Ahad, 4 November 2012

Melaka Space Fair 2012

Nama Acara : MELAKA SPACE FAIR 2012

Lokasi : Melaka Planetarium Adventure Science Centre, Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tarikh : 05 November - 11 November 2012 Masa : 9.00 am to 6.00 pm (Setiap hari)

Sasaran : orang ramai dan pelajar.
Melaka Planetarium Adventure Science Centre bakal menganjurkan Melaka Space Fair 2012 buat kali ke-2 bersama 9 saintist dan jurutera misi angkasa lepas NASA.
Karnival kali ini bakal memaparkan pameran-pameran di bawah tajuk Year of the Solar System, Mars Exploration, Life in the Extreme, and Earth Sciences. Selain itu, terdapat pameran tentang teknologi-teknologi NASA yang digunapakai dalam kehidupan seharian. Terdapat juga pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk anda turut serta dan pertandingan bagi kanak-kanak.

Sertai kami di Melaka Space Fair 2012 pada 5 hingga 11 November, 2012 dari 9.00pagi hingga 6.00petang, bertempat di Melaka Planetarium Adventure Science Centre, Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.msf2012.planetarium.my atau melakaplanetarium.blogspot.com.
Juga layari facebook kami: Melaka Planetarium Adventure Science Centre ... Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Nama : Gomathy Ramasamy No tel : : 06-2322424 / 2322122 Email : nancy.gram@gmail.com

Isnin, 22 Oktober 2012

Pertandingan Astrofotografi 2012

Juara kategori” Earth and space”, dirakam di Nagano, Japan. Orion, Taurus dan Pleiades merupakan backdrop kepada landskap kaku yang mengerikan.

 Naib johan kategori Earth and space”. Kesan Aurora borealis terhadap perubahan bentuk medan magnetic bumi  membentuk satu persembahan yang pertengahan musim sejuk yang memukau di Nordland Fylke, Norway


 
Gambar bagi kategori ini pula mendapat komen yang tertinggi bagi kategori “earth and space”.Bima sakti kelihatan melengkung di kepulauan reunion. Luc Perrot menunngu hamper dua tahun sebelum semua mendapat keadaan yang betul betul sesuai untuk merakam gambar ini.

 Naib johan untuk kategori  deep space”. Tinggalan Simeis 147 supernova yang besar yang mengandungi saki bakibintang besar yang meletup kira kira 40000 tahun dahulu. Nama timangannya adalah nebula spageti
 Pemenang keseluruhan dan pemenang kategori “deep space”. Imej ini menggabungkan  fine detail in the spiral arms dengan faint tails of light yang menunjukkan teman galaksinya semakin terpisah kerana gravity jirannya itu.
 Pemenang kategori sistem suria. Transit Zuhrah yang berlaku pada Jun 2012 merupakan acara astronomi terbesar pada tahun 2012.
Naib johan kategori jurugambar muda. Beberapa imej bulan yang beresolusi tinggi dirakam pada siang hari digabungkan bersama membentuk mozek yang berwarna warni.

Sabtu, 8 September 2012

Jurugambar Astronomi 2012 Part 1

Bulan purnama sedang terbenam di belakang pergunungan Alps di Italy.

Acara untuk mencari jurugambar astronomi pada tahun ini, telah dikendalikan oleh Royal Observatory Greenwich bersama dengan majalah "Sky at Night", menerima beberapa rekod penyertaan dari jurugambar amatur dan profesional dari seluruh dunia. Anugerah akan diumumkan pada 19 September dan pameran bagi penyertaan yang terbaik akan pamerkan di balai cerap pada 20 September.


Isnin, 3 September 2012

Dark Doodad

Walaupun banyak objek yang kelihatan dalam gambar ini, termasuklah globular kluster  NGC 4372 (sebelah kanan atas), photographer sebenarnya target Dark Doodad. Molecular cloud yang mempunya 3 darjah panjang ini terdiri daripada gas sejuk dan debuyang terletak dalam buruj Musca si Lalat.