Jumaat, 31 Julai 2009

Antara masuk dan Keluar

Seperkara lagi yang perlu disebutkan adalah mengenai penggunaan perkataan 'akh-raja' semasa Allah menceritakan mengenai cahaya 'siang' di langit diperingkat awal dahulu. Akh-raja bermaksud 'dikeluarkan'. Justeru sekiranya maksud ini digunapakai ayat sebelum ini dapat diterjemahkan sebagai ""Dia meninggikan bangunan (langit) lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang."

Kebiasaannya apabila Allah menceritakan mengenai perubahan ataupun silih bergantinya malam dan siang perkataan Arab yang digunakan berasal daripada perkataan walaja. Di dalam Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic, 'walaja' diterjemahkan sebagai 'to enter' yang bermaksud 'memasuki'. Perkataan ini digunakan lebih daripada 10 kali di dalam al-Quran. Sebagai contoh dalam surah Luqman ayat 29, Allah menjelaskan "Apakah kamu tidak memerhatikan bahawa Allah memasukkan siang kepada malam." Perkataan yuuliju dalam ayat ini berasal daripada perkataan walaja.

Justeru di dalam Quran, perubahan malam dan siang berlaku dalam bentuk 'malam memasuki siang dan siang memasuki malam.' Kadangkala perkataan ikhtilaf (iaitu perubahan) digunakan bagi menceritakan berkenaan 'perubahan malam dan siang'. Perkataan ini digunakan lebih kurang 5 kali di dalam Quran. Namun dalam surah an-Naziat ini perkataan akh-raja (dengan maksud dikeluarkan) digunakan. Ia menunjukkancahaya di langit dikeluarkan daripada kegelapannya. Ia seolah-olah menampakkan yang fenomena ini berlaku di luar persekitaran bumi. Sekiranya di Bumi 'siang' dimasukkan kepada 'malam' tetapi kali ini 'siang dikeluarkan daripada malam'. Di sudut sains fenomena ini mengagumkan kerana menceritakan mengenai kegelapan langit yang kemudiannya mengeluarkan cahaya yang terang benderang.

Berhubung dengan perkara ini pandangan Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir agak menarik bagi diketengahkan. Beliau berkata "Aku berpendapat ayat ini (iaitu ayat 29 surah an Naziat) bermaksud (Allah) menghilangkan malam di langit dan mengeluarkan siang daripadanya sehingga tidak wujud lagi malam baginya."

Penemuan sains pada hari ini mengesahkan pada peringkat awal kejadian alam, selepas berlaku ledakan Big Bang, alam semesta berada dalam keadaangelap-gelita. Selepas itu baru datang cahaya yang terang benderang. Hal ini disahkan oleh NASA. Mengikut kenyataan akhbar NASA dibawah tajuk Scientist See Light that May Be from First Objects in Universe (Press Release) bertarikh 2 November 2005, "Para saintis NASA berjaya mengesan cahaya yang mungkin datang daripada objek pertama yang lahir selepas ledakan Big BAng lebih kurang 13 bilion tahun dahulu. Penemuan ini berjaya dilakukan dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Selepas bahang Big Bang reda, alam berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya objek yang bercahaya ini."

Ayat ini juga menarik di sudut urutannya kerana ia menunjukkan semasa langit sedang dibangunkan kegelapan menyelimuti angkasa terlebih dahulu sebelum terbit cahaya yang menerangi kosmos. Selepas itu proses kejadian Bumi bermula. Urutan sememangnya selari dengan penemuan sains dalam bidang astronomi dan astrofizik.

Pada hari ini angkasa sememangya terang benderang dengan cahaya. Ia adalah cahaya radiasi yang datang daripada bintang-bintang dan galaksi. Hal ini dilaporkan dalam Universe today bertarikh 10 Mei 2006, di bawah tajuk Measuring the Background Light of the Universe. Justeru memang benar kalam Allah menjelaskan, "Dia melahirkan gelap-gelita malam (di langit) dan mengeluarkan cahaya yang terang-benderang daripadanya."

Rabu, 29 Julai 2009

Hujan(Juraian) Meteor Perseid

Hujan Perseid merupakan pertunjukkan meteor yang paling popular setiap tahun. Radiant pointnya terletak berhampiran Double Cluster di utara Perseus (bawah sedikit dai W of Cassiopeia). Pada tahun ini hujan ini menghampiri kemuncaknya pada awal subuh 12 Ogos nanti. Kebiasaannya pencerap yang peka dapat mengira sehingga 60 meteor dalam masa satu jam selepas tengah malam, tetapi pada tahun ini pertunjukkan ini akan diganggu sedikit daripada cahaya Bulan yang akan memasuki fasa separa yang akan terbit dalam Buruj Aries pada malam 11 Ogos. Taruhan terbaik anda adalah dengan menghalakan muka anda menjauhi Bulan dan carilah Perseids.

Selasa, 28 Julai 2009

Kosmos Gelap ataupun Cerah?

Seperti yang disebutkan sebelum ini, langit dan Bumi pada asalnya bercantum padu sebelum Allah pisahkan kedua-duanya. Pemisahan ini berlaku dengan Big Bang dan dalam masa yang singkat angkasa mengembang dipenuhi elektron dan quarks. Pada masa itu alam berada dalam keadaan gelap-gelita. Dalam surah an-Naziat ayat 28-30, Allah berfirman, "Dia meninggikan bangunan (langit) lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)."

ﮒ ﮓ ﮔ ﮕﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ

ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ


Ayat-ayat ini menceritakan beerkenaan keadaan alam sebelum proses kejadian bumi bermula. Justeru, penggunaan 'malam' dan 'siang' dalam terjemahan surah an-Naziat ayat 29 ini perlu dianalisis dengan betul. Hal ini disebabkan ayat ini menceritakan mengenai proses kejadian langit (kosmos) sebelum kejadian Bumi sedangkan perubahan malam dan siang merupakan fenomena yang berlaku di Bumi.

Semasa menceritakan mengenai kegelapan di kosmos di saat langit sedang dibangunkan, Allah menggunakan perkataan 'lail'. Ia dapat diterjemahkan sebagai 'malam' seumpama malam di Bumi yang gelap-gelita tanpa matahari. Terjemahan ini dapat diterima disebabkan konsep malam dengan kegelapannya tanpa kewujudan matahari memang wujud berjuta-juta tahun selepas ledakan Big Bang dahulu. Apabila menceritakan keadaan malam, Allah menggunakan ungkapan 'Agh-thosya lailaha'. Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan 'Agh-thosya lailaha' sebagai 'menggelapkan malam'. Kenyataan Abdullah bin Abbas ini dinukilkan Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim. Di dalam Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic, perkataan asal agh-thosya (root word) diterjemahkan sebagai 'to be or become dark(night)' yang bermaksud 'menjadi gelap (malam)'. Justeru ayat ini menceritakan kegelapan yang menyelimuti kosmos selepas berlaku Big Bang. Kegelapan yang berlaku berjuta-juta tahun selepas ledakan Big Bang dahulu adalah kegelapan tanpa sebarang cahaya sama sekali disebabkan atom belum wujud lagi pada masa itu.

Berhubung dengan perkataan siang, kebiasaannya apabila Allah menceritakan berkenaan proses siang di Bumi, perkataan yang digunakan adalah 'nahaar'. Perkataan ini digunakan lebih daripada 50 kali di dalam Quran. Nahaar di dalam Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic diterjemahkan sebagai 'day time, day (from dawn to dusk)', yang bermaksud 'siang hari, hari (daripada waktu terbit matahari kepada waktu senja)'. Oleh kerana perkataan nahaar tidak digunakan dalam ayat siang yang berkaitan dengan terbit dan terbenamnya matahari. Sebaliknya perkataan yang digunakan adalah 'dhuha'.

Di dalam Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic, dinyatakan perkataan asal kepada perkataan dhuha adalah dhaha. Ia bermaksud 'to become visible, appear' iaitu 'dapat dilihat, menzahirkan diri'. Justeru perkataan dhuha dalam ayat ini menjelaskan mengenai suasana terang benderang yang membolehkan kita melihat sesuatu. Justeru Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim semasa mentafsirkan ayat berkenaan 'siang' ini berkata, "Allah menyinarkan cahayanya kepada siang itu".

Isnin, 27 Julai 2009

Titik Rujukan Tempatan

Garisan Declination dan Right Ascension adalah tetap dalam hubungannya kepada sfera samawi dan bergerak dengannya serta berputar sekitar pencerap. Garisan rujukan lain berhubungkait dengan kedudukan tempatan setiap pencerap dan tetap kekal dengan pencerap sementara objek di langit melintasinya.

Zenith merupakan titik di sferea samawi yang berada tepat di atas kepala anda. Celestial horizon atau ufuk samawi merupakan bulatan besar pada sfera samawi dan 90 darjah dari zenith anda. Walaupun sfera samawi dipenuhi dengan bintang-bintang, anda cuma boleh melihat yang berada di atas ufuk sahaja. Celestial meridian adalah bulatan besar melalui zenith anda dan titik utara dan selatan pada ufuk anda. Cuma separuh meridian berada di atas ufuk.

Sabtu, 25 Julai 2009

Kronologi Kejadian Alam

Para saintis pada hari ini sering bertanya "Apakah yang sebenarnya berlaku selepas ledakan Big Bang?" Justeru sebahagian mereka cuba menyusun satu bentuk kronologi berhubung perkara ini. Selepas mengkaji pandangan-pandangan mereka, saya mengolah dan menyusun semula kronologi itu mengikut enam fasa.



Fasa pertama (Ledakan dan pengembangan). Peringkat ini bermula daripada saat ledakan Big Bang sehingga berlalu masa 0.000000000000000000000000000000001 saat. Kosmos pada masa itu melalui proses pengembangan yang laju. Ia berkembang daripada ukuran sebesar atom kepada ukuran sebiji buah nangka dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada satu perbilion saat dalam keadaan suhu yang mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius. Dalam masa yang singkat angkasa dipenuhi elektron dan quarks.

Fasa kedua (Penyejukan dan kelahiran nukleus). Pada masa ini peringkat berlalu lebih kurang tiga minit. Suhu, yang diperingkat sebelumnya berada di tahap yang tinggi, melalui proses penyejukan dan turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sesama sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. Percantuman proton dan neutron melahirkan nukleus dan proses kelahiran nuekleus ini menjadi asas kepada kelahiran atom hidrogen dan helium kemudiaannya. Oleh kerana atom belum lagi wujud di peringkat ini, kosmos berada dalam keadaan gelap gelita.


Fasa ketiga (Kelahiran Atom). Fasa ini memakan masa lebih kurang 300,000 tahun. Di peringkat ini elektron bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahirlah atom-atom, terutamanya atom-atom hidrogen dan helium. Kelahiran atom-atom ini menjadi titik permulaan kepada kelahiran cahaya di kosmos. Suhu pada masa itu mencecah lebih kurang 10,000 darjah Celcius.

Fasa keempat (Asap dan kelahiran Galaksi serta Bintang). Fasa ini bermula 300,000 tahun hingga lebih kurang 2 bilion tahun selepas Big Bang. Pada peringkat ini tarikan graviti menyebabkan gas-gas hidrogen dan helium bercantum sehingga melahirkan gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini lahir galaksi. Walaupun gumpalan-gumpalan asap yang kecil, ia berperanan melahirkan bintang-bintang.

Fasa kelima (Percantuman Galaksi, Kelahiran Big Hole, Supernova dan Matahari). Fasa ini memakan masa daripada 1 bilion tahun hingga 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang. Pada peringkat awal fasa ini galaksi-galaksi bercantum antara satu sama lain. Proses cantuman ini berlaku dengan dahsyat sekali sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama-sama dengan gas yang terhasil terhumban ke suatu pusat dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang terlalu padat (very dense) tanpa mempunyai isipadu (with no volume). Lubang ini mempunyai tarikan graviti yang terlalu kuat dan dikenali sebagai lubang hitam atau black hole.Apa sahaja yang memasukinya termasuk cahaya tidak mampu keluar daripadanya. Gas-gas yang disedut oleh lubang hitam ini berada ditahap suhu yang tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars. Selepas ia memasuki lubang hitam ia lenyap selama-lamanya.

Pada peringkat ini proses kehancuran bintang-bintang berlaku dengan pesatnya. Proses kehancuran ini melahirkan ledakan dahsyat yang dikenali sebagai supernovae. Ledakan ini mengeluarkan elemen-elemen seperti oksigen, karbon, nitrogen dan besi ke angkasa raya. Di samping itu, ia juga mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas, perak, uranium, plumbum (lead) dan seumpamanya. Kesemua ini menjadi asas bagi melahirkan galaksi-galaksi baru. Di penghujung fasa ini (lebih kurang 5 bilion tahun dahulu) lahirlah matahari dan sistem solar.


Fasa keeenam (Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan). Fasa ini bermula kira-kira 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang, iaitu 4.5 bilion tahun dahulu. Di peringkat ini bermula kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. 1 bilion tahun selepas itu (lebih kurang 3.5 bilion tahun dahulu) lahir hidupan yang pertama di atas muka Bumi ini. (Parker, Barry R., The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers, New York: Plenum Press, 1993; NOVA Science Programming on Air and Online, Public Broadcasting Service (PBS) History of The Universe, http://www.pbs.org/wgbh/nova/origins/univ-nf.html)

Apabila ayat-ayat Ql-Quran berhubung kejadian langit dan Bumi ini dikaitkan dengan penemuan semasa, kita akan mengagumi ayat ini kerana ia menceritakan mengenai fasa-fasa kejadian langit dan Bumi secara sistematik. Justeru Said Hawa dalam Kitab al-Asas fi al-Tafsir berkata "Memang jelas sekali al-Quran menetapkan penciptaan galaksi-galaksi (di-langit) berlaku terlebih dahulu daripada Bumi. Ini merupakan sebahagian mukjizat yang menunjukkan Quran datang daripada Allah"

Rabu, 8 Julai 2009

HTC TyTN II Pro RM 1700 ONLY!!!!!!!

Love Gadget?
Looking for suitable and affordable PDA.
Here it comes the Mid Year Promotion of HTC TyTN II Pro
Price is RM 1700 only!!!!
What are you waiting for?
Grab this golden chance to make it yours now.
Still in good condition
Reason to sell it: Seller love to travel, charging time is quite long. Thus seller do not have sufficient time to charge the phone during travelling
Contact Person : Mr Kassim (0133987455)

HTC TyTN II key features
  • Adjustable screen angle and slide-out QWERTY keyboard
  • 2.8-inch 240*320 QVGA touch screen
  • Get connected in any country
  • Tri-band UMTS & Quad-band GSM/GPRS/EDGE
  • 3.5G high speed internet
  • 9 times faster than 3G
  • Worldwide mobile high speed connectivity
  • Live HTC HomeTM screen
  • Windows Mobile 6.1 Professional with Direct Push Email
  • Internal GPS antenna, TomTom Navigator 6 Taster Edition
  • Business Card Scanner
  • 3 mega-pixel auto focus camera
  • Wireless LAN – WiFi 802.11b/g
  • Bluetooth 2.0
  • ROM 256MB and RAM 128MB
  • Easy scrolling with touch scrolling or jog wheel
  • microSDTM card slot
  • Dimensions - 112mm (L) x 59mm (W) x 19mm (T)
  • Weight - 190g with battery
  • Battery: 1,350 mAh rechargeable Li-polymer battery
  • Standby time:
    Up to 350 hours for UMTS
    Up to 365 hours for GSM
  • Talk time:
    Up to 264 minutes for UMTS
    Up to 420 minutes for GSM
    Up to 120 minutes for video call

Ahad, 5 Julai 2009

Planetarium dibuka 15 Julai

MELAKA 2 Julai - Melaka menambah satu lagi tarikan kedatangan pelancong ke negeri ini apabila Planetarium Melaka bernilai RM20 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Julai ini.
Apa yang pasti, ia bakal menjadi tarikan baru kepada pelancong dalam dan luar negara jika mereka ingin melihat 20 peralatan berteknologi tinggi bernilai RM2.4 juta yang terdapat di sini.

Menambah tarikan itu, Planetarium Melaka turut menyediakan kemudahan seperti galeri, ruang persembahan dan pameran, muzium astronomi, restoran dan kios.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan itu di kawasan seluas 2.8 hektar sudah siap 95 peratus.

''Kini tinggal hanya kerja-kerja akhir iaitu menyiapkan landskap dan pemasangan penghawa dingin akan dilakukan.''

Apabila lengkap semua ini ia akan dibuka kepada orang ramai pada 15 Julai ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke planetarium itu di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin, Pengarah dan Pengarah Rekaan Syarikat Konsultan Jururunding Pico International (M) Sdn Bhd, Edmund Chen dan Bruce Head.

Planetarium Melaka terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dekat sini.

Planetarium terbaru itu jauh lebih besar daripada Planetarium Al-Khawarizmi yang pertama dibina di negeri ini terletak di Tanjung Bidara, Masjid Tanah dekat sini.

Menurut Mohd. Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir untuk merasmikan planetarium itu pada 1 Ogos ini.

Di samping itu kata beliau, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri Sheikh Mustapha juga dijangka hadir pada perasmian itu.
''Kerajaan negeri juga merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan empat lagi planetarium di Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak dan Planetarium Al-Khawarizmi," katanya.

Hubungan kerjasama itu, katanya, tertumpu kepada pertukaran bahan dan filem.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memajukan planetarium itu terutama di bidang sains dan teknologi.

Malah, beliau menyifatkan planetarium yang akan dibuka kepada orang ramai pertengahan bulan ini akan menambah tarikan kedatangan pelancong ke Melaka

Mengenai harga tiket untuk masuk ke planetarium itu, katanya, ia masih belum ditetapkan tetapi menjangkakan RM10 untuk dewasa dan pelajar pula dikenakan potongan harga.

Rabu, 1 Julai 2009

Kursus Pendidikan Falak

Assalamualaikum
Dengan sukacita saya ingin memaklumkan bahawa PFSNM akan mengadakan Kursus Pendidikan Falak dan Muktamar Sanawi PFSNM dengan kerjasama Jab Mufti Melaka pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu) 18 Rejab 1430H
Masa : 8.00-4.30 petang
Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Tentatif Program
11 Julai 2009
0800-0900 - Pendaftaran
0900-1000-Kertas Kerja 1
Pengenalan Ilmu Falak oleh
Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer

1000-1030 - Perasmian
1100-1200 - Kertas Kerja 2
Asas-asas Taqwim oleh
Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer

1200-1300 - Kertas Kerja 3
Waktu Solat dari Perspektif Ilmu Falak oleh
Dr. (H) Hj. Kassim Bahali

1300-1430 - Solat Zohor/makan
1430-1530 - Kertas Kerja 4
Peta bintang dan cerapan langit malam oleh
Dr. Mahamarowi Omar

1530-1630 - Muktamar PFSNM (Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka)
2000-2200 - Cerapan Langit Malam (pilihan)

Yuran penyertaan
RM10 Seorang

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini..