Rabu, 25 Mac 2009

Penciptaan Alam daripada Asap?



Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan yang bermaksud



"Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia
berkata kepadanya dan Bumi 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'. "


Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan supaya langit dan bumi supaya keluar menjelma dari asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia mennjukkan asap di kosmos menjadi batu-bata kepada kelahiran bintang, galaksi, bumi, dan yang seumpamanya. Hal ini juga akan dibincangkan kemudian.

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi samada kedua-duanya hendak datang secara tunduk atau pun terpaksa. Kedua-duanya memilih untuk datang secara tunduk dan taat. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarka nkonsep kemungkinan (probability), kebetulan (chance), atau pun rambang (at random). Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan Allah. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya alam semesta terjadi mengikut hukum kemungkinan, rambang atau pun kebetulan. Ia tidak aka n teratur dan sistematik seperti sekarang. Malah ia tidak akan mampu mewujudkan seperti apa yang wujud sekarang. Kewujudan satu sistem yang mantap dan mapu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa sebarang kepincangan menunjukkan memang wujud di sana yang mah perancang, iaitu Allah.

Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam Superforce: The Search for a Grang Unified Theory of Nature (1984) berkata,

"Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang "


Superforce: The Search for a Grang Unified Theory of Nature (1984)

Tiada ulasan: