Sabtu, 28 Februari 2009

Zuhal kehilangan cincinnya

Keajaiban Zuhal mencapai milestone penting pada 8 Mac ini di mana berlakunya opposition (posisi 180 darjah dari matahari). Pada tarikh itu, Zuhal terbit pada waktu maghrib, transit di meridian (garisan maya di langit yang melintasi di atas kepala dan menghubungkan utara dan selatan), dan terbenam pada waktu subuh
Opposition pada tahun ini, planet ini bersinar kira-kira magnitud penuh, lebih malap dari maksimum keraa cincinnya turut menyumbang sedikit sebanyak kepada kecerahan keseluruhan planet itu. Sistem cincinnya telah didekati sejak ia dibuka kepada keadaan paling dekat pada 2003. Pada malam opposition, cincinnya cuma 2.6 darjah dari sudut.





Acara Mac

Antara fenomena langit @ samawi pada Mac ini:
  • 7 Mac

Bulan berada pada kedudukan perigee (228,054 batu)

  • 8Mac

Zuhal pada kedudukan opposition (kedudukan 180 darjah dari matahari)

  • 13Mac

Conjunction - Uranus dgn matahari

  • 19Mac

Bulan pada kedudukan apogee (251,220 batu)

  • 31Mac

Conjunction - Utarid dengan matahari

KURSUS ASAS FALAK SYARIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Butiran Kursus Asas Falak Syarie adalah seperti berikut:

Tarikh : 7-8 Mac 2009
Tempat : Undercroft, Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.
Masa : 8am-5pm
Bayaran : RM10
Terbuka kepada semua.
Jemputlah hadir bersama-sama.

untuk maklumat lanjut hubungi
En Adiley : 053688503
Ust Zuriat : 053688504
emel : rahmat_abuseman@petronas.com.my

Selasa, 24 Februari 2009

Tarikan bintang

Gereja batu di tepi Tasik Taupo dibawah sinaran langit di Pulau selatan New Zealand. Penduduk pekan Tekapo berada pada misi untuk memelihara langit berbintang yang luas, sekalipun langit malam hilang dibelakang pencemaran cahaya dan udara pada kebanyakan bahagian di glob.


Pekan di New Zealand di dalam kegelapan - dan berbangga mengenainya.

Dimana tempat-tempat lain menyambut malam dengan menyalakan lampu di jalanan untuk menarik pelancon, tetapi pekan Tekapo di New Zealand berbeza dari yang lain - lampu sodium yang bertenaga rendah yang dilindungi dari atas, dan lampu rumah yang mesti ke bawah bukan ke atas.

Tujuannya: Untuk membawakan bintang lebih jelas. Pekan yang mempunyai 830 orang di Pulau Selatan, New zealand dalam misi untuk memelihara penglihatan lautan bintang-bintang di langit. Hadiah utamanya adalah pengiktirafan sebagai "starlight reserve" oleh Unesco dan "Astro tourist" telah pun datang.

Khamis, 19 Februari 2009

You Are Made of Star Stuff

Where did the atoms that make up our bodies come from originally?
Where did gold come from originally?
The chemical elements that are essential for life came from stars and particularly from the death of stars.
This talk will show that we are indeed made of star.
~ ~ ~ ~ ~
Professor S Jocelyn Bell Burnell Dame
Jocelyn Bell Burnell is an astrophysicist who as a postgraduate student, discovered the first radio pulsars with her thesis advisor Antony Hewish, for which he won a Nobel Prize. She graduated from the University of Glasgow with a B.Sc Physics in 1965 and received her Ph.D from New Hall (renamed Murray Edwards College) of the University of Cambridge in 1969. At Cambridge, she worked with Hewish and others to construct a radio telescope for using interplanetary scintillation to study quasars, which had recently been discovered (interplanetary scintillation allows compact sources to be distinguished from extended ones). Detecting a bit of "scruff" on her chart recorder papers that tracked across the sky with the stars, Bell Burnell found that the signal was regularly pulsing, about once each second. Temporarily dubbed "Little Green Man 1" the source (now known as PSR B1919+21) was eventually identified as a rapidly rotating neutron star. After finishing her PhD, Bell Burnell worked at the University of Southampton (1968-73), University College London (1974-82) and the Royal Observatory, Edinburgh (1982-91). In addition, from 1973 to 1987 she was also a tutor, consultant, examiner and lecturer for the Open University. In 1991 she was appointed Professor of Physics at the Open University, a position she held for ten years. She was also a visiting professor at Princeton University. Before retiring Bell Burnell was Dean of Science at the University of Bath between 2001 and 2004,and was President of the Royal Astronomical Society between 2002 and 2004. She is currently Visiting Professor of Astrophysics at the University of Oxford and a Fellow of Mansfield College.She is the current President of the Institute of Physics. In June 2007, she was awarded a DBE, the equivalent to a male knighthood.

Syarahan Umum Planetarium Negara - “You are made of star stuff”

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sains dan Inovasi, British High Commission di Kuala Lumpur (BHC) bakal menganjurkan satu syarahan umum seperti ketetapan berikut:
Hari : Rabu
Tarikh : 25 Februari 2009
Masa : 10 – 11 pagi
Tempat : Bilik Teater, Planetarium Negara, Kuala Lumpur
Tajuk : “You are made of star stuff”(Masuk adalah percuma)
Aktiviti ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam sains angkasa. Sila lihat maklumat lanjut yang dilampirkan. Selain itu, syarahan umum ini akan ditayangkan secara langsung melalui ‘webcasting’. Sila layari laman web kami.
Bagi yang berminat dan ingin mengesahkan kehadiran, sila hubungi sekretariat:
Pn. Zahira Mohd Radzi / Cik Zulia Kurnia Dewi
National Space Agency (ANGKASA)Level 5, Block 2, PjH Tower,Precint 2, 62100Putrajaya
Tel: 03-8888 8668
Fax: 03-88883478
Email: zahira@angkasa.gov.my

Tentatif Program oleh Prof. Dr. Dame Jocelyn Bell Burnell bertajuk "You are made of star stuff". Date : 25th February 2009
Time : 10.00 am – 11.30 am
9.30 am - Ketibaan tetamu
9.45 am - Ketibaan VIP and Ketua Jabatan, Kementerian Sains, Teknologi and Inovasi (MOSTI)
9.55 am - Ketibaan Speaker Prof. Dr. Dame Jocelyn Bell Burnell Visiting ProfessorUniversity of Oxford
10.00 - Syarahan umum oleh Prof. Dr. Dame Jocelyn Bell Burnell "You are made of star stuff".
11.00 am - Q & A
11.30 am - Tayangan Planetarium –“SOS Planet”.
Planetarium Tour
Jamuan ringan
Bersurai

Sekian, terima kasih
Zahira Mohd Radzi
Pegawai PenyelidikUnit Penyelidikan Sains AngkasaAgensi Angkasa Negara (ANGKASA)National Space Agency (ANGKASA)
Tel: 03 -8888 8668 ext 172
Faks: 03 - 8888 3480

Selasa, 17 Februari 2009

Dr Abdullah Ibrahim kembali kerahmatullah

Dengan perasaan sedih, Persatuan Falak Syari Malaysia ingin memaklumkan kepada semua ahli Persatuan dan peminat falak tanahair dan luar negara bahawa Pengasas dan Yang Di Pertua Persatuan Falak Syari Malaysia yang pertama telah kembali keRahmatullah pada malam 6hb Februari dan telah dikebumikan pada 7hb Februari di Alor Setar.
Allahyarham, adalah seorang penerima anugerah 'Anugerah Sheikh Tahir Jalaluddin' untuk menghargai individu yang telah berjasa kepada Persatuan dan kemajuan ilmu falak syar'i di Malaysia. Anugerah ini telah diwujudkan sempena perayaan dua dekad penubuhan Persatuan.
Persatuan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan dengan para siddiqin disisi Allah swt.
Maklumat lanjut mengenai Allahyarham...:-

PROF.MADYA DR. ABDULLAH B.HJ.IBRAHIM.

Di lahirkan pada tahun 1936 di Negeri Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, univeristi Ains Shams dan Univeristi al-Azhar di Mesir dengan ijazah tertinggi Doktor Falsafah.

Sekembalinya di tanah air beliau mula menyumbangkan ilmu yang dimiliki di universiti Kebangsaan Malaysia bermula dari tahun 1972 sehingga 1992. Beliau pernah di lantik menjadi Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Ketua Jabtan Syariah dan Ahli Senat UKM.

Sepanjang kerjaya beliau di UKM beliau telah menyelia tesis di peringkat Master dan Ph.D dari dalam dan luar negara. Beliau juga telah menghasilkan buku dan lebih dari 45 kertas kerja dalam bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.

Khidmat beliau sebagai ahli akademik juga disumbangkan ke univeristi lain seperti UIAM, Insaniah dan Univeristi Brunei Darussalam.

Dalam kegiatan bidang kewangan dan fiqh Islam beliau meruapan penasihat kepada beberapa buah bank di Malaysia dan ahli majlis fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri.

Beliau telah mendapat pengiktirafan dari luar negara yang jarang diperolehi oleh ilmuan Islam sezamannya apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Akademi Fiqh OIC, Jeddah bermula dari tahun 1985 sehingga 1998.

Dalam PFSM beliau telah menjawat jawatan Yang Di pertua Persatuan bermula tahun 1981 sehingga tahun 1992. Sehingga kini beliau telah banyak menyumbang idea, tenaga dan wang ringgit untuk mengembangkan ilmu falak kepada anak bangsa.
Oleh Syed Kamarulzaman YDP PFSM

Ahad, 15 Februari 2009

Waktu Perdana Ceres

Perbandingan antara Bumi, Bulan dan Ceres

Februari adalah waktu perdana bagi Ceres. Bersinar pada magnitud 6.9, asteroid terbesar ini (hampir 600 batu keratan rentasnya) akan mudah dikenalpasti menggunakan teropong semasa hampir subuh pada 18 februari. seminggu kemudian, pada 25 Februari, Ceres akan berada pada kedudukan bertentangan matahari dan dapat dilihat dari senja hingga subuh. Pada malam itu, duia kecil itu akan berada kurang 147 juta batu dari bumi. Yang menariknya, ini adalah jarak Ceres yang paling dekat sejak 1857, dan akan berada dekat lagi beberapa ribu tahun lagi.

Ahad, 8 Februari 2009

Gerhana Bulan 9 Feb

Pada 9 Feb nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).
Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya.
Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.
Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia.
Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.
sumber:falakonline

Sabtu, 7 Februari 2009

Komet hijau menghampiri Bumi


Komet Lulin dinamakan sempena nama Balaicerap di Taiwan dimana gambar ini diambil. Sekarang ianya sedang menghampiri Bumi. Kata Ye
Kecantikan hijaunya boleh dilihat pada bila-bila masa dengan mata kasar.

Pada 1996, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di China melihat melalui teleskop kecil dan melihat sesuatu yang bakal mengubah hidupnya.--sebuah komet yang cantik, terang, serta ekornya. Pada mulanya dia menyangka telah menjumpainya, tetapi tidak, dua orang telah mengalahkannya dan menamakan "Hale" dan "Bopp".
Untuk mengatasi kekecewaannya dia berazam untuk mencari kometnya sendiri pada satu hari. Dan pada satu hari dia telah berjaya.
Pada tengahari musim panas pada Julai 2007. Ye, sekarang berumur 19 tahun dan pelajar meteorologi di Universiti Sun Yat Sen di China, merenung pada gambar hitam putih lapangan bintang. Gambar itu diambil pada malam sebelum ahli astronomi Taiwan Chi Seng Lin "sky patrol" di Balaicerap Lulin.
Jari Ye bergerak dari satu titik ke titik yang lain--dan berhenti. Salah satu bintang bukan bintang, ianya adalah komet, kini Ye melihatnya dulu.
Newton berkata

Mataku yang lama masih tidak dapat melihat komet yang cerah

Tetapi teleskop 14 inciku yang menemuinya pada 1 Februari



Komet ini akan menghampiri bumi dengan kedudukan paling dekat (0.41 AU) pada 24 Februari 2009. Kecerahan maksimum adalah pada magnitud 4 atau 5, dimana negara yang mempunyai langit gelap sahaja yang dapat melihatnya. Tiada siapa yang dapat memastikan kerana ini kali pertama kunjungan komet Lulin ke dalam sistem suria dan pendedahan pertama kepada cahaya matahari yang kuat. Kejutan mungkin berlaku.
Warna hijau Komet Lulin datang daripada gas yang membentuk atmosfera Musytari. Nukleus komet itu mengandungi cyanogen (CN: sejenis gas beracun yang biasa ditemui pada kebanyakan komet) dan diatomic carbon (C2). Kedua-dua in akan bersinar hijau bila disinari cahaya matahari.
Untuk melihat Komet Lulin dengan mata anda kunci jan pada pukul 3 pagi. Komet terbit beberapa jam sebelum matahari. Di sini merupakan tarikh yang mudah untuk dilihat:
Feb. 16th: Comet Lulin melintasi Spica pada buruj Virgo. Spica berada pada magnitud 1 dan boleh dilihat meskipun berada di bandar.Finderscope yang menunjuk kepada Spica akan dapat menangkap Komet Lulin dalam field of view.
Feb. 24th: Jarak terdekat! Pada pagi yang special ini, Lulin akan berada beberapa darjah sahaja dari Zuhal dalam buruj Leo. Zuhal dengan ketaranya boleh dilihat dengan mata kasar, begitu juga Komet Lulin. Kalau ini tidak menarik perhatian anda dari katil, tiada apa lagi yang boleh membantu anda.

Isnin, 2 Februari 2009

Diari Februari

Fenomena pada bulan Februari:
  • 7 Feb - Bulan pada kedudukan perigee (22,618 batu)
  • 9Feb - Gerhana bulan
  • 12Feb - Neptun dalam conjunction dengan matahari
  • 13Feb - Utarid pada greatest elongation pada langit pagi
  • 19Feb - Bulan pada kedudukan apogee (251,735batu)
  • 25Feb - Ceres pada opposition

Ahad, 1 Februari 2009

Dua roket terbang menerusi lengkung aurora

Pada awal pagi khamis lalu, dua roket terbang secara serentak menerusi aurora untuk mengambil data dari atas dan bawah lengkungnya. Pasukan dari University of Iowa menunggu keadaan yang stabil sebelum melancarkan dua roket NASA Black Brant dari Poker Flat Research Range berdekatan Fairbanks, Alaska sebelum 1 pagi (waktu standard Alaska). Sebelumnya, roket lain telah terbang menerusi aurora, tetapi ini kali pertama dua roket digunakan sekali gus.Untuk sebahagian dari misi Auroral Current and Electrodynamics Structure (ACES) , penerbangan ini akan menyediakan struktur dalaman auora. Butiran lengkap yang pengkaji hilang pada pengukuran sebelumnya ialah hanya kerana menggunakan satu kenderaan sahaja. Roket Black Brant
Dua fasa roket Black Brant IX dilancakan pada 12:49 a.m. dan mencapai altitud melebihi 226 batu dan cuma terbang kurang dari 10 minit. Pada 12:50 a.m., fasa pertama Black Brant V dilancarkan, mencapai altitud menghampiri 83 batu menegak, dan terbang sekitar lapan minit.Di dalam imej ini ialah ujian serupa pada tahun 2003, sebah roket membawa payload yang direka untuk mengukur signal gelombang high-frequency berkaitan aurora.
Credit: Chuck Johnson dan Astronomy.com