Isnin, 15 Februari 2010

Di mana teleskop sebesar 42 meter akan diletak?


Lakaran artis mengenai ELT Cuba bandingkan saiz orang dengan teleskop

Soalan: Dimanakah langit malam yang selalu gelap, bebas daripada awan selama 360 hari setahun, kering dan 3.5 km dari aras laut?
Jawapan: Gunung Armazones padang pasir Atacama, Chile.
Soalan: Siapa yang mahu tinggal di situ?
Jawapan: European Extremely-Large Telescope (E-ELT)!

"Kita sedang membicarakan mengenai teleskop terbesar di dunia, terbesar untuk suatu tempoh yang lama untuk disiapkan. Ia bermaksud kita mesti memilih tempat yang terbaik. Chile mempunyai kawasan yang sangat sesuai. Tiada syak lagi, ia memang merupakan tempat yang terbaik di dunia," ahli astronomi European Southern Observatory', Massimo Tarenghi. Beliau merupakan seorang daripada empat ahli astronomi - dua warga Chile, seorang Itali dan seorang Jerman - yang hadir di padang pasir tersebut untuk menilai kesesuian tempat tersebut berbanding pesaing yang lain: Spanish isle of La Palma di Canary Islands terletak di barat Afrika.

European Southern Observatory (ESO), merupakan agensi kajian astronomi badan kerajaan yang telah mempunyai tiga kemudahan di padang pasir Atacama termasukVery Large Telescope array di bandar Paranal.

2 ulasan:

kilik berkata...

Teleskop 42 meter sungguh menakjubkan, nampaknya kita akan mampu melihat kembali ke masa silam "Big Bang".

ammar berkata...

dengan teleskop sebesar ini diharapkan pelabagai penemuan baru yg dapat ditemui..