Rabu, 23 Disember 2009

Mars 2016 Methane Orbiter: Mencari tanda-tanda kehidupan


Element ESA-NASA ExoMars program 2016-2018



Program eksplorasi antara NASA dan ESA bergerak dengan pantasnya bergerak ke depan untuk melaksanakan satu persetujuan rangka kerja bertujuan untuk mendirikan satu generasi pengorbit dan pendarat planet merah bermula pada 2016 dan 2018.


MArs Trace Gas Mission Orbiter

European-led ExoMars Trace Gas Mission Orbiter (TGM) telah dipilih sebagai kapal angkasa pertama untuk inisiatif bersama ini dan dijangka akan dilancarkan pada Januari 2016 berlepas menggunakan roket Atlas 5 sumbangan NASA untuk perjalanan selama 9 bulan ke Marikh


Sebuah roket Atlas serupa kepada kenderaan ini yang dilihat di Cape Canaveral Pad 41


Tujuannya adalah untuk mengkaji kesan gas-gas di dalam atmosfera asing ini. Secara jelasnya sumber dan kepakatan metana yang memberikan kesan penting terhapap implikasi biologi. of methane which has significant biological implications. Pelabagai jumlah metana telah dikesan oleh 'martian orbiter' dan teleskop di Bumi. opes on earth.

"Bulan Biru" pada Tahun Baru



Anda telah menikmati pemandangan bulan pada tahun ini. Saya harap anda telah meluangkan masa mengikuti fasa-fasa bulan dan menghargainya. Pada tahun ini kita amat bertuah kerana turut dapat melihat fenomena gerhana bulan separa. Fenomena yang jarak dapat disaksikan (Gerhana bulan separa beserta bulan purnama kedua dalam bulan yang sama)



Pada 1982, bulan purnama kedua dalam bulan yang sama telah dapat dilihat. Dikenali sebagai "Blue Moon", nama itu tidak menunjuk kepada warna Bulan tetapi kepada peristiwa yang jarang berlaku ini dan memberikan ekspresi ‘‘once in a blue moon.’’





Blue Moon berlaku setiap 2.7 tahun kerana perbezaan antara kalendar masihi dan kitaran bulan. Kitaran bulan merupakan masa yang diambil oleh Bulan untuk mengelilingi Bumin 29 hari, 12 jam, and 44 minit.

Jadi, tungguu,,,,,,,,, Insyaallah ia akan berlaku

"Bulan Biru" pada Tahun Baru




Anda telah menikmati pemandangan bulan pada tahun ini. Saya harap anda telah meluangkan masa mengikuti fasa-fasa bulan dan menghargainya. Pada tahun ini kita amat bertuah kerana turut dapat melihat fenomena gerhana bulan separa. Fenomena yang jarak dapat disaksikan (Gerhana bulan separa beserta bulan purnama kedua dalam bulan yang sama)


Pada 1982, bulan purnama kedua dalam bulan yang sama telah dapat dilihat. Dikenali sebagai "Blue Moon", nama itu tidak menunjuk kepada warna Bulan tetapi kepada peristiwa yang jarang berlaku ini dan memberikan ekspresi ‘‘once in a blue moon.’’




Blue Moon berlaku setiap 2.7 tahun kerana perbezaan antara kalendar masihi dan kitaran bulan. Kitaran bulan merupakan masa yang diambil oleh Bulan untuk mengelilingi Bumin 29 hari, 12 jam, and 44 minit.

Jadi, tungguu,,,,,,,,, Insyaallah ia akan berlaku



'Bulan Biru' sempena tahun baru






Anda telah menikmati pemandangan bulan pada tahun ini. Saya harap anda telah meluangkan masa mengikuti fasa-fasa bulan dan menghargainya. Pada tahun ini kita amat bertuah kerana turut dapat melihat fenomena gerhana bulan separa. Fenomena yang jarak dapat disaksikan (Gerhana bulan separa beserta bulan purnama kedua dalam bulan yang sama)




Pada 1982, bulan purnama kedua dalam bulan yang sama telah dapat dilihat. Dikenali sebagai "Blue Moon", nama itu tidak menunjuk kepada warna Bulan tetapi kepada peristiwa yang jarang berlaku ini dan memberikan ekspresi ‘‘once in a blue moon.’’






Blue Moon berlaku setiap 2.7 tahun kerana perbezaan antara kalendar masihi dan kitaran bulan. Kitaran bulan merupakan masa yang diambil oleh Bulan untuk mengelilingi Bumin 29 hari, 12 jam, and 44 minit.

Jadi, tungguu,,,,,,,,, Insyaallah ia akan berlaku



'Bulan biru' sempena tahun baru


Have you enjoyed our lunar studies together this year? We hope you’ve taken the time to follow the phases and to appreciate what you see. Although it would be wonderful to end our this year's time together viewing the distant cosmos, something very cool is about to happen…
In 1982, a second full Moon of the month was visible. Known as a ‘‘Blue Moon,’’ the name does not refer to the Moon’s color but reflects the rarity of the event and gives rise to the expression, ‘‘once in a blue moon.’’ The Blue Moon of 1982 was even more special because a total lunar eclipse also occurred (for the United States) then. The image you see below has a strange significance as well. Not only is it the absolute finest photo of the full Moon I have ever seen, but it was recorded at a year's end, too… on December 22, 1999 by incomparable astrophotographer Rob Gendler. That particular December's Moon was special for another reason, as the full phase occ

Selasa, 15 Disember 2009

Hujan Meteor Geminid



Jika mengikut website FalakOnline dan blog Astromas serta laporan daripada suratkhabar (The Star), peratusan rakyat Malaysia yang ingin melihat Hujan Meteor Geminid ini agak memberangsangkan. Beberapa negeri mempunyai wakilnya yang tersendiri, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka antara nama negeri yang muncul di sumber-sumber tersebut. Bagi yang dapat melihat, alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah terpilih menyaksikan fenomena alam yang berlaku sekali dalam setahun. Bagi yang tidak dapat melihat pula, jangan putus asa dan kecewa kerana banyak lagi hujan meteor menanti pada tahun hadapan.


Ahad, 13 Disember 2009

Laporan Kursus Penentuan Awal Bulan Hijri


sesi bergambar bersama peserta kursus


Dr. Kassim membentangkan laporan ketika Muktamar



Tuan Syed menunjukkan Astrolab yang baru diperolehinya


Para peserta melepaskan lelah seketika


Perbincangan antara Ust. Sabarudin dengan peserta

Kursus Penentuan Awal Bulan telah berlangsung dengan jayanya pada 12 dan 13 Disember, bertempat di Kompleks Falak Al Khawarizmi, (KFAK) Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Falak Syarie Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Melaka.
Kursus ini telah dihadiri kira-kira 30 orang dari serata negeri di tanah air dan pelbagai lapisan peringkat umur. Kursus ini yang bermula pada pagi Sabtu berakhir pada tengahari keesokan harinya. Antara pembentang-pembentang modul adalah, Tuan Syed Kamaruzzaman, Dr. Kassim dan Ustaz Sabarudin. Modul-modul dijalankan di dalam kelas, makmal dan lapangan.
Pada hari pertama, modul dijalankan di dalam kelas. Pada waktu petang modul diadakan di dalam makmal komputer untuk mendedahkan kepada peserta kursus mengenai perisian atau software yang dihasilkan untuk aplikasi falak. Antara perisian yang didedahkan kepada peserta adalah accurate times, hasil usaha Mohamed Odeh, Moon calculation hasil kerja Dr Manzor dan simulasi fasa bulan dan gerhana hasil daripada En Rahonny. Pada sebelah malamya, cerapan dilakukan di pelantar balaicerap robotik. Antara objek yang dicerap adalah buruj Orion, Taurus, Cassiopea dan Pegasus serta planet Mustari, Nebula Orion, bintang Sirius dan Galaksi Andromeda menggunakan teleskop, Binokular dan sepasang mata kurniaan Ilahi.

Hari Kedua bermula pada 9 pagi dengan pembentangan ekspedisi gerhana matahari ke china oleh Dr. Kassim. Selepas itu disambung dengan modul Taqwim oleh Tuan Syed dan akhir sekali Muktamar Sanawi Persatuan Falak Syarie Malaysia. Beberapa usul dan cadangan yang bernas telah dikemukan oleh para peserta untuk meningkatkan lagi imej persatuan.
Akhir sekali SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN JUBLI PERAK KEPADA PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA PADA TAHUN 2010.
semoga bertemu lagi pada tahun hadapan. sekian. Wassalam


Perbincangan turut disertai Pengurus KFAK, En. Baharin (baju ungu)


Tuan syed menggunakan laptop untuk menunjukkan gambaran yang lebih jelas


Para peserta di pelantar cerapan


Muslimah ini sedang mencerap Seven Sisters


Pendedahan yang bagus untuk Si Cilik

Khamis, 10 Disember 2009

Cahaya aneh di Norway


Saya percaya ramai di antara anda telah mengetahui mengenai fenomena ini. Saya juga tertanya-tanya apakah ia sebenarnya. Oleh itu marilah kita bersama-sama lihat video di bawah yang mungkin boleh menjadi rujukan.














Isnin, 7 Disember 2009

Trivia Menarik Astronomi

  • Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos greek dan roman, kecuali bulan-bulan di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.
  • Bahagian tengah matahari mempunyai ketumpatan lebih beratus-ratus kali air dan suhu yang mencecah 10-20 juta darjah Celsius.
  • Sehingga akhir 1820. ahli-ahli astronomi ketika itu percaya cakerawala ini berusia 6,000 tahun. Kini ia dianggarkan berusia antara 15-20 bilion tahun.

Ahad, 6 Disember 2009

Kursus Penentuan Awal Bulan Hijri

Tarikh:12-13 Disember 2009
Tempat: Kompleks Falak Al Khawarizmi


Objektif
- Memberi kefahaman mengenai penentuan awal bulan hijri
- Memperjelaskan isu2 berkaitan dengan Rukyah dah Hilal
- Memberi kemahiran penentuan awal bulan hijrah dan cerapan hilal

* peserta perlu bawa Kalkulator saintifik dan Komputer Riba

Praktikal
- Cerapan anak bulan, palnet, cakerawala, sesi soal jawap

Keistimewaan
- Fail/Nota/Pen
- Sijil Penyertaan
- Kuliah Subuh

Yuran Penyertaan
+ RM70.00 (ahli persatuan falak syari)
+ RM110.00 (bukan ahli)

Pembayaran atas nama (Cek / Wang Pos)
Persatuan Falak Syar'i Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad (Acc: 120290100003742)

Website
http://www.falaksyari.org/

Tel: 019 272 1799

Selasa, 1 Disember 2009

Diari langit Disember Part 1

Sebelum tirai tahun ini dilabuhkan, beberapa perubahan akan berlaku pada langit kita. Raja segala planet, Musytari akan melepaskan takhtanya samawinya perlahan-lahan kepada planet pahlawan merah, Marikh.

Musytari Mengecil, Marikh Membesar
saya mulakan dengan berita menarik dahulu. Pada Disember 2009 akan mempunyai dua bulan purnama. Iaitu pada 1 haribulan dan pada 31 haribulan. Bulan purnama yang kedua di dalam Bulan yang sama dipanggil "Blue Moon". Ia berkemungkinan merah sedikit kerana ia bertembung dengan gerhana bulan separa.

Utarid
-Utarid akan muncul daripada sinaran matahari pada minggu kedua.
-Utarid akan mencapai greatest elongation (20 darjah timur matahari) pada petang 18 haribulan
-"Bintang" bermagnitud -0.5 ini akan berada pada 12 darjah di atas ufuk barat dayaketika matahari terbenam dan tenggelam 80 minit kemudian.
-Bonus pada malam tersebut adalah kehadiran bulan yang berumur dua hari, tergantung beberapa darjah di atas sebelah kiri Utarid.

Musytari
-Jika anda mahu mencerap musytari jangan berkengah lagi.
-Sejak tirai disember dibuka, planet langit petang yang terbesar (37" diameter) dan paling terang (magnitud -2.2) akan melepasi meridian pada senja dan terbenam kira-kira 10p.m.
-Musytari akan meluncur ke sebelah timur melalui timur buruj Capricorn dan membentuk segitiga bersudut tepat bersama Delta dan Gamma Capricorn pada 6 haribulan.



Marikh
-Sementara Musytari mengecil, Marikh pula membesar secara perlahan-lahan.
-Kecerahannya bertambah daripada 0 magnitud pada awal bulan dan hampir kepada magnitud -1 pada petang Tahun Baru. Dan ia akan pulang ke langit petang semula.

Zuhal
-Pada 15 Disember, Zuhal akan terbit selepas tengah malam dan menghampiri meridian pada waktu Subuh.
-Planet ini bersinar pada kecerahan magnitud 1.0 di sebelah barat Virgo.



Vesta
-Pada bulan ini Vesta akan hampir kepada bintang di dalam Leo.
-Semasa awal subuh pada 12 haribulan, asteroid bermagnitud 7.8 akan berada 1/2 darjah selatan Leonis 46 yang bermagnitud 5.7.

Zuhrah
-Akhir sekali, Zuhrah tidak mudah dilihat dalam Bulan Disember.
-Bintang Pagi ini akan menghampiri superior conjunction dengan bintang yang paling cerah di langit (matahari) pada 10 Januari 2010.