Isnin, 30 November 2009

Moon Halo

Semasa hendak pergi ke surau untuk Solat Isya' saya emandang ke atas langit dan dapat melihat bulan purnama bersama halonya. Tetapi halo itu agak kelam kerana kehadiran awan. Sesudah pulang ke rumah abah mengajak kami semua melihat halo di luar. Halo kelihatan semakin jelas tetapi bulan tetap kelam di sebalik awan. Berikut merupakan sebahagian gambar yang sempat di ambil :


Moon Halo


Wayar telefon diselitkan sekali untuk menunjukan diameter Bulan


Abah mengajar cara mengukur sudut menggunakan tangan



Mari Cuba.....

Ahad, 29 November 2009

Acara di Bulan Disember

4 Disember
Bulan pada kedudukan perigee (225,855 batu)

14 Disember
Juraian Meteor Geminid semasa awal subuh

18 Disember
Utarid berada pada greatest elongation di langit petang.

20 Disember
Bulan pada kedudukan apogee (251,488 batu).

21 Disember
Solstis Musim Sejuk

24 Disember
Pluto in Conjuction dengan Matahari.

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah kepada semua followers, pembaca, dan pengunjung blog ini.

Semoga kita bersama sama dapat menghayati erti sebenar aidiladha dan semangat pengorbanan.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Banyak banyakkan bertabir sepanjang Hari Raya ini.

sekian

Wassalam

Isnin, 23 November 2009

Lingkaran Bintang dalam Centaurus A Terbongkar


Dengan menggunakan optik infrared ahli astronomi berjaya menemui Lingkaran Bintang dalam Centaurus A

Centaurus A (NGC 5128) merupakan antara objek yang paling dikaji di Langit Selatan kerana ia merupakan galaksi ellips gergasi yang paling dekat kepada galaksi Bima Sakti kita. Ia terletak 11 juta tahun cahaya daripada Bima Sakti, dan dipercayai telah bergabung dengan galaksi bergas yang lain kira-kira 200 hingga 700 juta tahun yang lalu. Hasil percantuman galactic ini: membawa kepada kelahiran ratusan ribu bintang dalam kiloparsec-spanning ring berhampiran teras.


Perbandingan Centaurus A antara mata kasar dan infrared

Ini merupakan kali pertama struktur dalaman galaksi ini diperolehi dengan terperinci. Dengan menggunakan SOFI large field Infra-Red (1-2.5 micron) spectro-imager di ESO New Technology Telescope, satu pasukan kajian diketuai Jouni Kainulainen dari University of Helsinki dan Max Planck Institute for Astronomy telah berjaya memperolehi imej 'ring of stars' yang besar yang telah terbentuk - dan masih bersambung untuk mengembang – berhampiran pusat galaksi. Sumber yang paling terang di dalam lingkaran itu adalah Super Raksasa Merah, atau star clusters berjisim rendah.

Ahad, 22 November 2009

Bebola api

Pada awal 18 November yang lalu, seorang saksi melaporkan terdapat sebuah letupan di Colorado, Utah, Wyoming and Idaho di barat Amerika Syarikat. Sesetengah orang berkata bebola api itu "menukarkan malam kepada siang" dan menghasilkan gelombang kejutan yang mengoncangkan persekitaran semasa ia meletup sejurus selepas tengah malam (Mountain Standard Time). Rakaman Infrasound letupan tersebut mencadangkan sebuah asteroid kecil melanggar atmosfera Bumi dan meletup dengan tenaga bersamaan 0.5 hingga 1 kilotan bahan letupan TNT. y of 0.5 to 1 kiloton of TNT. Semasa matahari terbit di pagi hari, tinggalan letupan tersebut dapat dilihat sebagai awan nipis yang cerah sekitar kawasan tersebut. Video terbaik daripada kejadian yang sangat terang tersebut didapati daripada Balaicerap University of Utah's Eccles.


Awan nipis yang cerah hasil letupan tersebut

Para saintis berkata, walaupun bebola api tersebut muncul semasa Juraian Meteor Leonid ia bukan sebahagian daripada Juraian tersebut. Pakar menyamakan kejadian ini sama seperti kejadian bebola api di Park Forest pada 2003. Experts liken the event to the Park Forest fireball of 2003, dimana berdozen dozen meteorites bersepah dikawasan pedalaman Chicago.

video

Cigar Galaxy



Cigar Galaxy terletak di dalam Buruj Ursa Major pada koordinat RA 09 55.8 dan Dec 69 41. Ia terletak sejauh 12,000,000 tahun cahaya dari Bumi menjadikannya objek ke-76 terjauh dari Bumi dalam katalog Messier. Saiznya adalah 9 x 4 arc minit.

Cigar Galaxy merupakan antara 12 Galaksi yang termasuk di dalam kategori objek deep sky di dalam Katalog Messier. Ia lebih dikenali di dalam Katalog Messier sebagai nombor M82. Ia mempunyai nombor katalog NGC 3034di dalam katalog NGC.


Cigar Galaxy dan Nebula Bode

Cigar Galaxy telah ditemui oleh Johann Elert Bode seorang ahli astronomi pada tahun 1774. Berbanding dengan galaksi lain, Cigar Galaxy lebih bersinar dengan magnitud 8.4 dan lima kali ganda lebih terang daripada keseluruhan Bima Sakti dan seratus kali lebih terang daripada pusat galaksi kita.


Johann Elert Bode

Sabtu, 21 November 2009

Nebula Ketam



Sebuah mercu tanda di angkasa raya berada di dalam Buruj Taurus Si Lembu. Ianya merupakan Nebula Ketam, M1. Nebula ini merupakan tinggalan supernova - serpihan sebuah tinggalan bintang yang meletup. Cahaya daripada letupan yang dahsyat ini tiba di Bumi pada 4 Julai 1054. Rekod daripada ahli astronomi Cina memberitahu, sebuah "bintang tetamu" di sebelah timur Taurus yang kekal dan boleh dilihat pada siang hari selama 3 minggu dan bersinar pada malam hari selama sebulan lamanya sebelum lenyap darpada pandangan.


Kedudukan nebula ketam di dalam Taurus

Pada 1731, ahli astronomi amatur Inggeris, John Bevis menemui sebuah nebula yang kurang diketahui di dalam bahagian yang sama di dalam Taurus. Ia berubah menjadi debu yang mengembang daripada supernova. Pemburu komet berbangsa Perancis, Charles Messier secara tidak sengaja menjumpai objek ini pada 1758 dan menjadikkannya sebagai kemasukan yang pertama di dalam Katalog Deep-Sky bjek yang terkenal kini. Nama panggilan "Ketam" ini muncul pada pertengahan kurun ke-19 bila ahli astronomi berbangsa Irish, William Parsons membuat lakaran menunjukkan filamen yang tidak seragam - serpihan kecil daripada letupan supernova - yang menyerupai lebih kurang kaki seekor ketam.


Charles Messier


William Parson

Anda boleh melihat objek yang mempersonakan ini dengan menghalakan teleskop anda kira-kira 1 darjah ke barat laut Zeta Tauri yang bermagnitud 3 yang menandakan salah satu daripada "tanduk" lembu tersebut. Ketam yang bermagnitud 8 ini berukuran lebih kurang 6'x4' dan kelihatan seperti kotoran berbentuk telur di dalam teleskop biasa. Dalam teleskop yang besar di kawasan berlangit gelap, M1 menjadi awan berbentuk bujur yang kelam dan kecil di salah satu hujungnya. Kuasa tinggi mungkin akan mendedahkan teksturnya yang tidak seragam dan filamen yang halus. Walaubagaimanapun, pulsar (teras yang terselamat daripada letupan bintang) bertenaga yang memberi kuasa kepada nebula adalah melangkaui kemampuan peralatan amatur.


Nebula ketam bersama Zeta Tauri



Kedudukan Zeta Tauti di dalam Taurus

Jumaat, 20 November 2009

Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-bintang?

Penciptaan bintang-bintang adalah satu penciptaan yang agung dan Allah bersumpah dengan bintang-bintang paling kurang dua kali dalam Quran. Dalam surah al-Waqiah ayat 75 hingga 76 Allah berkata, "Dan aku bersumpah dengan mawaaqi'in nujuum. Sesungguhnya sumpah ini adalah sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui.

ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ

Mawaaqi'in nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi' dan an nujuum. Mawaaqi' berasal daripada perkataan waqa'-a yang diterjemahkan oleh Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic sebagai to fall down, drop, to tumble yang bermaksud jatuh, tersungkur, merudum. Dengan itu perkataan mawaqi' diterjemahkan sebagai 'place where something drops or falls down' yang bermaksud tempat di mana sesuatu jatuh merudumnya bintang-bintang.

Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan mawaaqi'in nujuum secara abstrak dengan mengatakan ia adalah 'Quran yang diturunkan kepada langit dunia pada malam al-Qadar'. Bagi beliau bintang yang dimaksudkan Allah ini adalah Quran.

Walau bagaimanapun ramai ulama yang lain mentafsirkan perkataan nujuum dalam ayat ini sebagai bintang-bintang yang memenuhi langit. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir dan Sayed Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Dengan itu mawaaqi'in nujum bermaksud tempat jatuh merudumnya bintang-bintang.



Adakah mawaaqi'in nujum ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam? Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih besar daripada Matahari maka letupan ini sememangnya satu letupan yang dahsyat. Ia adalah tarikh maut bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak akan dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black hole. Justeru black hole boleh diibaratkan sebagai tanah perkuburan bintang-bintang. Bintang-bintang jatuh merudum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov


Kitaran hidup supernova

Pada hari ini black hole adalah satu objek yang menakjubkan sehinggakan sesetengah saintis menganggapnya sebagai objek raksasa (monster) yang dahsyat di alam ini. Dengan beratnya yang menghampiri 10 bilion matahari ia dianggap antara objek yang paling berat di kosmos ini. Tambahan daripada itu, dengan kejauhan yang menghampiri 12.5 bilion tahun cahaya (light years), ia adalah antara objek yang paling jauh daripada Bumi.


Selasa, 10 November 2009

Asteroid yang tidak diketahui melintasi Bumi



Pada minggu lepas sebuah asteroid yang tidak pernah ditemui menghampiri Bumi pada jarak 14,000 km dan ahli astronomi hanya menyedarinya 15 jam sebelum berada pada jarak terdekat. Pada 6 November sekitar 16:30 EST sebuah asteroid berukuran 7 meter, sekarang dikenali sebagai 2009 VA, berada cuma kira-kira 2 jejari Bumi daripada menghentam planet kita. Ini merupakan kali ketiga untuk asteroid katalog hampir dengan Bumi dan tidak menghentam Bumi.

Awal 6November, asteroid ini dijumpai oleh Catalina Sky Survey dan and telah dikenali dengan pantas oleh Minor Planet Center di Cambridge MA sebagai objek yang akan melintasi sangat hampir dengan Bumi. JPL's Near-Earth Object Program Office juga mengira penyelesaian orbit untuk objek ini, dan telah mengenal pasti yang ianya tidak akan menghentam Bumi.



Antara jarak terdekat lain termasuklah asteroid 2008 TS26 bersaiz 1 meter, yang melintasi sekitar 6,150 km daripada permukaan Bumi pada 9 Oktober 2008 dan asteroid 2004 FU162 yang bersaiz 7 meter yang melintasi sekitar 6,535 km pada 31 Mac 2004. Secara puratanya, objek bersaiz seperti 2009 VA melintasi hampir seperti ini kira kira dua kali setahun and dan menghentam Bumi kira-kira sekali dalam masa 5 tahun. Cuma 13 bulan yang lalu, satu lagi asteroid, 2008 TC3 telah ditemui sama seperti ini, tetapi yang itu berada pada trajectory untuk meghentam Bumi dengan hentaman cuma 11 jam lagi. Ia menghentam di kawasan terpencil di Afrika; tiada seorang pun tercedera dan serpihannya diambil untuk dikaji.

Ahad, 8 November 2009

Meteor November

Hujan Meteor Leonid akan berada pada tahap maksimum semasa 17 November. Hujan meteor Leonid kebiasaannya merupakan juraian pada tahap sederhana. Ambillah kesempatan pada tahun ini kerana tiada bulan pada malam tersebut, jadi tahan mata anda apabila Leo terbit sekitar tengah malam. Ahli-ahli juraian ini akan menghujani daripada lingkungan terletak dekat dengan Algieba yang bermagnitud 2, Gamma Leonis.


17 November 2009

kalau mengikut keadaan cuaca semasa, harapan untuk melihat Leonids amatlah tipis.

Diari Langit : November 2

sambungan...

Pertengahan November

Pada malam yang ke-12, lihatlah bulan sabit yang cantik terletak disebelah kanan Zuhal.


12 November 2009

Pada pertengahan bulan, Zuhrah akan jelas pada timur kaki langit cuma 1 jam suku di hadapan matahari dan berketinggian 12 darjah semasa matahari terbit. Zuhrah yang kelihatan seperti cakera putih (10" wide dan 97% sunlit) akan menunjukkan sedikit minat kepada pencerap.

Melihat Zuhrah menggunakan mata kasar lebih menguntungkan pada 15 haribulan. Lihatlah ke arah timur bila bulan sabit halus membentuk segitiga tepat dengan Spica di atas dan Zuhrah di bawah.


15 November 2009

Selasa, 3 November 2009

Buat ROKET Anda Sendiri

Roket berkuasa rendah



Tahap kesukaran:



Aktiviti ini sesuai dilakukan di dalam bilik. Ia tidak akan menakutkan kucing anda, merosakkan cat atau menyebabkan bilik anda bersepah. Tetapi ia membuktikan hukum "action and reaction" dengan sempurna.


Bahan-bahannya
-Belon berbentuk sosej (yang biasa badut pakai tu)
-Sedikit tali
-1 straw
-Selofan tape (pita pelekat)
-Udara

Apa yang perlu dibuat?
  1. Ikat satu hujung tali di katil anda.
  2. Masukkan straw ke hujung tali yang satu lagi.
  3. Tarik tali dengan tegang dan lekatkannya ke tempat yang tinggi, seperti di atas almari.
  4. Tiup belon sosej tersebut (sebaiknya gunalah pam kerana biasanya belon tersebut amat sukar untuk ditiup menggunakan mulut), tapi jangan ikat lehernya, cuma kepitkan dengan penyepit baju. Jadi udara tidak dapat keluar.
  5. Lekatkan straw ke belon menggunakan pita pelektat dengan menghalakan belon ke atas.
  6. Pegang belon pada hujung tali yang rendah, lepaskan penyepit baju dan perhatikan ia naik.
  7. Buat eksperimen dengan berapa banyak berat yang roket belon ini boleh bawa dengan melekatkan duit syiling di bawah roket.

Mengapa roket ini terbang?
kerana udara yang dimasukkan ke dalam belon cuma boleh keluar melalui satu jalan sahaja - melalui lehernya. Udara ini mematuhi salah satu daripada hukum fizik yang paling asas; Hukum Pergerakan Newton ke-3. Untuk setiap tindakan (udara keluar) akan ada daya tindakbalas yang bertentangan (belon bergerak ke atas).

Ahad, 1 November 2009

Diari Langit : November

Walaupun sudah tiga bulan Opposition berlalu, Musytari masih menjadi pilihan untuk dicerap.


Kedudukan Jupiter bersama Bulan, Neptune, Uranus dan Pluto

Sebaik sahaja November menjelma, Marikh akan berada dalam Cancer, terbit sebeelum tengah malam dan berada pada meridian menjelang siang hari. Planet beermagnitud 0.4 ini berada pada kawasan langit sekitar Gemini dan Leo. Pada pagi 1 November (malam 31 Oktober) lihatlah dunia kunig keperangan ini meluncur dalam Kluster Beehive. Luas planet ini secara kasarnya ialah 8" pada masa ini, tetapi teleskop berkuasa tinggi akan membuktikan kegembiraan semasa planet ini meluncur merentasi kluster ini. Kurang dari 1 jam sudah cukup untuk untuk mengesan pergerakan marikh. Pada 2 haribulan, Planet Merah ini akan berada di timur Kluster dan merentasi sempadan memasuki Leo pada hari terakhir November.


Kedudukan marikh dalam buruj Cancer

Dalam bulan November, Zuhal perlahan-lahan mendaki tinggi di langit pagi.

Zuhrah masih menjadi objek pagi, tetapi ia tenggelam lebih reendah pada senja setiap hari. Apabila November membuka tirainya, planet bermagnitud -3.8 ini berada dalam Virgo berhampiran Spica yang bermagnitud 1.0. Pemandangan ini sangat cantik dengan jarak antara 4 darjah atau kurang dari 1 hingga 4 November.


Zuhal dan Zuhrah yang terbit pada awal pagi

Utarid melepasi Superior Conjunction pada 5 haribulan dan sangat dekat dengan matahari untuk tontonan bulan ini. Planet terkecil dalam sistem suria ini akan menjadi bintang senja pada Disember.


Utarid berada sangat dekat dengan matahari ketika matahari terbit

Dan bagi pemburu asteroid, sila ambil perhatian: Semasa awal subuh 24 haribulan, Vesta yang bermagnitud 7.8 dapat dikesan dengan mudah 1/3 darjah utara bintang 37 Leonis bermagnitud 5.7 dan 2 2/3 darjah timur laut Regulus yang bermagnitud 1.4

Acara pada November

1 Nov
Marikh melawat Kluster Beehive

5 Nov
Utarid conjunction dengan Matahari

7 Nov
Bulan pada kedudukan perigee (368,886km)

17Nov
Hujan Meteor Leonid

22 Nov
Bulan pada kedudukan apogee (404,713km)

Komet

Apakah itu komet?

Jawapan
Komet merupakan bebola ais kotor yang mengorbit matahari.

Penerangan ringkas
Komet adalah bebola ais yang besar dan kotor yang menghabiskan kebanyakan masanya jauh di dalam sistem suria kita. Bila ia berada jutaan batu jauhnya dan di tempat sangat gelap, komet kurang enjadi tumpuan untuk dilihat. Walaubagaimanapun, bila orbitnya menghampiri Matahari, komet menjadi panas. KOmet yang dulunya sebuah bebola ais yang kotor dan gelap mula menjadi wap.

Semasa komet bertukar menjadi wap, sebuah awan atau kepulan gas dan debu terbentuk sekitar bebola ais pejal tadi. Juraian partikel daripada matahari menolak sebahagian gas dan debu tadi menjauhi nukleus komet membentuk ekornya.

Antara komet yang terkenal dan popular ialah:
  • Halley
  • Halle Bopp
  • Encke
  • Temple 2
  • Kahoutek
  • Swift tuttle
  • Ikey Seki
  • Schwassmann - Wachmann 3
  • Lulin
  • McNaught
  • 17P Holmes
  • NEAT (C/2001Q4)

Komet McNaught


Komet Hale Bopp


Komet 17P Holmes


Komet NEAT (C/2001Q4)


Struktur Komet

Saki baki supernova



Saki baki supernova N132D yang merupakan galaksi kecil yang menemani Bima Sakti berada kira-kira 170,000 tahun cahaya jauhnya terletak di dalam Large Magellanic Cloud. Imej N132D telah diambil pada Ogos lalu dengan menggunakan Hubble's new Wide Field Camera 3 mendedahkan awan merah jambu berbentuk seperti bulan sabit hasil pelepasan gas hidrogen dan garis ungu lembut yang halus merupakan oksigen. Saintis memeriksa garis halus ini dengan Hubble's Cosmic Origins Spectrograph dan mendapati gas bersih ini dikeluarkan oleh supernova ini yang belum lagi bercampur dengan gas disekeliling.