Sabtu, 7 Februari 2009

Komet hijau menghampiri Bumi


Komet Lulin dinamakan sempena nama Balaicerap di Taiwan dimana gambar ini diambil. Sekarang ianya sedang menghampiri Bumi. Kata Ye
Kecantikan hijaunya boleh dilihat pada bila-bila masa dengan mata kasar.

Pada 1996, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di China melihat melalui teleskop kecil dan melihat sesuatu yang bakal mengubah hidupnya.--sebuah komet yang cantik, terang, serta ekornya. Pada mulanya dia menyangka telah menjumpainya, tetapi tidak, dua orang telah mengalahkannya dan menamakan "Hale" dan "Bopp".
Untuk mengatasi kekecewaannya dia berazam untuk mencari kometnya sendiri pada satu hari. Dan pada satu hari dia telah berjaya.
Pada tengahari musim panas pada Julai 2007. Ye, sekarang berumur 19 tahun dan pelajar meteorologi di Universiti Sun Yat Sen di China, merenung pada gambar hitam putih lapangan bintang. Gambar itu diambil pada malam sebelum ahli astronomi Taiwan Chi Seng Lin "sky patrol" di Balaicerap Lulin.
Jari Ye bergerak dari satu titik ke titik yang lain--dan berhenti. Salah satu bintang bukan bintang, ianya adalah komet, kini Ye melihatnya dulu.
Newton berkata

Mataku yang lama masih tidak dapat melihat komet yang cerah

Tetapi teleskop 14 inciku yang menemuinya pada 1 Februari



Komet ini akan menghampiri bumi dengan kedudukan paling dekat (0.41 AU) pada 24 Februari 2009. Kecerahan maksimum adalah pada magnitud 4 atau 5, dimana negara yang mempunyai langit gelap sahaja yang dapat melihatnya. Tiada siapa yang dapat memastikan kerana ini kali pertama kunjungan komet Lulin ke dalam sistem suria dan pendedahan pertama kepada cahaya matahari yang kuat. Kejutan mungkin berlaku.
Warna hijau Komet Lulin datang daripada gas yang membentuk atmosfera Musytari. Nukleus komet itu mengandungi cyanogen (CN: sejenis gas beracun yang biasa ditemui pada kebanyakan komet) dan diatomic carbon (C2). Kedua-dua in akan bersinar hijau bila disinari cahaya matahari.
Untuk melihat Komet Lulin dengan mata anda kunci jan pada pukul 3 pagi. Komet terbit beberapa jam sebelum matahari. Di sini merupakan tarikh yang mudah untuk dilihat:
Feb. 16th: Comet Lulin melintasi Spica pada buruj Virgo. Spica berada pada magnitud 1 dan boleh dilihat meskipun berada di bandar.Finderscope yang menunjuk kepada Spica akan dapat menangkap Komet Lulin dalam field of view.
Feb. 24th: Jarak terdekat! Pada pagi yang special ini, Lulin akan berada beberapa darjah sahaja dari Zuhal dalam buruj Leo. Zuhal dengan ketaranya boleh dilihat dengan mata kasar, begitu juga Komet Lulin. Kalau ini tidak menarik perhatian anda dari katil, tiada apa lagi yang boleh membantu anda.

Tiada ulasan: