Sabtu, 14 Ogos 2010

Kluster Coma


Spiral galaksi terletak jauh di dalam Kluster Coma. Kredit: NASA, ESA, and the Hubble Heritage Team (STScI/AURA)
Kluster Coma merupakan sebuah kluster yang amat besar dan padat dipenuhi ribuan galaksi di dalam satu gugusan. Di dalam kluster ini juga terdapat spiral galaksi yang dikenali sebagai NGC 4911. Teleskop Hubble merenung jauh ke dalam Kluster Coma untuk mendapatkan imej yang sangat jelas ini. Data daripada tiga tahun berlainan dan 28 hours of exposure time telah digabungkan untuk mendapatkan imej yang amat menakjubkan ini. Pada lengan galaksi ini terdapat kluster bintang baru yang bergemerlapan dan awan hidrogen yang berwarna merah jambu menunjukkan masih terdapat proses pembentukan bintang.

Kluster Coma terletak 320 juta tahun cahaya, terletak di utara buruj Coma Berenices. Kebiasaannya untuk kluster seperti ini, terdapat cuma beberapa spiral galaksi muda dan Hubble berjaya merakamkan salah satu daripadanya menggunakan long exposure dengan Wide Field Planetary Camera 2 dan Advanced Camera for Surveys.

Sumber: HubbleSite

Tiada ulasan: