Selasa, 17 Februari 2009

Dr Abdullah Ibrahim kembali kerahmatullah

Dengan perasaan sedih, Persatuan Falak Syari Malaysia ingin memaklumkan kepada semua ahli Persatuan dan peminat falak tanahair dan luar negara bahawa Pengasas dan Yang Di Pertua Persatuan Falak Syari Malaysia yang pertama telah kembali keRahmatullah pada malam 6hb Februari dan telah dikebumikan pada 7hb Februari di Alor Setar.
Allahyarham, adalah seorang penerima anugerah 'Anugerah Sheikh Tahir Jalaluddin' untuk menghargai individu yang telah berjasa kepada Persatuan dan kemajuan ilmu falak syar'i di Malaysia. Anugerah ini telah diwujudkan sempena perayaan dua dekad penubuhan Persatuan.
Persatuan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan dengan para siddiqin disisi Allah swt.
Maklumat lanjut mengenai Allahyarham...:-

PROF.MADYA DR. ABDULLAH B.HJ.IBRAHIM.

Di lahirkan pada tahun 1936 di Negeri Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, univeristi Ains Shams dan Univeristi al-Azhar di Mesir dengan ijazah tertinggi Doktor Falsafah.

Sekembalinya di tanah air beliau mula menyumbangkan ilmu yang dimiliki di universiti Kebangsaan Malaysia bermula dari tahun 1972 sehingga 1992. Beliau pernah di lantik menjadi Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Ketua Jabtan Syariah dan Ahli Senat UKM.

Sepanjang kerjaya beliau di UKM beliau telah menyelia tesis di peringkat Master dan Ph.D dari dalam dan luar negara. Beliau juga telah menghasilkan buku dan lebih dari 45 kertas kerja dalam bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.

Khidmat beliau sebagai ahli akademik juga disumbangkan ke univeristi lain seperti UIAM, Insaniah dan Univeristi Brunei Darussalam.

Dalam kegiatan bidang kewangan dan fiqh Islam beliau meruapan penasihat kepada beberapa buah bank di Malaysia dan ahli majlis fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri.

Beliau telah mendapat pengiktirafan dari luar negara yang jarang diperolehi oleh ilmuan Islam sezamannya apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Akademi Fiqh OIC, Jeddah bermula dari tahun 1985 sehingga 1998.

Dalam PFSM beliau telah menjawat jawatan Yang Di pertua Persatuan bermula tahun 1981 sehingga tahun 1992. Sehingga kini beliau telah banyak menyumbang idea, tenaga dan wang ringgit untuk mengembangkan ilmu falak kepada anak bangsa.
Oleh Syed Kamarulzaman YDP PFSM

Tiada ulasan: