Jumaat, 13 Ogos 2010

Ulangtahun Pertama Planetarium Melaka

Sambutan ulang tahun pertama Melaka Planetarium, Adventure Science centre yang diadakan dari 7 hingga 8 Ogos lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung terutama,kanak-kanak dan pelajar sekolah.
Pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Taiping, Perak

Pelbagai program menarik dijalankan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, manakala untuk peringkat dewasa pula diadakan pertandingan melukis yang bertemakan 1 Sky, 1 World.
Sesi mewarna bagi kanak-kanak 6-7 tahun

Di samping itu para pengunjung juga dipertontonkan dengan tiga tayangan 3D berbeza iaitu The Universe, Two Small Pieces of Glass dan tayangan terbaru berjudul Cosmic Safari.
Sesi pendaftaran Melaka Planetarium Fan Club

Aktiviti lain yang tutut mendapat sambutan ialah demonstrasi 'super soap bubble', diskripsi konsep Analema oleh Persatuan Astronomi Universiti Sains Malaysia (USM), dan sukan rekreasi seperti paintball, wall-climbing serta flying fox.

Demonstrasi Super Soap Bubble oleh Persatuan Astronomi USM

Tiada ulasan: