Rabu, 30 September 2009

Keajaiban Zuhal

Gelang Zuhal yang Menghilang

Gelang Zuhal yang popular pertama kali dilihat secara sepintas lalu oleh Galileo. Sungguh ironi sekali bahawa gelang Zuhal akan hilang daripada pandangan pada tahun ini iaitu Tahun Astronomi Antarabangsa yang bertujuan intuk mengingati penemuan beliau.

Pada 4 September yang lalu, gelang Zuhal kelihatan sedikit sahaja dan akan hilang buat pertama kalinya sejak Februari 1996. Planet ini mengelilingi matahari setiap 29 tahun setengah, kita dapat melihat gelangnya melalui kitaran turun naik. Sistem gelangnya terbuka sepenuhnya (north face), kemudian tertutup, selepas itu terbuka sepenuhnya (south face) dan tertutup kembali selang 7 tahun setengah secara kasarnya.



Kebiasaannya, pencerap suka untuk mencari tarikh terdekat satah gelang yang bersilang yang dapat dikesan menggunakan teleskop. Pada tahun ini kesan hilang mengambil tempat kurang dari dua minggu sebelum conjunction antara Zuhal dan Matahari pada 17 haribulan. Dengan Zuhal cuma 11 darjah ke timur Matahari pada 4 haribulan, cuma pencerap di kawasan paling selatan Amerika Syarikat yang dapat melihat kejadian ini.

Dipenuhi bintang bintang

Hubble's Wide Field Camera 3 telah berjaya menangkap gambar pemandangan yang penuh dengan pelbagai 100,000 jenis bintang terletak di tengah kesesakan globular cluster Omega Centauri. Keseluruhan cluster ini terletak kira-kira 16,000 tahun cahaya daripada Bumi, memiliki kira-kira 10 juta bintang. Bintang-bintang di dalam Omega Centauri adalah sekitar 10 billion dan 12 billion tahun.

Selasa, 29 September 2009

Bintang berkabus

Imej terawal daripada Hubble's Advanced Camera for Surveys menunjukkan globular cluster Omega Centauri dan membekalkan imej kluster yang sama dalam konteks teleskop angkasa. Kotak bergaris biru menunjukkan kawasan yang diliputi oleh imej daripada Wide Field Camera 3: kira-kira 6.3 tahun cahaya atau 1.4 arcminutes wide.

Sabtu, 12 September 2009

Nama nama bintang dalam arab

Bintang dalam bahasa arab bermaksud Najm. Dari situlah wujudnya perkataan nujum atau pun ilmu berdasarkan tilikan kepada bintang.

Antara nama bintang dalam bahasa arab adalah:
  • alnitak
  • alnilam
  • altair

Pertembungan galaksi

Satu pertembungan melibatkan ahli-ahli yang terdiri daripada kumpulan galaksi ytang terkenal dikenali sebagai Stephen's Quintet mendedahkan pelbagai wide range warna bintang, daripada warna bintang biru muda kepada bintang merah tua. Imej ini telah diambil Hubble's Wide Field Camera 3. Kajian menunjukkan galaksi NGC 7320, di sebelah kiri atas, tujuh kali lebih hampir ke Bumi daripada ahli kumpulan yang lain.

Butterfly Nebula

Pemandangan yang cantik sebuah bintang didalam imej galeri yang dihantar oleh Teleskop Angkasa Hubble selepas misi servisnya yang terakhir pada Mei 2009. Planetary nebula NGC 6302, atau lebih dikenali sebagai Butterfly Nebula atau Bug Nebula, berada kira-kira 3,800 tahun cahaya dari Buruj Scorpio. Gambar yang kelihatan seperti seolah sayap rama-rama sebenarnya merupakan gas yang telah dipanaskan lebih daripada 36,000 degrees Fahrenheit, hasil daripada letupan bintang yang sedang mati yang lebih besar daripada matahari. Gambar ini diambil oleh Hubble's Wide Field Camera 3.

Ahad, 6 September 2009

Allahyarham Tn Hj Abd Ghani

Seperti yang diketahui Tn Hj Abd Ghani, seorang tokoh falak telah kembali ke rahmatullah pada subuh Jumaat lalu iaitu pada 28 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati sempena bulan ramadhan al Mubarak ini. Di sini ingin saya menceritakan mengenai perjalanan allahyarham dalam bidang falak.

Allahyarham memang dikenali dalam bidang falak terutamanya apabila hendak puasa atau raya. Kenyataan beliau seringkali terbit semasa musim puasa atau raya di akhbar tempatan.
Allahyarham sering kali keluar masuk penjara kerana bertugas sebagai warden penjara. Beliau akan masuk pada waktu pagi dan keluar pada petangnya. Beliau memikirkan apakah sesuai untuk dilakukan setelah beliau bersara. Semasa hendak bersara beliau ada menghadiri Kursus Persediaan Bersara yang dianjurkan oleh Pusat Islam. Bermula detik ini beliau telah menceburkan dirinya ke dalam bidang falak dan jatuh cinta kepadanya. Kepakarannya adalah dalam bidang hitungan ilmu falak. Akhirnya beliau berjaya menguasai ilmu falak dan mengembangkannya ke serata rantau nusantara termasuk Kemboja, Brunei dan Singapura.

Pengajaran yang boleh kita dapati daripada perjalanan bidang falak oleh Allahyarham Tn Hj Abd Ghani ialah sesiapa sahaja boleh belajar ilmu falak tidak kira tua atau muda, yang berpendidikan tinggi atau rendah yang penting mesti mempunyai semangat yang jitu. Tn Hj Abf Ghani bermula dari kosong dan akhirnya berjaya menguasainya.

p/s: Diceritakan oleh Dr Kassim semasa Kelas Falak semalam di KFAK.

Testing Coronado SolarMax 70

Kini sambungan untuk teleskop Coronado pula. Selepas mencuba teleskop Celestron NexStar GPS kini tiba pula giliran Coronado SolarMax 70. Teleskop ini mudah untuk didirikan kerana ringan, kecil dan user friendly.

Bawah merupakan sebahagian gambar semasa sesi ini:


Teleskop ini sedang berehat sementara menanti untuk dipasang


Siap dipasang


Berdiri megah bersama Jalur Gemilang


Penulis mencuba hasil kerjanya


Antara eyepiece yang telah digunakan


Keadaan langit pada sesi tersebut


Imej prominen yang berjaya dirakam

Sesudah pulang badan mula berasa tidak sedap dan pada keesokan harinya jatuh demam selama tiga hari kerana terpaksa berjemur ditengah panas. Walaubagaimanapun semua ini telah terbalas dengan imej dan ilmu yang diperolehi.

Testing Celestron NexStar GPS

Pada 29 Ogos yang lalu saya bersama Dr Kassim telah bersama-sama pergi ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi untuk mencuba beberapa teleskop antaranya adalah Celestron NexStar GPS.
Di bawah merupakan sebahagian gambar yang telah diambil semasa sesi tersebut:


Casing dan tripodnya


Casing telah dibuka


Dr Kassim sedang mendiri siapkan teleskop


Pemandangan selat melaka menggunakan mata kasar


Pemandangan selat melaka menggunakan finderscope


Imej yang terhasil jika eyepiece berkedudukan begini


Imej yang terhasil jika eyepiece berkedudukan begini pula.

Kesimpulannya:
  • teleskop ini amat besar dan berat.
  • memerlukan 2 orang untuk memasang dan mencabutnya.
  • alignment untuk finderscope yang leceh
  • sistem GPS telah memudahkan urusan alignment yang lain
p/s:Nantikan posting berikut mengenai Teleskop Solar Coronado pula

Jumaat, 4 September 2009