Ahad, 28 Februari 2010

Ingin Membeli seluar dalam angkasa?


Wakata sedang memperagakan stokin

Ingat lagi "long duration underwear" yang diuji oleh angkasawan Jepun Wakata semasa di ISS tahun lepas? Sekarang anda berpeluang untuk membeli untuk diri sendiri. Seluar dalam dan pakaian lain yang direka khas dan turut dikenali sebagai "J-Ware" dijual sekarang pada harga 10,500 yen atau kira-kira $115 USD. J-ware telah dengan bahan antibakteria dan deodorant, jadi ia boleh dipakai untuk tempoh yang lama dan kalis bau. "(Untuk) dua bulan saya telah memakai seluar dalam ini dan tiada bau serta tiada orang yang komplen,” kata Wakata. “Saya rasa seluar dalam baru J-ware sangat baik untuk diri saya dan rakan-rakan."

Cepat, saiz dan kuantiti terhad!!!

Website J-Ware dalam English ,
dan original Japanese version.

Untuk menghalang bau, pakaian tersebut direka untuk menyerap air, melindungi badan dan kering dengan cepat. Ia juga kalis api dan anti-statik.

Kebiasaannya, pakaian angkasawan cuma boleh dipakai untuk beberapa hari sahaja kerana bersenam. Kerana tiada kemudahan untuk cucian, pakaian tersebut dikira sebagai sampah.

Angkasawan Takao Doi, yang terbang bersama krew shuttle pada awal 2009 untuk menghantar makmal Kibo Jepun ke station tersebut telah bersenam bersama rakan-rakannya yang lain tetapi pakaiannya tetap kering.

Pakaian Wakata termasuk baju lengan panjang dan pendek, seluar, dan seluar dalam. Stokin istimewa direka dengan mempunyai kantung di tepi (lihat imej di atas) jadi angkasawan boleh menggunakan kaki mereka seperti tangan extra, membantu untuk mengekalkan mereka di lantai semasa sedang bekerja.

Tiada ulasan: