Ahad, 6 September 2009

Allahyarham Tn Hj Abd Ghani

Seperti yang diketahui Tn Hj Abd Ghani, seorang tokoh falak telah kembali ke rahmatullah pada subuh Jumaat lalu iaitu pada 28 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati sempena bulan ramadhan al Mubarak ini. Di sini ingin saya menceritakan mengenai perjalanan allahyarham dalam bidang falak.

Allahyarham memang dikenali dalam bidang falak terutamanya apabila hendak puasa atau raya. Kenyataan beliau seringkali terbit semasa musim puasa atau raya di akhbar tempatan.
Allahyarham sering kali keluar masuk penjara kerana bertugas sebagai warden penjara. Beliau akan masuk pada waktu pagi dan keluar pada petangnya. Beliau memikirkan apakah sesuai untuk dilakukan setelah beliau bersara. Semasa hendak bersara beliau ada menghadiri Kursus Persediaan Bersara yang dianjurkan oleh Pusat Islam. Bermula detik ini beliau telah menceburkan dirinya ke dalam bidang falak dan jatuh cinta kepadanya. Kepakarannya adalah dalam bidang hitungan ilmu falak. Akhirnya beliau berjaya menguasai ilmu falak dan mengembangkannya ke serata rantau nusantara termasuk Kemboja, Brunei dan Singapura.

Pengajaran yang boleh kita dapati daripada perjalanan bidang falak oleh Allahyarham Tn Hj Abd Ghani ialah sesiapa sahaja boleh belajar ilmu falak tidak kira tua atau muda, yang berpendidikan tinggi atau rendah yang penting mesti mempunyai semangat yang jitu. Tn Hj Abf Ghani bermula dari kosong dan akhirnya berjaya menguasainya.

p/s: Diceritakan oleh Dr Kassim semasa Kelas Falak semalam di KFAK.

Tiada ulasan: