Sabtu, 28 Mac 2009

IDLE

This blog will be idle from now on because this place forbid to use google peripheral such as gmail, blogger and gtalk. it is supposed to be until mid may only. c u again after that time. sorry for any difficulties

Khamis, 26 Mac 2009

Kuiz Falak Online

Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Universiti Multimedia akan menganjurkan Kuiz Falak Online pada 18 April 2009 (Saringan) dan 25 April 2009 (Akhir). Wlaubagaimanapun peserta dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum 3 April 2009 di www.khawarizmiobs.com. Pertandingan kuiz falak online diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (International Year of Astronomy, 2009). Pertandingan ini dilakukan secara dalam talian sesuai dengan perkembangan dunia siber. Pertandingan ini merangkumi skop astronomi umum dan falak merangkumi sukatan pelajaran sains di sekolah menengah dan pengetahuan am. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat terhadap aspek ilmu astronomi atau falak. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang amat menarik dan lumayan. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Kompleks Falak AlKhawarizmi (klik pada link di sebelah). Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Follower

Jutaan TERIMA KASIH kepada me_ai dan mr d0b kerana menjadi followers yang terawal kepada blog ini. Saya pun tidak menyangka blog yang serba kekurangan ini akan mempunyai followernya. Saya sungguh terharu. Semoga ilmu dan info yang dikongsi di sini dapat dimanfaatkan.

Rabu, 25 Mac 2009

Penciptaan Alam daripada Asap?



Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan yang bermaksud



"Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia
berkata kepadanya dan Bumi 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'. "


Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan supaya langit dan bumi supaya keluar menjelma dari asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia mennjukkan asap di kosmos menjadi batu-bata kepada kelahiran bintang, galaksi, bumi, dan yang seumpamanya. Hal ini juga akan dibincangkan kemudian.

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi samada kedua-duanya hendak datang secara tunduk atau pun terpaksa. Kedua-duanya memilih untuk datang secara tunduk dan taat. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarka nkonsep kemungkinan (probability), kebetulan (chance), atau pun rambang (at random). Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan Allah. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya alam semesta terjadi mengikut hukum kemungkinan, rambang atau pun kebetulan. Ia tidak aka n teratur dan sistematik seperti sekarang. Malah ia tidak akan mampu mewujudkan seperti apa yang wujud sekarang. Kewujudan satu sistem yang mantap dan mapu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa sebarang kepincangan menunjukkan memang wujud di sana yang mah perancang, iaitu Allah.

Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam Superforce: The Search for a Grang Unified Theory of Nature (1984) berkata,

"Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang "


Superforce: The Search for a Grang Unified Theory of Nature (1984)

Rabu, 11 Mac 2009

Penanaman Bulan

Ingin memiliki taman yang menarik atau hasil tuaian yang hebat? Ikutilah fasa-fasa bulan seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat purba.

Dalam Vasthu Sastra, selain memaastikan tanah dan tanaman di tempat yang betul, memilih masa yang betul untuk bertanam juga sangat penting untuk mewujudkan harmoni. Kerana seperti mana yang diketahui bulan mempengaruhi tubuh badan dan sifat manusia serta pasang surut laut, ia juga mempunyai kesan kepada penanaman, pembentukan dan penuaian.

Fasa-fasa bulan yang berlainan boleh mencetuskan pertumbuhan daun dan akar tumbuhan serta anak benih untuk bertumbuh dengan cepat. Bunga berkembang dengan mekar dan segar, buah lebih manis dan penanaman lebih efektif. Sehingga sekarang petani di India akan mencerap fasa-fasa bulan untuk memastikan hasil yang memuaskan.

  • Bulan baru

Anak benih mestilah disemai semasa fasa ini kerana bulan baru membantu anak benih membengkak dan meletup dengan senang. Ini berlaku seasa pasang besar- dan ini juga bila graviti menolak air ke atas. Faktor ini membentuk keseimbangan untuk pertumbuhan akar dan daun.

Tumbuhan yang patut ditanam pada waktu ini: Tumbuhan bijirin seperti maize dan barli: berdaun hijau seperti asparagus, salad, cauliflower, broccoli dan tomato.

Tanaman yang sesuai pada suku pertama, beberapa hari sebelum bulan purnama: kekacang, melons, dan lada hitam.

  • Bulan purnama

Pengaruh bulan pada air amat tinggi pada fasa ini. Ini merupakan masa yang sesuai untuk menuai. Fasa ini juga yang terbaik untuk membuat kek dimana bulan mempengaruhi peningkatan yis dan doh untuk naik.

  • Bulan Tua

Amat sesuai untuk menanam sayur-sayuran seperti lobak, bawang, kacang tanah, dan kentang.

  • Dark of the Moon

Pengurangan tarikan graviti semasa fasa ini menawarkan waktu terbaik untuk kerja pembaikan dan menyediakan tanah untuk bertanam.

p/s: penulis tidak memberikan sebarang jaminan pada sebarang ketepatan, kesempurnaan, penggunaan untuk sebarang tujuan. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan secara langsung atau tidak kepada kebergantungan pendapat ini.

Isnin, 9 Mac 2009

Teleskop dilancarkan untuk pencarian planet

Lewat jumaat lalu, Amerika Syarikat telah melancarkan teleskop angkasa dimana misi tiga tahun ini adalah untuk mencari panet seperti bumi di galaksi Bima Sakti ini.

Menurut agensi angkasa AS Nasa, Kepler Teleskop berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida menggunakan roket Delta II pada 10.49pm waktu tempatan.

Ia dipisahkan dari pembawanya, 62 minit selepas dilancarkan pada altitud lebih dari 721 kilometer.


"Misi ini cuba untuk menjawab soalan - adakah planet lain seperti kita di luar sana? "
kata Ed Weiler, Associate Administrator untuk Pengurusan Misi Sains Nasa.


"Ini bukanlah sekadar misi sains, ini juga merupakan misi bersejarah"

Kepler akan mencerap pada tempat yang sama di angkasa untuk tiga tahun setengah, mengambil kira-kira 100,000 bintang sekitar buruj Cygnus dan Lyra.

Pada kos hampir US$600 juta (RM2.2bil), ini akan menjadi misi pertama NASA dalam mencari planet sepeti Bumi mengorbit matahari sama seperti Bumi kita, pada jarak yang betul dan suhu untuk








Ahad, 8 Mac 2009

Laporan Kursus Asas Falak (Penentuan Arah Kiblat)

Kursus Asas Falak yang berkisar tentang penentuan arah kiblat telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari pada 7 & 8 Mac bersamaan 10 & 11 Rabiul Awal di Universiti Teknologi PETRONAS. Kursus ini dihadiri seramai 40 orang yang terdiri dari mahasiswa, pensyarah dan staff UTP, UIAM, UiTM Seri Iskandar dan SM Teknik Seri Iskandar. Kursus ini dianjurkan oleh Pentadbiran Masjid UTP dengan kerjasama dari Jabatan Mufti Negeri Perak. Cikgu Ahmad Taufan dari UDM bertindak sebagai pemudahcara dan penyampai semasa kursus ini berlangsung dari awal sampai akhir.



HARI PERTAMA (7 Mac 2009/Sabtu)

Acara bermula kira-kira pukul 7:30 pagi dengan pendaftaran para peserta dan sarapan pagi. Kemudian diteruskan dengan taklimat kursus kira-kira 8:30 pagi. Sesi pertama dimulakan dengan Arah Kiblat Dari Perspektif Falak yang disampaikan oleh Cikgu Ahmad Taufan dari UDM. Kemudian majlis berehat sebentar untuk minum pagi dan bersambung semula dengan tajuk Pengenalan Penggunaan Peralatan Falak.

Sesi ketiga bertajuk Kemahiran Pengiraan Arah Kiblat diteruskan setelah makan tengahari dan solat Zohor. Acara pada sebelah malam, peserta diberikan tugasan untuk menghitung arah kiblat mengikut tempat-tempat yang telah diberikan. Hari pertama berakhir kira-kira pada pukul 11 malam.




HARI KEDUA (8 Mac / Ahad)

Hari kedua dimulakan Praktikum Arah Kiblat. Pada sesi ini para peserta diberikan peluang untuk mendiri siapkan teodolit dan mencari arah kiblat menggunakan teodolit. Sebuah komuniti falak bagi kariah masjid annur juga berjaya ditubuhkan melalui yahoo groups. Acara diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta dan ucapan penutup dari yang berusaha Ustaz Dawi Chahyono.



Kesimpulannya, kursus ini telah berlangsung dengan jayanya. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dan urus setia amat membanggakan. Modul-modul yang dijalankan amat berkesan dan efektif serta sesuai kepada peringkat umur. Bayaran yang dikenakan kepada para peserta juga amat berbaloi dan boleh dikatakan sesiapa yang tidak menyertainya amatlah rugi. Semoga kursus ini menjadi batu asas kepada perkembangan ilmu falak di bumi UTP.