Selasa, 1 Disember 2009

Diari langit Disember Part 1

Sebelum tirai tahun ini dilabuhkan, beberapa perubahan akan berlaku pada langit kita. Raja segala planet, Musytari akan melepaskan takhtanya samawinya perlahan-lahan kepada planet pahlawan merah, Marikh.

Musytari Mengecil, Marikh Membesar
saya mulakan dengan berita menarik dahulu. Pada Disember 2009 akan mempunyai dua bulan purnama. Iaitu pada 1 haribulan dan pada 31 haribulan. Bulan purnama yang kedua di dalam Bulan yang sama dipanggil "Blue Moon". Ia berkemungkinan merah sedikit kerana ia bertembung dengan gerhana bulan separa.

Utarid
-Utarid akan muncul daripada sinaran matahari pada minggu kedua.
-Utarid akan mencapai greatest elongation (20 darjah timur matahari) pada petang 18 haribulan
-"Bintang" bermagnitud -0.5 ini akan berada pada 12 darjah di atas ufuk barat dayaketika matahari terbenam dan tenggelam 80 minit kemudian.
-Bonus pada malam tersebut adalah kehadiran bulan yang berumur dua hari, tergantung beberapa darjah di atas sebelah kiri Utarid.

Musytari
-Jika anda mahu mencerap musytari jangan berkengah lagi.
-Sejak tirai disember dibuka, planet langit petang yang terbesar (37" diameter) dan paling terang (magnitud -2.2) akan melepasi meridian pada senja dan terbenam kira-kira 10p.m.
-Musytari akan meluncur ke sebelah timur melalui timur buruj Capricorn dan membentuk segitiga bersudut tepat bersama Delta dan Gamma Capricorn pada 6 haribulan.



Marikh
-Sementara Musytari mengecil, Marikh pula membesar secara perlahan-lahan.
-Kecerahannya bertambah daripada 0 magnitud pada awal bulan dan hampir kepada magnitud -1 pada petang Tahun Baru. Dan ia akan pulang ke langit petang semula.

Zuhal
-Pada 15 Disember, Zuhal akan terbit selepas tengah malam dan menghampiri meridian pada waktu Subuh.
-Planet ini bersinar pada kecerahan magnitud 1.0 di sebelah barat Virgo.



Vesta
-Pada bulan ini Vesta akan hampir kepada bintang di dalam Leo.
-Semasa awal subuh pada 12 haribulan, asteroid bermagnitud 7.8 akan berada 1/2 darjah selatan Leonis 46 yang bermagnitud 5.7.

Zuhrah
-Akhir sekali, Zuhrah tidak mudah dilihat dalam Bulan Disember.
-Bintang Pagi ini akan menghampiri superior conjunction dengan bintang yang paling cerah di langit (matahari) pada 10 Januari 2010.

Tiada ulasan: