang dibangunkan beberapa abad kemudian