Selasa, 21 April 2009

Bintang di dalam menu

Balaicerap merupakan tambahan terbaru restoran di puncak bukit.

Sejak 2004, puncak Bukit Genting di Pulau Pinang menawarkan pelawatnya makanan thai yang menarik, pemandangan yang memukau dan atmosfera dengan ratusan kilauan cahaya pada waktu malam, dan kini bintang-bintang telah memasuki ke dalam senarainya.

Sebuah balaicerap amatur dinamakan Balaicerap Mutiara Orion (Pearl of The Orion) telah siap di puncak bukit pada bulan ini pada ketinggian 305m dari aras laut. Ianya dipercayai merupakan balaicerap tertinggi di negara ini.

Balaicerap ini merupakan usaha sama antara Taman Rekreasi dan Restoran Bukit Genting dan Kelab Astronomi Universiti sains Malaysia.


Ingin tahu: Pelajar sekolah antarabangsa
mengambil giliran untuk melihat melalui teleskop
Stefan Dawson, ahli jawatankuasa kelab berkata pemilik restoran, Robert Tan telah menawarkan untuk menaja tanah dan peruntukan untuk membina balaicerap pada bulan Februari bila usaha untuk mendapatkan peruntukan korporat tidak berjaya.
"Pemandangan langit dari lokasi ini amat mengagumkan dan kita mempunyai pemandangan pada semua arah "
"Balaicerap ini dibina dengan rekaan yang sangat unik. Tan dan pasukannya tampil dengan rekaan tersendiri selepas melawat beberapa balaicerap di negeri ini." kata Dawson

Lokasi yang sempurna: Ahli kelab astronomi USM
mendirikan teleskop di balaicerap baru.
Kesannya amat menakjubkan. Balaicerap berukuran 3.0m x 3.7m dengan atap 'roll-on roll-off' terletak di antara dua bot yang telah ditukarkan menjadi chalet dan menghadap keindahan Balik Pulau.
"Tolak teleskop, kira-kira RM70,000 dibelanjakan untuk tempat ini. Minat saya dalam bangunan adalah untuk membantu sektor pelancongan negeri" kata Tan.
"Pulau Pinang mempunyai laut, bukit, dan kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan untuk industri pelancongan berkembang mekar, jadi tiada alasan mengapa kita patut ketinggalan dibelakang Malacca dan Singapura." kata Tan
Menurut penasihat akademik kelab astronomi USM, Dr Chong Hon Yew yang menamakan balaicerap tersebut, bumbung yang boleh ditolak merupakan rekaan yang selesa untuk balaicerap amatur.
"Ia menjimatkan kos, mudah diguna dan membenarkan pengaliran udara jadi tempat ini akan selesa"
"Mempunyai balaicerap disini sangat mengujakan. Kelab Astronomi telah bermalam beberapa kali tahun lepas tetapi sekarang kami bercadang untuk datang lebih kerap untuk cerapan dan fotografi"
"Kami juga menggalakkan pelajar sekolah untuk datang atau sentiasa berhubung dengan kami untuk sesi astronomi bulanan" kata Dr Chong

Topik menarik: Dawson (kanan) berbincang bersama
Jamie dan Cameron (kiri) mengenai alam semesta.
Diantara yang pertama menggunakan balaicerap ini adalah 17 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Tenby di Pulau Pinang yang menyertai kem angkasa baru-baru ini dianjurkan oleh Dawson, yang mengajar sejarah dunia di sekolah tersebut.
Bagi pelajar Jaime Gunter dan Cameron McGrath, suasana di Bukit Genting menambahkan kegirangan di kem angkasa pertama mereka.
"Saya ingin menjadi orang pertama menggunakan teleskop di sini "
"Saya berharap kami dapat melihat beberapa satelit kerana kebiasaannya kami cuma dapat melihat semasa ia berlepas dan bukan semasa di langit." kata Jaime,15.
Cameron pelajar tahun 8 sangat seronok mengikuti kem 2 hari setengah ini.
"Kami akan membuat meriam air dan saya hendak melihat setinggi mana ia boleh naik."
"Saya juga tidak sabar untuk jungle trek ke pantai (Gertak Sanggul) "
Kemasukan ke balaicerap ini adalah percuma.

Kepuasan maksimum: Pemilik restoran bersama-sama kelab astronomi USM

membina sebuah balaicerap di puncak Bukit Genting, Pulau Pinang.

2 ulasan:

Encik Jurassic berkata...

ammar,ade mase jom kita pegi.
aku pun tetibe tertarik gak pasal menda ni~
(^^,)V

ammar berkata...

Jejom...
tp ko la kne guide aku..
aku bkn tau sgt pon pasal penang ni..
huhu..